Pengalaman Jual Kereta Terpakai Online Di Mudah My
Pengalaman jual kereta terpakai online di Mudah.
Selepas 12 tahun bersama Savvy, barulah terasa nak lepaskan dia. Memang niat nak jual kereta ni dah lama. Tapi disebabkan sayang yang menebal kat kereta ni, saya tertangguh nak lepaskan pada pembeli baru. Kereta ni dah habis bayar.
Dah takde nak bayar bulan-bulan kat bank. Tu yang fikir panjang nak jual, sebab kereta ni memang jimat minyak. Tapi bila fikir-fikir, banyak plak kereta kat rumah ni nak kena buat service.
Pengalaman buat pemeriksaan Puspakom di rumah
enjinnya masih baik lagi walau dah 12 tahun
Dalaman pun dijaga dengan baik.
Ingat lagi entri pengalaman saya buat pemeriksaan Puspakom di rumah? No worries, kalau tak sempat baca, boleh je klik link ini.
Kenapalah time PKPB (Bersyarat) lah sibuk nak buat pemeriksaan Puspakom kan??. Bukan apa sebab saya nak jual kereta Savvy tu. Masa PKP awal tu takde nak buat apa, selain bekerja dari rumah. Fikir punya fikir, oklah jual aje lah.
Kat rumah ni saja dah ada 4 biji kereta. Buat penuh parking keliling rumah je pulak.
Isu jual beli kereta urusan sendiri
Mula-mula saya malas nak fikir bab jual kereta. Alasannya sebab:
Satu hal nak iklankan kereta tu.
Nak jumpa potential buyer pulak.
Dan nak uruskan hal tukar nama di Puspakom.
Nak pula bila PKP, semua urusan mengikut norma baharu. Mesti proses ambil masa lebih lama.
Saya ada bagitau suami, bagi jela kereta tu kat sapa-sapa. Saya malas nak uruskan semua tu. Hmm dan syukurlah saya tak dengar cakap isteri dia yang tak fikir panjang ni.
Suami jualkan di Mudah.my
Suami bagi idea nak iklankan di Mudah. Kalau dia dapat jual dia nak komisen sikit. Komisen half okay dari harga jual kereta. Dan suami yang uruskan dari A to Z, saya pun fikir ok juga.
Ok deal!!! Kami decide nak jual RM3,800.
Saya iklankan kereta Savvy ni di Mudah.my. Dan ianya PERCUMA dan saya tidak ambil iklan berbayar. Nampaknya banyak yang tanya dan berminat dengan kereta saya ni.
Ramai bertanya tapi terus senyap
Sebenarnya kalau ikutkan ramai yang berminat nak beli kereta ni. TAPI, belum tentu nak beli ya. Yang kata nak tu memang ramai!!
Sampaikan ada yang nak bayar deposit walaupun BELUM datang tengok kereta. Time PKPB memang nak ke mana-mana memang terhad. Sebab perlu ada surat pengesahan merentas daerah.
Saya faham situasi tu dan tetap sabar melayan pertanyaan buyer. Bila kata nak bank in, tunggu-tunggu tapi takde juga. Sampai malas nak layan haha.
Ada macam-macam ragam. Tapi saya ok je, sebab dah tahu dan boleh agak situasi macam ni. Yelah RM3,800 bukan murah bagi sesetengah dari kita kan.
Jadi saya tak de hal pun nak reply whatsapp pertanyaan diorang tu. Kalau ada rezeki, adalah kan.
Jumpa juga serius buyer
Tq buyer, semoga kereta ni dapat berkhidmat dengan baik bersama tuan barunya
Sampailah satu hari tu, selepas deal dengan kurang dari 10 pembeli, ada seorang hamba Allah ni berminat. Masa PKPB tu, memang kami berhati-hati nak jumpa orang. Risau pasal Covid-19, satu lagi risau ada yang nak ambil kesempatan.
Kebetulan satu hari tu suami saya ada 3 temujanji dengan potential buyer. Jam 9 pagi, jam 11 pagi dan 2 petang. Yang temujanji 9 pagi tu ada hal, katanya dia datang lewat sikit.
Kebetulan yang 11 pagi tu pulak terawal, dan sekali je tengok kereta terus JADI!! Terus dia bayar separuh dari harga jual tanda jadi. Dia bayar cash RM1,800.
Katanya dah lama dia cari kereta ni. Yang bawa Savvy je tau performance kereta ni. Memang best pun dipandu.
Dan bila dah jumpa pembeli yang serius ni, kami setkan tarikh untuk pertukaran nama di JPJ. Kata jual sendiri kan, makanya semua urusan diselesaikan sendiri. Unless korang guna service Carsome. Tak perlu pening kepala.
Satu hari di JPJ.
Beratur panjang bak hang!!
Kat sini mencabar sikit. Masa sampai kat JPJ Padang Jawa, ya ampuun ramai betul orangnya.
Bayangkan dia punya beratur tu sampai ke parking belakang sana. Tau ke belah mana? Haha yang pasti berjela panjang beratur tu.
Tapi takpe, part beratur tu suami settlekan. Kita tunggu depan pintu je. Kata dapat komisen separuh dari harga jual kan? Harusla dia pergi beratur sana hahaha.
Memang pengalaman jual kereta terpakai di kala PKPB ni akan ku kenang sampai bila-bila haha. Susah payah berpeluh ketiak menunggu. Tapi tetap gigih hingga selesai urusan tukar nama.
Kalau ikutkan urusan tukar nama cepat je. Cuma nak beratur tu la lama. Semua orang pun ada urusan kan, jadi terima lah seadanya.
Dengan penjarakkan sosial, patuh SOP. Jadi semua tu memang mengambil masa. Selesai tukar nama, settlekan sekali urusan roadtax dan insuran baru atas nama buyer.
Dan Alhamdulillah selesai je semua tu, buyer bayar lebihan duit jualan kereta berjumlah RM2,000 tunai.
Ya Allah memang rasa pushati urusan jual beli kereta Savvy ni selesai. Seller happy, buyer apatah lagi. Memang dia dah lama mencari kereta ni. Memang rezeki dialah.
The post Pengalaman jual kereta terpakai online di Mudah.my appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ajumohit.com/2021/01/pengalaman-jual-kereta-terpakai-online-di-mudah-my.html