Pengalaman Join Fun Run Dan Virtual Run
Assalamualaikum. Hai
Sebenarnya aku ni boleh kira aktif jugak la dengan aktiviti beriadah ni masa anak dara dulu. Mungkin sebab tu aku selim melim masa zaman belajar. Bila dah masuk zaman kerja, sekali sekala je aku pergi hiking dengan opismate. Masa tu aku dah berat pungkoq nak beriadah. Pasal tu yang tetiba jadi tembun tu.
Bila dah kahwin, jadi surirumah pulak lagi la aku malas nak buat aktiviti senaman. Maka badan pun naik dengan jayanya. Dah la hati gembira pulak kan tercapai impian nak kahwin dengan encik CH. Hahaha. Alasan tak boleh blah
Tup tap tup, dah 6 tahun kahwin tetiba mai angin meroyan nak aktif dengan aktiviti lasak mencabar gitu. Pastu paksa encik CH terjebak sama. Masa tu penghujung tahun 2019. Aku ajak encik CH masuk Terengganu Drawbridge Tower Run 2020 di ambang tahun baru. Dah la tak pernah-pernah join sebarang run, pastu dengan tak training pi redah je join event tu. Buat kerja gila betul
Itulah Fun Run pertama yang kami join sebelum tetiba satu dunia kena serang covid Mac 2020. Aku tak pernah tulis lagi dalam blog. Jadi nak abadikan la jugak kenangan 'terindah' tu kat sini. Sebab rasa lucu dan sampai ke hari ni kalau kami laki bini bersembang pasal ni, gelak macam orang gila. Hahaha
Ni sebelum panjat tower Drawbridge tu
Kenangan Join Terengganu Drawbridge Tower Run 2020
Event ni ada 2 acara. Petang ada acara panjat tower yang 9 tingkat kat Terengganu Drawbridge tu. Malam pulak ada acara Fun Run 3km atas jalan kat jambatan tu la. Lepas tu ada penyampaian hadiah dan countdown untuk Tahun Baru
Kami join nak seronok-seronok je. Jadi tak mengharap la menang ke apa. Masalahnya memang takde harapan kot nak menang weh. Yang join kebanyakan power-power walaupun ada juga la yang sama dengan kami. Hihi. Jadi kita enjoy je la cari pengalaman gitu. First time kan
Masa acara panjat tower yang 9 tingkat tu yang paling aku dengan encik CH tak boleh lupa. Setiap kali kami rewind balik kisah ni, memasing berdekah gelak kan diri sendiri. Lawak weh! Dah la sama pulak tu situasi kami, maklum la sehati sejiwa. Aiseh
Bergambar dulu sebelum 'berlari'
Aku kan tak boleh nak bayang la kalau orang yang tinggal rumah tinggi-tinggi lepas tu lift rosak. Mampuih nak panjat tangga kalau rumah tingkat 5 ke atas. Pengalaman masa join event panjat tangga kat tower Terengganu Drawbdrige tu pun dah buat aku mengah. Nak tercabut kaki oiii. Bawah tu rileks je lagi. Sampai tingkat 4 kaki dah bagi hint. Tang tingkat 5 terus dia start rasa lembik. Oiii..kaki! Kenapa tak bagi kerjasama ni? Hahaha. Gila weh. Memang lembik lutut
Walaupun aku antara yang terakhir untuk 1st group peserta pompuan yang panjat tower tu, tapi berjaya la jugak naik sampai atas tu. Masa acara fun run pun berjaya jugak la sampai ke garisan penamat walaupun lebih banyak berjalan dari berlari. Tema pun 'Beat YourSelf'. Tu yang gagahkan jugak habiskan challenge.
Pengalaman pertama yang penat tapi seronok dan lucu. Kenangan indah la jugak sebab buat kerja gila dengan pakwe tercinta. Memang takkan lupa sampai bila-bila kisah ni. Sweet memories gituh. Hahaha.
Ni lepas dah berjaya habiskan larian. Sebelum balik kita ambik gambar le dulu.
Terjebak Dengan Virtual Run
Aku mula terjebak dengan virtual run ni masa PKP tahun lepas (2021). Konon nak menghilangkan kebosanan dan meng'kurus'kan diri lepas dah bersalin. Hahaha. Sampai 3 virtual run aku daftar tau. Punya semangat. Tapi aku tak ambik yang larian 5km tu la. Tak larat nak berlari eh. Aku join yang langkah-langkah tu je. Ada yang 2000 langkah, ada yang 5000 langkah. Dalam rumah je pun aku melangkahnya. Aku kan spesis terperap dalam rumah je
Syok jugak weh. Dia macam bersenam jugak la. Bila aku join event virtual run ni, jadi rajin la sikit nak buat exercise. Nak bagi ada stamina gitu. Sebab berbayar kan. Rugi le kalau tak manfaatkan. Memang la dorang bukan nampak pun hang buat ke dak. Nak submit result hang ke tak, ikut atas diri hang sendiri jugak. Sampai tempoh depa send medal, depa hantaq ja sebab hang dah bayaq kan
Macam aku sendiri, 2 virtual run tu aku ada submit result langkah yang dah berjaya dibuat. Sebab yang 2 tu serentak event dia. Yang lagi satu aku tak buat dan tak hantar. Sebab aku pun dah terlupa. Daftar masa bulan 8. Event bulan 12. Pihak penganjur pun tak update pasal event tu yang patutnya berlangsung hujung tahun lepas. Senyap gitu je. Itu yang aku pun tak ingat terus. Sabar je la. Hahaha
Virtual Run pertama yang aku join.
Lepas tu, satu hari tu aku kemas laci. Terjumpa satu medal yang aku dah terima dari Meow Run 2021 anjuran Trixmoo. Terus teringat yang rasanya aku ada join lagi event virtual run tapi anjuran pihak lain cuma tak ingat nama penganjurnya. Rasa macam aku daftar tu aku ambik pakej yang dapat medal dan t-shirt.
Camna entah hati terdetik nak check pasal event tu kat email. Gigih la aku search. Akhirnya terjumpa email yang ada invoice event tu. Link sekali dengan sistem depa guna untuk payment. Haaa..rupanya betul ada dua lagi merchandise yang aku belum terima sampai ke bulan 6/2022 ni. Padahal event pun dah lama berlalu. Weiii..pasaipa depa ni senyap jaaaa. Haru betul
Aku pun pi la skodeng laman sosial depa a.k.a facebook bila dah jumpa nama penganjur tu. Uiii...memang lama dah depa tak update page tu. Aku tengok status yang paling terkini tu pun tahun lepas punya, ramai orang komen tanya pasal 2 event tu punya merchandise. Marah-marah pulak tu komen depa. Seram pulak aku yang hati tisu ni baca. Huhu
2 medal dan t-shirt yang aku baru tuntut dari 2 virtual run yang penganjurnya terlepas pandang.
Memandangkan aku ni nak jaga air muka depa, aku tak la serang kat situ jugak. Aku email personal je dengan penuh berhemah. Tanya update pasal merchandise yang 2 event aku belum dapat tu. Tup-tup tetiba dapat email yang depa dah uruskan pos pakai pgeon delivery. 2-3 hari kemudian aku terima dah barang tu. Alhamdulillah
Kesimpulannya, tak perlu pun nak emo-emo pergi serang. Hang approach je dengan baik insyaAllah dapat la feedback yang baik juga. Aku rasa depa pun terlepas pandang agaknya. Maklum la masa tu kan pkp. Lepas tu ekonomi pun huru hara. Aku perasan yang depa anjurkan event tu pun untuk support kerja amal depa bagi makan kucing dan anjing gelandangan. Murni sangat dah tu 'kerja' depa kan? Pasai tu aku support join event tu masa tu. Aku kan pencinta haiwan. Gittuhhhh
Serik Ke Tidak Nak Join Lagi?Rasanya tak. Ni aku plan nak aktif balik join virtual run. Fun Run tak tahu lagi sebab macam dah takde je buat walaupun dah takde PKP. Mungkin ambik masa la kot pihak penganjur nak setup balik agaknya event-event macam ni. Kalau ada, insyaAllah aku join andai ada kelapangan. Boleh usung anak-anak sekali
Macam sorang brother umur dah 50an dari Muar yang join Terengganu Drawbridge Tower Run 2020 pernah cakap masa aku intebiu dia, 'Kita join benda macam ni, 1st kita dapat penat la. Kalau tak penat tu membohong sangat. 2nd kita dapat kepuasan. So, kita chill. Rileks je lari-lari.'Hangpa kalau nak join event macam ni, pastikan berdaftar dengan penganjur yang trusted tau. Takut kena tipu. Ada ramai jugak yang pernah kena tipu sampai ke sudah medal tak dapat-dapat.
Bisik-bisik :: Macam seronok pulak weh dapat medal. Biar la tak lari pun. Hahaha.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shahadafauzi.com/2022/07/pengalaman-join-fun-run-dan-virtual-run.html