Pengalaman Di Hospital Part 1


Pengalaman Di Hospital : Part 1
Dapat 2 Orang Kakak

Assalamualaikum readers..
Harini rasa nak share pengalaman 12hari lebih kurang semasa di hospital. Dari admit ward sehingga ke saat keluar hospital selepas operation.

Selama 12hari disana, macam macam la sebenarnya yang berlaku. 12hari, bukan satu jangka masa yang pendek. Bagi kita 12hari berumah di HSI tu lama. Harini kita share la pengalaman kita ye. Ada banyak pengalaman sebenarnya. So kita buat by part eh. Jangan cemuih baca ye. Hehe..

Masa masuk ward, kita ditempatkan di katil 9. Disitu ditempatkan 4katil. Kedudukannya disebelah kanan dari arah pintu masuk. 3katil yang lain adalah lelaki. Ward 8B kita ditempatkan. Ward ni bercampur lelaki perempuan ya. Suami tanya, duduk katil ni, sebelahnya lelaki ke?


Then nurse bagitahu, "kejap lagi ada kosong kita tukar katil ya"..

Okay lega. Sebab agak terkejut sebab bercampur lelaki perempuan kan. Agak kurang selesa sikit la. Dan masa lepas ddy dorang dah hantar, dah selesai tu ddy dorang balik dengan anak anak. Masa tu mereka semua menumpang di rumah kawan kitorang yang berpindah ke JB tu. 

Bila dah keboringan, layan main fon la. Dan masa tu disapa oleh seorang abang ni. Sebenarnya segan juga nak bersembang dengan dia. Tapi layankan juga la. Erm.. Apa yang disembangkan? Nanti kita share kat entri lain eh. Dalam part 2 la.

Sebelah petang, tiba tiba nurse bagitahu nak tukar tempat. Pindah ke katil lain. Duduk ke belah belakang. Tak silap katil 20. Kita ikut je. Lepas tukar katil, terus ke toilet. Lepas keluar toilet, tengok tengok dapat kawan. Katil sebelah ada orang. Kak Rahimah nama nya. Kak Rahimah sakit naik bengkak kalenjar. Dia bernanah macam tu. Lebih kurang macam sakit kita juga. Cuma kita ni tahap serius la sikit. Perlukan operation besar.

Kak Rahimah cerita dia kena sakit bengkak tu sebab 3minggu demam. Then naik membesar tu dalam tempoh sebulan. Dan rajin juga la kami bersembang walaupun baru kenal. Then kak Rahimah bagitahu kalau takde kes, mungkin dia akan dioperate. Kiranya kami admit ward pada hari yang sama. 

Hari rabu esoknya, kita pergi buat MRI. Kak Rahimah pula bakal dipanggil untuk operation. Kita selesai MRI tengok kak Rahimah takde. Dalam pukul 6setengah petang macam tu kak Rahimah selesai ke ward. Syukur dalam takut takut dia, dia selesai buat operation. Kita pula masa tu ingatkan boleh balik. Sekali mereka tahan untuk buat CT Scan 1 badan. Maka, masih boleh bersembang lagi la dengan kak Rahimah. Masih berkawan la dengannya.

Hari khamis kalau tak silap, nurse bagitahu nak tolak masuk ke bilik pula. Bilik tu beraircond. Satu bilik boleh muat 4orang. Kira dalam bilik tu semua perempuan. Kak Rahimah pun bertukar katil juga. Join duduk dalam bilik tu. 

Then esoknya hari jumaat, kalau tak silap masuk sorang lagi pesakit. Kak Fauziah namanya. Dia nak buat operation juga. Nak tutup lubang di gegendang telinganya. Kami bertiga berkawan la dalam bilik tu. Sorang lagi pesakit  aunty cina. Tegur pun biasa biasa je. 

Kak Fauziah akan buat operation pada hari sabtu. Kami bertiga jadi rapat bila duduk dalam 1bilik. Bersembang bersama. Kita dapat 2 orang kakak yang baik. Kita bertukar cerita. Cuba ceriakan suasana. Hilangkan ketakutan. Share apa je cerita yang boleh disembangkan. Dah macam jadi satu family. Walaupun baru kenal.

Hari Sabtu kalau tak silap, kak Rahimah dah boleh discharge. Sedih juga. Sebab dah beberapa hari dengan dia. Bersembang. Tanya keadaan Dia bila bangun tido ke.. Saling bertegur. Ntah kenapa rasa senang sangat berkawan dengan kak rahimah ni. Dia bahu tempat kita meluah perasaan. Hari kak Rahimah nak balik, kami berpelukan. Sama sama menangis. Rasa macam taknak kak Rahimah balik dulu. 

Ada 1 hari tu, lepas kita buat Ct Scan kalau tak silap, kita luah perasaan dekat kak Rahimah. Kita cuba tahan perasaan taknak menangis. Ntah macam mana, kak Rahimah pun ikut menangis. Allah.. Susah nak jumpa kawan yang boleh sama sama faham perasaan ni. 😢

Kak Rahimah la kawan kita banyak mengadu masa tu. Menangis dengan dia. Bergelak dengan dia. Kak Fauziah pun kita rapat juga. Lagi lagi bila kak Rahimah dah balik. 

Kalau tak silap, kak Fauziah balik hari ahad. Sebab kita masuk operation hari ahad jam 10 lebih tu kak Fauziah still ada lagi dia ward. Bila kita  sedar dari Operation, kita memang tak tahu apa. Sebab kita dah bertukar katil. Katil yang menghadap depan kaunter nurse. 

Cerita dari kak Fauziah masa kami berjumpa pada hari ahad, 27hb januari. Seminggu lepas operation.

"Akak balik hari ahad, hari mimi operation. Ntah macam mana malam tu akak dah tidur, tiba-tiba terjaga. Terus teringatkan mimi. Tapi akak tak tahu nak tanya keadaan mimi macam mana masa tu"..

Allah.. Sebak dengar.. Kakak yang kita baru kenal, dok teringatkan keadaan kita. Allah bagi kita kakak yang baik untuk kita berkawan.. Sungguh, tak semua orang akan rasa macam tu kan.. 

Hari ahad 27hb januari, dalam perjalanan balik ke Mersing kita Msg dengan Kak Rahimah pula.. Bagitahu dah keluar ward. Then dalam sembang-sembang tu dia pun cerita asik teringatkan kita. 



Apa pun, moga tali persahabatan kita dengan kak Rahimah dan Kak Fauziah akan kekal sampai bila bila.. Itulah antara pengalaman bila dah duduk di ward dalam jangka masa yang lama. 

Lupa pula nak bergambar dengan mereka.. Moga satu hari nanti kami dapat berjumpa kembali. 
In shaa Allah..



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.syamimisaad.com/2019/02/pengalaman-di-hospital-part-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Wan Azizah Dimasukkan Ke Hospital Berita Palsu

Dakwaan Wan Azizah Dimasukkan Ke Hospital Berita Palsu

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 296 hits
07 Februari 2019 8 32 PM KUALA LUMPUR Pejabat Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa satu catatan di laman Facebook milik Menteri FB kononnya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri
Ke Hospital Bila Kontraksi 3 5 Minit Sekali Rukuk Sujud Serta Urut Perineum Mudahkan Kelahiran

Ke Hospital Bila Kontraksi 3 5 Minit Sekali Rukuk Sujud Serta Urut Perineum Mudahkan Kelahiran

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 381 hits
Bagi ibu hamil kontraksi dan menunggu bukaan servis serta proses meneran adalah fasa yang mencabar 10 tip daripada doktor ini membantu Debaran makin terasa terutamanya bakal ibu yang menanti masa untuk melahirkan anak pertama tidak lama lag...
Akibat Asap Rokok Hampir Setiap Bulan Anak Masuk Hospital

Akibat Asap Rokok Hampir Setiap Bulan Anak Masuk Hospital

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 501 hits
Kanak kanak yang sering terdedah dengan asap rokok berdepan risiko menghidap pelbagai penyakit seperti jangkitan paru paru lelah dan masalah pendengaran Apabila sebatang rokok dibakar perokok melepaskan lebih 4 ribu bahan kimia ke ruang uda...
Warded At Hospital

Warded At Hospital

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 638 hits
Lama betul aku tak update blog Tapi nak buat macam mana aku nak fokus pada kesihatan campur dengan malas lagi huhuhuAku rasa aku bukan tak jaga kesihatan sebelum sebelum ni Cuma maybe aku termiss sikit terlari fokus untuk jaga kesihatan jug...
Kantin Hospital Ditutup Dua Minggu Foto Tikus Tersebar Di Media Sosial

Kantin Hospital Ditutup Dua Minggu Foto Tikus Tersebar Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 363 hits
JOHOR BARU Kantin Hospital Sultan Ismail di sini ditutup dua minggu bermula kelmarin selepas pemeriksaan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru mendapati pengusaha premis itu gagal mematuhi beberapa piawaian mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1...
Lelaki Obesiti Dibantu Oleh Pihak Bomba Ke Hospital Seberang Jaya

Lelaki Obesiti Dibantu Oleh Pihak Bomba Ke Hospital Seberang Jaya

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 335 hits
SEPASUKAN anggota bomba terpaksa dipanggil bagi membantu mengangkat seorang lelaki yang mempunyai berat badan hampir 200kg untuk dipindahkan dari Hospital Pulau Pinang ke wad Hospital Seberang Jaya Foto ihsan bombaBUTTERWORTH Sepasukan angg...
Gagal Patuhi Piawaian Kantin Hospital Ditutup Dua Minggu

Gagal Patuhi Piawaian Kantin Hospital Ditutup Dua Minggu

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 422 hits
05 Februari 2019 11 18 PM JOHOR BAHRU Kantin Hospital Sultan Ismail di sini ditutup dua minggu bermula semalam selepas pemeriksaan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru mend
Kaedah Reit Jual Airport Hospital Apa Lagi Ph Mahu Jual Najib

Kaedah Reit Jual Airport Hospital Apa Lagi Ph Mahu Jual Najib

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 425 hits
Jika PH terang terang kata kepada Rakyat Kita mahu jual semua airport dan bangunan hospital milik kerajaan Tentu ramai akan marah Kesian pulak admin FB mereka penat penat delete komen nanti Sebenarnya Menteri Kewayangan sudah umum rancangan...
Persediaan Keperluan Bayi Ke Hospital Sebelum Bersalin

Persediaan Keperluan Bayi Ke Hospital Sebelum Bersalin

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 1972 hits
Salam kesayangan Lamanya Nora tak update blog Mood kemalasan dan sebenarnya terfikir nak closed je blog ni Tapi tulah sayang pula sebab dari suka suka boleh jana income dan sekarang macam nak kembali seperti dulu Blog just suka suka Aci tak...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba