Pengalaman Buat Rawatan Fractional Co2 Laser Di Dr Chong Clinic Kepong
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam PKP 2.0 kepada semua yang membaca perkongsian aku kali ini. Apa khabar semuanya? Harap semuanya baik-baik sahaja. Baiklah, kali ini aku nak berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman aku membuat rawatan laser pada wajah di sebuah klinik yang berprestij dan dikenali ramai iaitu Dr Chong Clinic
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku membuat rawatan di wajah, pada bulan Januari tahun 2020 aku ada buat rawatan wajah juga tetapi yang membuatkan aku agak risau untuk rawatan kali ini adalah kerana nama rawatan wajah kali ini adalah Fractional Co2 Laser.
Sempat bergambar dengan Dr Brendon Chong.
APA ITU FRACTIONAL CO2 LASER?
Fractional CO2 Laser adalah teknik rawatan yang digunakan untuk melapiskan semula kulit tua berbanding dengan teknik pelapisan lain seperti laser ablatif atau pengulit kimia. Tujuan rawatan ini adalah untuk membantu mengurangkan ketidakseimbangan dalam struktur kulit dan tekstur seperti keriput, garis halus, bintik-bintik yang disebabkan oleh kerosakan matahari, warna yang tidak sekata dan parut jerawat. Rawatan ini memberikan masa penyembuhan yang lebih cepat jika dibandingkan dengan prosedur ablatif
Bagaimana Rawatan Fractional Co2 Laser Berfungsi?
Seperti namanya, Fractional CO2 Laser menggunakan laser CO2 untuk menembusi jauh ke dalam kulit untuk mempromosikan penyembuhan kulit dan ia tidak menyebabkan kerosakan pada lapisan atas kulit lain yang dipanggil epidermis. Laser fractional menghasilkan haba yang menghasilkan seribu tiang yang sangat kecil yang menembusi lapisan luar epidermis kulit melalui lapisan dermis yang lebih dalam.
Lajur haba ini merosakkan kulit di dalamnya dan ini mencetuskan kulit yang sihat di sekeliling lajur untuk memulakan proses pembaikan oleh mekanisme penyembuhan tubuh sendiri. Kulit menyembuh sendiri dari bawah dan menggantikan kulit yang rosak di atas menyebabkan kulit menjadi lebih baik. Hasilnya adalah kulit yang lebih bertekstur dan lebih tegang. Ini menentang laser ablatif yang merosakkan epidermis untuk mendorong penyembuhan
Rawatan Fractional CO2 Laser boleh digunakan untuk pelbagai keadaan yang disenaraikan di bawah.
✅ Kedut✅ Parut jerawat✅ Kulit licin✅ Luka pembedahan atau traumatik
DR CHONG CLINIC
Baiklah, mengapa aku buat rawatan di Dr Chong Clinic? Pertamanya kerana Dr Chong Clinic merupakan salah satu klinik aestetik yang dikenali ramai dan dipercayati rawatannya. Mempunyai doktor dan juga staf yang profesional, mereka semua sangat berpengalaman.
Selain itu, Dr Chong Clinic juga mempunyai rangkaian cawangan yang berada di beberapa tempat seperti Kepong, TTDI, Bangsar,Shah Alam dan juga Johor Bahru. Aku membuat rawatan Fractional CO2 Laser ini di cawangan HQnya iaitu di Kepong
PENGALAMAN RAWATAN CO2 FRACTIONAL LASER
Baiklah, sekarang tibalah masa untuk aku ceritakan pengalaman aku dari mula sehingga akhir. Sampai sahaja di Dr Chong Clinic Kepong, seperti biasa di waktu pandemik COVID-19 ini, aku perlu scan MySejahtera, scan suhu dan juga mengisi borang mengesahkan bahawa aku tiada sebarang kaitan dengan Covid-19
Kemudiannya, bermulalah proses pertama iaitu sesi konsultasi bersama doktor. Doktor yang akan membaut rawatan pada wajah aku adalah Dr Brendon Chong. Diwaktu inilah penjelasan diberikan tentang rawatan apakah yang sesuai dengan wajah anda, apakah masalah-masalah pada kulit anda dan sebagainya.
Sesi konsultasi
Kulit muka aku sememangnya dari zaman sekolah menengah sehingga sekarang seperti permukaan bulan iaitu berkawah-kawah. Parut jerawat sememangnya tidak asing lagi dengan pipi aku yang semakin membesar ini. Itulah salah satu yang aku inginkan iaitu mengurangkan kesan parut jerawat dan sebenarnya pada mulanya aku ingin membuat rawatan Pico Laser, tetapi setelah doktor melihat keadaan wajah aku, rawatan Fractional CO2 Laser adalah lebih baik kerana rawatan ini lebih 'kuat' dan memberi kesan yang lebih baik
Proses membersihkan wajah dan krim kebas
Kemudian, aku dibawa ke sebuah bilik rawatan yang selesa, dan memulakan proses persedian untuk rawatan Fractional CO2 Laser. Proses pertama adalah membersihkan muka sebersih mungkin, dan kemudiannya adalah meletakkan krim kebas pada wajah untuk mengurangkan rasa sakit. Pada ketika itu aku agak risau sekiranya rawatan laser ini memberikan kesakitan yang melampau atau sebaliknya. Sekitar 20 minit masa menunggu krim kebas itu berfungsi dan selama itulah aku berfikir macam-macam perkara
Tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu bermulanya rawatan Fractional CO2 Laser. Sebenarnya aku tiada idea tentang apakah rupa laser itu dan juga kesannya terhadap wajah sebab macam yang aku beritahu, aku datang sebenarnya ingin membuat rawatan Pico Laser jadi banyak jugalah aku mencari info tentang Pico Laser
Okay, ketika laser itu dipancarkan ke wajah, sebenarnya akan rasa seperti panas dan mencucuk kulit. Bagaikan jarum kecil tetapi jangan risau sebab doktor akan menghalakan udara sejuk melalui paip. Jadi prosesnya tidaklah sesakit mana dan ada ketikanya agak sakit sedikit untuk bahagian parut yang lebih dalam
Seluruh kawasan wajah dilaserkan dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja. Benar kata doktor, sakitnya tidaklah seteruk rawatan yang aku pernah buat sebelum ini. Faktor kesakitan yang kurang ini mungkin juga kerana krim kebas yang telah berfungsi dengan baik
Wajah selepas rawatan berakhir
Setelah selesai rawatan, inilah rupa aku. Rasa agak membengkak sedikit dan juga anda boleh lihat tompokan bintik-bintik petak di keseluruhan wajah. Agak lucu juga rupa sebenarnya. Kemudian, sebelum boleh pulang ada satu lagi prosedur akan dilakukan iaitu proses cooling session dan juga pemakaian moisturizer dan juga sunblock
Prosedur sebelum boleh pulang
SELEPAS RAWATAN
Ketika penerangan oleh Dr Brendon Chong, beliau ada bertanya sama ada aku selalu jumpa orang atau tak, dan soalan itu ada sebabnya. Sebabnya adalah terdapat tempoh DOWNTIME ataupun juga dipanggil tempoh penyembuhan iaitu sekitar 4-7 hari
Antara yang anda perlu lakukan adalah :-
✅Elakkan daripada terkena panas dan juga cahaya matahari secara direct. Sekiranya perlu sangat-sangat untuk keluar, pakailah payung dan sebagainya untuk menghalang cahaya daripada terkena kulit anda
✅Pakai moisturizer untuk sentiasa lembabkan kulit wajah dan kemudiannya pakai sunblock. Pemakaian sunblock pula perlu dilakukan dengan kerap setiap 2 jam. Begitu juga dengan moisturizer.
Berapa sesi untuk dapatkan result yang terbaik? Sebenarnya ia mengikut keadaan kulit wajah anda. Untuk sesi pertama, hanya sekitar 30% sahaja kesan yang dapat dilihat, sesi kedua pula 50% dan begitulah seterusnya. Resultnya berbeza mengikut rawatan yang anda lakukan. Oleh itu, perkara yang terbaik sebelum melakukan rawatan adalah berbincang dengan doktor terlebih dahulu.
Macam aku sendiri, setelah beberapa hari, aku dapat lihat kesan yang positif. Parut jerawat masih ada cuma ia semakin mengecil. Lubang yang dalam pun sudah tak berapa dalam lagi. Wajah pun kelihatan semakin berseri-seri. Memang berpuas hati dengan rawatan ini.
Selain itu, kalau sebelum ini aku hanya amalkan mencuci muka kemudian memakai sunblock sahaja, kini aku telah menambah satu lagi rutin iaitu memakai moisturizer. In shaa Allah, bolehlah aku melakukan sesi Fractional CO2 Laser lagi di masa akan datang.
PROMOSI BULAN JANUARI 2021
1. Lucent x 6 boxes = RM 3,608
Free Eye-Cream or Day & Night Cream 2. Double Brightening
[Whitening Laser + Carbon Laser] x 3 sessions = RM 388Free LED Mask PWP Top up [Whitening Laser + Carbon Laser] x 1 session = RM 88Free LED Mask 3. Scar Laser
CO2 Laser x 2 sessions = RM 388Free scar repair maskFree LED Mask PWP Top up [CO2 Laser x 1 session] = RM 88Top up [Subcision = RM 88]; max 3 times 4. PICO Laser
Buy 3 Free 1 = RM 3,588Free Cooling mask x 4 sessions PWP Top up [Baby white injection = RM 88 each injection]; max 4 sessions 5. PDRN
[PDRN x 2 sessions] + [PICO x 2 sessions ]= RM 3,588Free Stemcell toner or moisturizer 6. Unlimited Clattu Buffet
1 day unlimited RM 4,8882 days unlimited RM 7,888 7. Hair Removal
RM 99 x 1 session 8. Unlimited PDRN
RM 4,988Max 8 times; (02/01/2021 - 30/06/2021)
Mini VIP Membership PackageSpend for any RM 6,000; Get up to 8,800 credit point*For all ala carte treatments
10. Mix & Match i) RM 2,880ii) RM 5,880iii) RM 8,880(Refer to image below)
11. Hair Growth Treatmenti) Hair Growth Premium = RM 28,800ii) Hair Growth Hair Stemcell = RM 9,880iii) Hair Growth Homecare Laser = RM 4,880
12. (Baby Facial + Tribeam Laser) x 3 sessions = RM 988
13.Transderm Facial x 3 sessions = RM 688
14. 20% OFF ala carte or 30% OFF set for LE PERFETTO products
15. First Trial promotion- SecGen PICO Laser RM 398- UK PRP (10ml) RM 398- UK PRP (20ml) RM 598- MedGlass Laser RM 398- Pro Yellow / Dual Yellow RM 398- SeaWave (Zwave) RM 398- IceFreezing (Clatuu) RM 988- HIFU RM 1800- Meso Hair Loss (2.5ml) + LED Light RM 199- Hair removal + whitening (armpit) RM 99
LOKASI DR CHONG CLINIC
👉 Dr Chong Clinic HQ (Kepong)03-6179 3157 / 018-473 881837G, Jalan Metro Perdana Barat 1, Taman Usahawan Kepong, 52100, Kuala Lumpur
👉Dr Chong Clinic Premium (Bangsar)03-2202 2158 / 018-251 880840 & 42, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
👉Dr Chong Clinic (TTDI)03-7733 6002 / 011-2728 818814 & 16, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur
👉Dr Chong Clinic (Shah Alam)03-5524 3083 / 018-471 0988F-G-33, Jalan Ikhtisas 14/1, Vista Alam, Seksyen 14, 40000, Shah Alam, Selangor
👉Dr Chong Clinic (Johor Bahru)07-5596110 / 011-5636 611049, Jalan NB2 2/2, Taman Nusa Bestari 2, 79150, Iskandar Puteri, Johor Bahru
WAKTU OPERASIIsnin - Jumaat : 10 pagi - 7 petang
Sabtu & Ahad : 10 pagi - 6 petang
General Customer Service Line (Appointment) : +6018 - 2528088Websites : https://www.drchongclinic.comFacebook : https://www.facebook.com/drchongclinicInstagram : @drchongclinicYoutube Channel : Dr Chong Clinic - Skin & Lasers CenterEmail Address :
[email protected]SEKIAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2021/01/rawatan-fractional-co2-laser-dr-chong-clinic.html