Pengalaman Guna Toyyibpay


Jika anda berniaga secara online, mesti pernah rasa pening cari cara nak terima bayaran yang senang. Saya pun sama. Mula-mula saya guna transfer manual, lepas tu cuba macam-macam platform. Ada yang mahal, ada yang susah nak setup, ada pula yang buat pelanggan rasa leceh nak bayar.
Akhirnya saya jumpa ToyyibPay merchant, dan sampai sekarang, ini antara platform yang saya guna untuk jualan produk Islamik (macam Al-Quran eNUUR dan Jam Azan Buruj) dan juga untuk projek NGO (Persatuan Suri Rumah Rahmah, SRR).

Nak tahu apa yang best dan apa yang kurang best tentang ToyyibPay? Saya cerita satu-satu.
Kenapa Saya Pilih ToyyibPay?Mula-mula sekali, sebab senang sangat nak mula. Daftar percuma sahaja, tidak perlu bayar apa-apa pun untuk buka akaun. Cuma sediakan dokumen SSM (kalau ada) dan akaun bank.
Lepas itu, saya boleh terus buat link pembayaran. Tidak perlu website pun. Contohnya kalau ada orang nak beli Al-Quran, saya cuma hantar link dan dia boleh bayar terus, senang untuk semua orang.
Caj pun tidak tinggi. Biasanya sekitar RM1 per transaksi untuk FPX. Kalau banding dengan beberapa gateway lain, memang jimat. Awal dulu semasa Toyyibpay baru running, cas mereka cumalah lima puleh sen! Ya, betul. Sekarang sudah naik kepada RM 1.00, namun masih lagi murah yang ada di pasaran. Malah , untuk NGO tiada cas dikenakan. Bagus kan?
Berapa Lama Duit Masuk? (Inilah Bahagian Ramai Nak Tahu)Dulu, ketika saya baru guna, duit akan masuk ke akaun esok hari (T+1). Senang untuk rolling modal. Tetapi sekarang, kebanyakan masa, duit ambil masa 3–4 hari bekerja (T+3 atau T+4).
Dekat sini ada tulis 1 ke 4 hari baru duit masuk ke akaun
Mula-mula rasa ralat juga sebab lambat, tetapi rupa-rupanya ini memang default untuk akaun biasa atau yang belum banyak transaksi.
Saya ada emel kepada tim Toyyibpay nampaknya memang agak lewat. Tidak pasti jika ada cara lain untuk dapatkan duit masuk lebih awal.
Apa Yang Saya Suka Tentang ToyyibPayKita semua sukakan perkara yang memudahkan, senang nak tengok, senang nak urus betul? Jadi toyyibpay ini memang memudahkan urusan bagi mereka yang tidak begitu mahir IT

Mudah daftar, percuma – tidak pening nak mula.Link payment boleh sesuaikan harga – sesuai untuk jualan dan infaq.Caj rendah berbanding banyak platform lain.Senang urus projek NGO – semua duit masuk satu akaun dan boleh jejak.
Apa Yang Kurang BestSetiap yang best pasti ada yang kurang, tidak sempurna, mari saya senaraikan apakah ia:
Duit masuk lambat (T+3/T+4) jika akaun biasa.Tiada kuantiti untuk pembeli jika nak beli lebih dari 1 unitProses verification mengambil masa 3 ke 7 hari (agak lama)

Terkini, saya baru guna balik TP akaun saya ni, lambat dah, dulu sehari je dah masuk
Boleh set nilai tetapi tiada kuantiti, jika customer nak order lebih dari satu


Berbaloi Tak Guna ToyyibPay?Untuk saya, masih lagi berbaloi. Saya masih kekalkan ToyyibPay untuk projek kecil, jualan produk Islamik, dan kutipan derma SRR sebab ia mudah dan murah. Namun jika anda ingin jadikan platform third party ini sebagai "borang jualan produk" maka ianya kurang sesuai. 
Seperti saya jelaskan sebelum ini, paling rugi adalah sistem menambah kuantiti, sebagai contoh, PRODUK A berharga RM10, jika customer nak beli 2 unit, maka dia perlu beli 2 kali atau kita harus sediakan satu lagi payment form untuk pembelian combo pula. Dan seterusnya. Maka dekat sini adalah satu cabaran yang agak perit bagi saya. 
Kalau anda baru mula berniaga atau uruskan NGO, saya rasa ToyyibPay patut jadi pilihan pertama sebelum cuba gateway lain.
Senarai pakej, cas RM2 tu agaknya lebih cepat masuk ke? Haa, saya pun belum pasti. Kena tanyalah kan?
Nak daftar ToyyibPay?👉 Klik di sini untuk mula 


Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2025/07/pengalaman-guna-toyyibpay.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Molten Lava Cake Guna Air Fryer

Resipi Molten Lava Cake Guna Air Fryer

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 176 hits
Okay another resipi sharing Molten Lava Cake Sejak dah pandai buat sendiri ni memang tak pernah beli dekat luar Kalau ikut resipi yang Lin bagi ni confirm tak cari lain Senang je pakai air fryer perfect for those sudden chocolate cravings T...
Honor Magic 8 Mini Dijangka Hadir Tak Lama Lagi Guna Dimensity 9500

Honor Magic 8 Mini Dijangka Hadir Tak Lama Lagi Guna Dimensity 9500

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 131 hits
HONOR dilaporkan bakal melancarkan Magic 8 Mini telefon andalan bersaiz kompak yang dijangka diperkenal bersama Magic 8 dan Magic 8 Pro pada Oktober ini Peranti ini dikatakan hadir dengan paparan LTPO AMOLED 6 31 inci rekaan skrin rata dan ...
Thailand Juga Dilaporkan Pertimbang Guna Tenaga Nuklear Menjelang 2037

Thailand Juga Dilaporkan Pertimbang Guna Tenaga Nuklear Menjelang 2037

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 109 hits
Thailand juga bakal mengikuti langkah Indonesia untuk menggunakan tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif Berdasarkan kepada laporan Bangkok Post Thailand kini sedang mempertimbangkan untuk membangunkan reaktor nuklear modular kecil sebaga...
Provokasi Anggota Dbkl Guna Parang Seorang Lelaki Ditahan

Provokasi Anggota Dbkl Guna Parang Seorang Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 173 hits
FMT ReportersPolis berkata kejadian berlaku ketika operasi merobohkan struktur haram di laluan pejalan kaki di Desa Pandan Video tular menunjukkan seorang lelaki memegang parang panjang melakukan provokasi terhadap anggota penguat kuasa DBK...
Pencarian Tengku Nizaruddin Masuk Hari Ketiga Bomba Guna Dron

Pencarian Tengku Nizaruddin Masuk Hari Ketiga Bomba Guna Dron

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 121 hits
Pencarian Tengku Nizaruddin masuk hari ketiga bomba guna dron Rakan pemuda yang dilaporkan hilang Isnin lalu Muhammad Syahmi Mansur menunjukkan gambar mangsa Tengku Nizaruddin pada telefon bimbitnya Foto BERNAMA MUAR Operasi mencari dan men...
Resipi Tepung Pelita Sedap Guna Sukatan Guna Cawan

Resipi Tepung Pelita Sedap Guna Sukatan Guna Cawan

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 98 hits
Sedap Tepung Pelita ni Lemak manis memang jadi kegemaran ramai Bagi anda yang sukakan ini dan mahu cuba membuatnya resipi perkongsian saudari Shakinah Zainal ni boleh dicuba Nampak sangat sedap dan membuka selera Paling penting resipinya sa...
Pesert Motivasi Guna Alat Permainan Seks Untuk Memuaskan Nafsu

Pesert Motivasi Guna Alat Permainan Seks Untuk Memuaskan Nafsu

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 106 hits
KOSMO Seorang lelaki bercerita kepada Caprice berhubung pengalaman isterinya menyertai satu program motivasi PETALING JAYA Menggunakan kristal atau alat permainan seks untuk memuaskan nafsu didakwa antara perkara tidak senonoh dilakukan ole...
Selangor Kaji Undang Undang Sebelum Larang Terus Guna Beg Plastik

Selangor Kaji Undang Undang Sebelum Larang Terus Guna Beg Plastik

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 109 hits
Exco Jamaliah Jamaluddin berkata langkah itu penting bagi memastikan dasar baharu berkesan dan produktif Exco Selangor Jamaliah Jamaluddin berkata larangan penuh penggunaan beg plastik tanpa persediaan yang jitu mungkin akan membawa kesan t...
Petua Elak Rambut Gugur Guna 2 Bahan Je

Petua Elak Rambut Gugur Guna 2 Bahan Je

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 135 hits
Petua ni saya dapat dari FB tau saya Alhamdulillah tiada masalah rambut gugur Bukanlah tak pernah tapi sikit gugur dan jarang jadi Tapi saya perasan arwah nenek saya dulu selalu shampoo rambut dia dengan santan limau nipis ni mandi dengan t...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

User Generated Content For Marketing

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah

First Round Exit For Defending Champs Sze Fei Izzuddin At China Open


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Baung Sebesar Budak Darjah Enam

Sanah Helwah Abang Sayang

How Being Shy Is Hurting You

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra

Netflix S Culinary Class Wars Athwart Allegations Of Format Theft In China No Licensing Agreement Secured

Breakthrough Study Discovers Novel Type 1 Diabetes Variant In Africa Secures Funding Newsnation