Gambar Aina dan Aidan setelah selesai aktiviti menunggang kuda di Husin Fauzi Farm Kuala Selangor. # Saturday, 10 April 2021, 16:01 # 20210410 # IMG20210410160131.jpg # OPPO Reno2 #
Gambar Aidan sedang menunggu di dalam tram yang akan membawa pengunjung meronda di sepanjang Jalan Batu 45 Teluk Penyamun. Pengalaman yang mungkin biasa-biasa sahaja tetapi bagi kanak-kanak ia mungkin pengalaman luar biasa memandangkan Aina asyik bercerita pasal pengalamannya menaiki train selepas itu. # Saturday, 10 April 2021, 16:27 # 20210410 # IMG20210410162707.jpg # OPPO Reno2 # https://goo.gl/maps/pdWFXbR1W12UfmFd6 #
Gambar jualan di luar Husin Fauzi Farm yang menjual makanan, minuman, permainan dan pakaian. Belon sabun pun ada dijual. Apabila nampak benda alah belon ini maka Aina akan sibuk minta belikan untuknya. Gambar Aidan sedang bermain belon di depan gerai di Husin Fauzi Farm. Itupun sabunnya tinggal suku sahaja selepas Aidan tumpahkan sabun belon tersebut. Kalau tak tumpah memang tak sah. # Saturday, 10 April 2021, 16:14 # 20210410 # IMG_20210410_161457.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A #
Husin Fauzi Farm. Taman Haiwan. Waktu operasi 9 pagi hingga 6 pagi. Membeli dan menjual ternakan. Gambar Aina bergaya di hadapan pemidang Husin Fauzi Farm manakala Aidan sedang sibuk perhatikan sesuatu. Bergambar sebelum kami bergerak meniggalkan ladang tersebut. # Saturday, 10 April 2021, 16:29 # 20210410 # IMG20210410162943.jpg # OPPO Reno2 # https://goo.gl/maps/8zC1diWWFgBLUUYP9 #Komen tentang Husin Fauzi FarmIa adalah tempat yang bagus untuk bawa anak-anak berjalan melihat haiwan seperti ikan, reptilia, ayam, burung, burung unta, rusa, kuda, lembu, arnab, kambing dan kerbau.Boleh pegang haiwan.Boleh beri makan rusa.Boleh tunggang kuda.Boleh cuba aktiviti memanah.Boleh naik train.Terdapat jualan makanan dan minuman juga pakaian di depan pinta masuk.Letak kereta adalah percuma.Tetapi agak menyedihkan melihat haiwan seperti tidak terjaga, kurang makanan dan minuman, kandang kuda pun tiada air minuman (sedih pula melihat kuda tu tendang-tendang bekas minuman atau makanannya yang kosong), sangkar yang tidak dibersihkan. Mungkin kerana tiada kemahiran yang diperlukan untuk menyelenggara sebuah taman haiwan. Perkara ini akan mendatangkan fitnah kepada agama Islam kerana ladang ini dikaitkan dengan sebuah maahad di mana kita boleh melihat pelajar maahad turut membantu menguruskan ladang ini. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |