Ke Hospital Bila Kontraksi 3 5 Minit Sekali Rukuk Sujud Serta Urut Perineum Mudahkan Kelahiran


Bagi ibu hamil, kontraksi dan menunggu bukaan servis serta proses meneran adalah fasa yang mencabar. 10 tip daripada doktor ini membantu.
Debaran makin terasa terutamanya bakal ibu yang menanti masa untuk melahirkan anak pertama tidak lama lagi.Perkongsian daripada Dr Mastura Mohd Mokhtar, Pakar Perbidanan & Sakit Puan KPJ Selangor Specialist Hospital memberikan 10 tip yang boleh membantu mengelakkan masa yang lama semasa proses bersalin nanti terutamanya proses meneran dan kontraksi.
Memang tidak dinafikan proses bersalin terutamanya proses meneran dan kesakitan kontraksi adalah satu perkara yang menakutkan bakal ibu. Kontraksi disebabkan oleh otot rahim yang mengecut secara beritma yang bermula dari bahagian atas atau fundus rahim dan menolak bayi ke bawah. Kontraksi juga penting untuk proses mengeluarkan uri.
Kontraksi adalah satu proses fisiologi yang sangat penting semasa proses bersalin untuk memastikan bukaan pangkal rahim dan kepala bayi dapat turun ke dalam pelvis dengan lancar dan seterusnya melahirkan bayi. Kontraksi boleh berlaku selama beberapa hari sebelum kelahiran tetapi biasanya kurang kuat dan tidak kerap.
Kontraksi merupakan tanda yang puan sudah hampir mahu bersalin ialah apabila ia menjadi semakin kerap, semakin lama dan semakin kuat. Kontraksi juga biasanya semakin kuat sekiranya air ketuban telah pecah atau dipecahkan oleh doktor. Selalunya saya akan menasihatkan pesakit untuk datang ke hospital apabila kontraksi berlaku setiap 10 minit.
Hanya kontraksi yang cukup kuat dan kerap boleh memastikan bukaan pangkal rahim dan kepala bayi turun, sebab itulah sekiranya kontraksi puan tidak mencapai kekuatan atau kekerapan yang sepatutnya semasa di bilik bersalin nanti, doktor akan memasukkan ubat Pitocin atau Oxytocin.

Antara tip untuk membantu memudahkan kelahiran:
MENGHADIRI KELAS ANTENATAL Di dalam kelas antenatal, ceramah berkenaan proses kelahiran akan diberi oleh pakar perbidanan dan puan juga akan diajar teknik pernafasan dan posisi semasa kelahiran. Kelas antenatal ini telah terbukti secara saintifik dapat membantu untuk memudahkan proses kelahiran dan mengurangkan keperluan untuk ubat tahan sakit nanti.
UBAT TAHAN SAKIT ATAU KAEDAH LAIN UNTUK KAWAL SAKIT BERSALIN Ubat tahan sakit semasa sakit bersalin seperti suntikan Pethidine atau Epidural dan metod-metod lain seperti Entonox dan mesin TENS bukan sahaja mengurangkan rasa sakit kontraksi tetapi dapat menenangkan emosi puan. Apabila ibu tenang, kontraksi akan lebih berkesan dan mempercepatkan proses bersalin.
KEKAL AKTIF DAN MELAKUKAN SENAMAN Biasanya wanita yang aktif lebih mudah untuk bersalin terutama pekerjaan yang banyak memerlukan berjalan seperti jururawat atau guru. Semasa di wad bersalin atau bilik bersalin adalah lebih baik sekiranya puan kerap berjalan kerana boleh mempercepatkan proses bersalin dan ia juga mengurangkan rasa sakit.

Senaman Yoga dikatakan boleh membantu terutama untuk fokus, kawalan pernafasan dan senaman pelvis.
URUTAN Urutan yang dilakukan semasa kehamilan dan semasa proses bersalin boleh membantu. Tetapi hendaklah dielakkan melakukan urutan pada rahim kerana boleh menyebabkan kontraksi awal atau abruptio sekiranya urutan yang kuat dilakukan.
Urutan pada bahagian badan yang lain tidak mendatangkan masalah dan boleh memberikan rasa tenang kepada ibu.
KERAP MELAKUKAN SENAMAN KEGEL Walaupun senaman Kegel biasanya dinasihatkan untuk ibu-ibu selepas bersalin, ada pendapat dari pakar fitness yang mengatakan bahawa dengan melakukan senaman Kegel secara berterusan sekurang-kurangnya 20 kali sehari boleh menguatkan otot pelvis. Oleh itu otot pelvis yang kuat ini akan membantu wanita untuk meneran dengan lebih berkesan.

URUTAN PERINEUM Urutan perineum boleh dilakukan seawal 12 minggu boleh membantu wanita belajar secara sedar untuk merehatkan otot perineum, oleh itu memudahkan laluan untuk bayi lahir.
Urutan ini juga menambahkan perjalanan darah kepada tisu di perineum yang membantu mempercepatkan ia cepat sembuh selepas bersalin terutama untuk wanita yang mempunyai luka episiotomi atau koyakan.
PERBANYAKKAN SOLAT SUNAT Ini kerana terdapat kajian mengatakan kedudukan seperti ruku’ dan sujud selama minima 10 minit 2 kali sehari selepas 37 minggu membantu memastikan kedudukan kepala bayi pada kedudukan paling optimum semasa bersalin nanti iaitu mukanya mengadap kepada tulang belakang ibu.
KEHADIRAN PENEMAN SEMASA SAKIT BERSALIN Kehadiran peneman terutama suami sangat-sangat membantu untuk memberikan semangat dan terbukti boleh mengurangkan sakit. Suami atau penaman juga boleh melakukan urutan dan membantu wanita untuk bergerak di dalam wad atau bilik bersalin.

DATANG KE HOSPITAL CUMA BILA SAKIT SUDAH CUKUP KUAT Ini membolehkan wanita berada di dalam persekitaran yang dia rasa selesa dan kurang tertekan di rumah sendiri berbanding di hospital. Di rumah juga dia masih boleh minum, makan dan bergerak lagi sehinggalah kontraksi berlaku setiap 3 ke 5 minit sekali.

BAWA BEKALAN MAKANAN YANG CUKUP Semasa di bilik bersalin, biasanya puan masih boleh minum dan ambil makanan ringan seperti biskut atau kurma untuk memberikan tenaga. Pastikan puan membawa bekalan makanan yang cukup di hospital dan mengambil makanan secara normal sebelum dihantar ke bilik besalin untuk memastikan puan mempunyai tenaga yang cukup sepanjang proses bersalin.
The post Ke Hospital Bila Kontraksi 3- 5 Minit Sekali, Rukuk & Sujud Serta Urut Perineum Mudahkan Kelahiran appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/ke-hospital-bila-kontraksi-3-5-minit-sekali-rukuk-sujud-serta-urut-perineum-mudahkan-kelahiran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengapa Kita Dianjurkan Berlama Lama Semasa Sujud Dan Rukuk Rileks Media

Mengapa Kita Dianjurkan Berlama Lama Semasa Sujud Dan Rukuk Rileks Media

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 290 hits
Solat lima waktu merupakan perintah yang wajib dijalankan oleh Umat Islam Kekhusyukkan dalam menjalankan solat sangat penting untuk mendapatkan manfaat baik secara agama mahupun perubatan Ada orang yang dalam solatnya begitu khusyuk dan men...
Kkm Beri Amaran Henti Jual Edar Produk Berkenaan Serta Merta

Kkm Beri Amaran Henti Jual Edar Produk Berkenaan Serta Merta

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 330 hits
ISMA WEBBANGI Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk menghentikan penggunaan tujuh produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu hydroquinone dan tretinoin hydroquinone serta merkuri Ketua Pengarah Kesihatan D...
Sepenuh Hati Saya Mencintainya Dan Menerima Dia Seadanya Kerana Dia Cukup Istimewa Serta Sempurna Untuk Saya

Sepenuh Hati Saya Mencintainya Dan Menerima Dia Seadanya Kerana Dia Cukup Istimewa Serta Sempurna Untuk Saya

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 330 hits
Sepenuh hati saya mencintainya dan menerima dia seadanya kerana dia cukup istimewa serta sempurna untuk saya Ungkapan cinta itu buta sesuai menggambarkan hubungan dua insan yang menyulam kasih sehingga ke jinjang pelamin walaupun seorang da...
Semakan Bil Elektrik Rm40 Cara Semakan Serta Soalan Lazim

Semakan Bil Elektrik Rm40 Cara Semakan Serta Soalan Lazim

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 615 hits
Semakan Bil Elektrik RM40 Bil Elektrik RM40 adalah program khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar dan miskin selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat Penerima yang layak adalah Ketua Isi Rumah yang tersenar...
Ikan Serta Daging Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dimakan Ketika Ibu Berpantang

Ikan Serta Daging Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dimakan Ketika Ibu Berpantang

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 364 hits
Memang banyak pantang larang semasa berpantang termasuklah dari segi pemakanan kan Dari sinilah bermulanya kekurangan nutrisi dan makanan yang seimbang sedangkan semasa dalam pantanglah ibu ibu kena mendapatkan semula nutrisi untuk mengemba...
Informasi Restoran 24jam Di Kepong Diarah Tutup Serta Merta

Informasi Restoran 24jam Di Kepong Diarah Tutup Serta Merta

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 337 hits
RESTORAN itu diarahkan tutup serta merta selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor UTUSAN ONLINEKUALA LUMPUR 28 Jan Sebuah restoran 24 jam di Jalan Metro Perdana Timur 3 Kepong di sini diarahkan tutup serta merta selepas didapati bero...
Habitat Ciri Khas Serta Cara Menjinakkan Burung Elang Jawa

Habitat Ciri Khas Serta Cara Menjinakkan Burung Elang Jawa

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 440 hits
Burung Elang merupakan burung predator atau burung pemangsa yang sering dijuluki Bird of Prey Elang sendiri memiliki beragam jenis salah satunya Burung Elang Jawa Pemilik nama latin Javan Hawk Eagle ini merupakan jenis elang endemik asli In...
Kenali Jenis Kanker Prostat Serta Cara Mengatasinya

Kenali Jenis Kanker Prostat Serta Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 236 hits
Jenis kanker prostat terbagi menjadi dua yakni jinak dan ganas Poh Beow Kiong Ahli Urologi Parkway Hospitals Singapore menyebutkan tingkat keganasan kanker dapat dilihat melalui PSA
Guna Air Serta Roti Sebagai Baja Kaedah Ringkas Suburkan Tanaman Rileks Media

Guna Air Serta Roti Sebagai Baja Kaedah Ringkas Suburkan Tanaman Rileks Media

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 420 hits
Kini semakin ramai pemilik kediaman memilih menanam tanaman sendiri di rumah Walaupun ruang rumah terhad seperti di bandar bandar besar tetapi dengan sedikit kreativiti anda boleh merasai pengalaman bercucuk tanam sendiri Tetapi sudah penat...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt