Pengalaman Buka Iucd Di Klinik Ajwa Shah Alam


Pengalaman Buka IUCD Di Klinik Ajwa Shah Alam | Selalu sangat wanita mendengar dan menyebut IUCD, tapi tahukah anda apa sebenarnya IUCD ni

IUCD adalah singkatan kepada Intrauterine Conceptive Device yang merupakan alat pencegahan kehamilan yang dipasang di dalam rahim. IUCD ni berbentuk 'T', dan bila dipasang dalam rahim ianya seakan seperti payung

Pengalaman Buka IUCD Di Klinik Ajwa Shah Alam - Contoh IUCD
Baru-baru ini Sisyat baru selesai membuka (remove) semula IUCD yang dah dipasang dalam rahim sejak Oktober 2019. Tak sampai 2 tahun pun Sisyat pakai IUCD tu

Kenapa Pakai IUCD?
Fungsi utama IUCD pun kita dah tahu adalah untuk tujuan pencegahan kehamilan. Jadi, tujuan utama Sisyat pakai IUCD adalah untuk mencegah kehamilan yang ke 5 selepas kelahiran anak ke 4 Sisyat, Hanania Auji. (Tapi anak Sisyat yang ada sekarang cuma 3 orang, satu keguguran)
Tapi alasan paling utama adalah kerana Sisyat perlu mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) iaitu kursus wajib bagi seorang penjawat awam yang baru dilantik. Syarat yang paling keras bagi peserta wanita ialah tidak boleh hamil

Sekiranya hamil, pegawai berkenaan tidak layak mengikuti kursus berkenaan dan akan di daftarkan pada sesi akan datang. Kesannya ialah, pengesahan dalam perkhidmatan akan menjadi lambat berbanding rakan-rakan satu batch yang lain. This is yang Sisyat tak nak memandangkan umur pun dah sangat matang ketika menjawat jawatan penjawat awam yang ini

Jadi, Sisyat pilih untuk menggunakan kaedah pencegahan kehamilan yang disarankan oleh klinik kesihatan. Masa ni nurse cadangkan 3 kaedah pencegahan:-Ambil ubat perancangCucuk depoImplanIUCDUntuk pertama kalinya sebelum pakai IUCD ni, Sisyat cuba cucuk depo dahulu. Yang kurang menariknya, depo ni perlu cucuk setiap 3 bulan sekali. Sempat la 3 kali buat temujanji cucuk depo. Tapi, bila cucuk depo ni jerawat menyerang dengan  sangat subur. Hormon memang kacau

Bila rujuk kepada doktor, disarankan agar Sisyat tukar kepada IUCD. Implan pun tidak sesuai. Sebabnya kalau tak sesuai dengan depo, maksudnya implan juga tidak akan berjaya

Baca juga:Pengalaman Jerawat Teruk Selepas Cucuk Depo
Jadi Sisyat buatlah temujanji dengan Klinik Kesihatan Kapar untuk pasang IUCD. Masa yang paling sesuai untuk pasang IUCD ialah ketika sedang haid pada hari ke 5 atau ke 6 (kalau tak silap Sisyat la). Masa ni dinding rahim masih lembut, jadi rasa sakit tu pun sikit saja

Pengalaman Buka IUCD Di Klinik Ajwa Shah Alam - IUCD
Tapi Sisyat pasang selepas seminggu habis haid, dan rasa sakit tu rasa la juga. Tak ada la rasa sakit sangat bagi Sisyat

Kos pasang IUCD di KK Kapar pada masa tu (2019) cuma RM1.00 sahaja untuk servis diorang

Kenapa Buka IUCD Awal?
Bulan lepas (Disember 2020), baru genap 15 bulan Sisyat pakai IUCD. Masih baru sangat kan? Sebab Sisyat pakai pun masa anak Sisyat dah lebih umur 2 tahun

Alasan utama Sisyat buka IUCD awal sebab kami plan nak dapatkan anak ke 4 pada tahun ni. Masuk dalam 'bucket list' tahun 2021 tau plan ni. hehe
Baca juga:Azam Tahun Baru 2021
Sebab Apa Pilih Klinik Ajwa Shah Alam?
Sebenarnya, Sisyat memang selalu mendapatkan servis Klinik Ajwa sejak mengandungkan anak pertama tahun 2011

Antara servis yang Sisyat pernah buat di klinik ni ialah:-Check up 9 bulan kehamilan anak pertama pada tahun 2010 - 2011.Check up dan cucuk vaksin anak pertama.Rawatan ketika keguguran anak ke 3.Rawatan pesakit luar anak-anak Sisyat.Sunatkan anak perempuan SisyatItu antara servis yang Sisyat ambil di klinik ini dan ianya sangat memuaskan hati kami suami isteri

Bagi Sisyat, Klinik Ajwa adalah klinik yang sangat Sisyat sarankan kepada sesiapa sahaja kerana:Klinik yang sangat mesra pesakit. Ruang klinik yang sangat selesa dan memudahkan para pesakit lebih-lebih lagi orang tua dan bayi.Doktor dan nurse yang sangat 'polite'. Menjawab setiap pertanyaan dengan mesra dan berinformasi.Harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Hospitaliti yang sangat menarik.
Pengalaman Buka IUCD Di Klinik Ajwa Shah AlamPengalaman Buka IUCD Di Klinik Ajwa Shah Alam - Klinik Ajwa Seksyen 7
Sisyat buat temujanji dengan Klinik Ajwa melalui telefon sahaja di talian 03-5510 6258. Daripada staf yang menjawab panggilan tu, di fahamkan:
Proses buka IUCD ialah ketika dalam tempoh haid. Paling sesuai pada hari ke 4 atau ke 5 period kerana dinding rahim lembut pada waktu ini.Perlu membuat temujanji terlebih dahulu. Hanya ada 2 orang doktor yang mahir untuk buka IUCD.Kos untuk buka IUCD cuma RM60.00 sahaja.Sepatutnya Sisyat ada temujanji pada hari Khamis iaitu sehari sebelum Krismas, tetapi disebabkan doktor yang berkenaan bercuti jadi temujanji di awalkan kepada hari Rabu pukul 3 petang

Sampai di klinik dari Kuala Selangor, tepat jam 3 petang dengan hujan yang sangat lebat. Seperti biasa, musim Covid 19 ni seharusnya perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan
Pertama kali kena buat pendaftaran dan bagitahu tujuan rawatan. Macam Sisyat, memang untuk remove IUCD.Nurse akan ambil maklumat diri yang berkaitan seperti umur, tahap kesihatan termasuk alahan kepada ubat, berat badan dan juga tekanan darah.Dah selesai bagi makumat, tunggu nama dipanggil untuk jumpa doktor.Selepas doktor ambil semua maklumat yang diperlukan, doktor akan minta ke 'makmal' untuk disiapkan bagi prosedur remove IUCD (Sisyat berdebar oii. Takut sakit sangat)Semasa prosedur, doktor akan terangkan dan tunjukan peralatan yang digunakan seperti mulut itik. (Fuh, yang ni serius dik non oii)5-10 saat prosesnya. Doktor masukan mulut itik ke dalam rahim dan tarik benang IUCD, then doktor terus cakap I'M DONE sambil tunjuk IUCD yang dah berjaya dikeluarkan. Rasa sakit macam sakit senggugut yang dah nak habis tu. Gitu je. Biasala kan dinding rahim.Pengalaman Buka IUCD Di Klinik Ajwa Shah Alam - Mulut Itik
Sangat pantas dan cepat. Sepantas kilat boleh Sisyat katakan

Sambil-sambil bersiap selepas prosedur, sempat bertanyakan doktor apa yang patut tentang pencegahan kehamilan ni especially IUCD
Nak pasang IUCD selepas kelahiran sangat disarankan semasa anak belum makan solid food. Paling lambat adalah semasa umur anak 5 bulan. Walaupun anda merupakan ibu yang menyusu secara ekslusif.Jika anak telah melebihi umur 6 bulan, itu adalah tahap wajib pasang IUCD (tiada lagi negotiation - sekiranya suami isteri memang pilih untuk family planning).Jika pilih IUCD, dinasihatkan setiap 6 bulan sepanjang tempoh pasang perlu buat pemeriksaan alat berkenaan.Kos pemasangan IUCD di Klinik Ajwa adalah RM250.00 sahaja (tahun 2020).Bagi Sisyat, antara depo dan IUCD memang Sisyat pilih IUCD. Pasang saja ke dalam rahim, selesai. Tak perlu tiap-tiap bulan ke klinik untuk cucuk seperti depo. Cuma perlu alert semasa tempoh 6 bulan. Jika tak pergi, perlu pandai check benang di dalam rahim. Tapi sebaiknya, pergilah check di klinik atau hospital

Jangan percaya dengan momokan sakit sangat dan seriau ketika prosedur. Ianya tak lah sakit sangat seperti sakit contraction nak bersalin tu

Jadi ibu-ibu yang bercadang tak ingin hamil, pilih lah prosedur yang bersesuaian dengan anda sebagai langkah pencegahan kehamilan. Jangan dengar kata orang kerana kita yang nak facing benda ni. Pengalaman setiap orang tidak sama, dan doktor yang merawat juga tidak sama

Doa yang baik-baik sahaja okay
Your Bestie:Hayati Suki (SisYat)-Yang pernah pakai IUCD-

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hayatisuki.com/2021/01/pengalaman-buka-iucd-di-klinik-ajwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Buka Tabung Bantuan Bencana Alam Johor

Pkr Buka Tabung Bantuan Bencana Alam Johor

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 308 hits
Warga Johor diuji dua bencana yang menuntut kesabaran dan pengorbanan Meskipun pandemik Covid 19 belum berakhir mereka diuji pula malapetaka banjir besar yang melanda banyak kawasan di negeri ini sejak 3 Januari lalu Sehingga kini dilaporka...
Taman Lembah Bukit Suk Shah Alam Port Menarik Untuk Jogging

Taman Lembah Bukit Suk Shah Alam Port Menarik Untuk Jogging

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 502 hits
Salam to all readers Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam Port Menarik untuk Jogging Semalam cadangnya nak ke Tasik Cermin tapi tak jadi memandangkan jauh sangat So tukar plan ke Taman Botanic Shah Alam Sampai sampai tutup pula sebab Covic 19 W...
Polis Nafi Stadium Tertutup Shah Alam Tempat Tampung Pesakit Covid 19

Polis Nafi Stadium Tertutup Shah Alam Tempat Tampung Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 235 hits
Pemangku Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed mengesahkan berita stadium tertutup Shah Alam dijadikan tempat menampung pesakit COVID 19 adalah palsu KUALA LUMPUR Polis menafikan sekumpulan individu ditempatkan di sebuah stadium tertutup d...
Polis Nafi Pesakit Covid 19 Ditempatkan Di Stadium Tertutup Shah Alam

Polis Nafi Pesakit Covid 19 Ditempatkan Di Stadium Tertutup Shah Alam

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 236 hits
Norzamira Che Noh Shah Alam Polis Selangor menafikan berita palsu berhubung pesakit Covid 19 kini ditempatkan di Stadium Tertutup Shah Alam susulan kesesakan di Hospital Sungai Buloh Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed ber...
Nasi Lemak Ainul Mustafa Alam Impian Shah Alam

Nasi Lemak Ainul Mustafa Alam Impian Shah Alam

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 520 hits
Sebenarnya Nasi lemak sedap ada dekat Alam Impian boleh order banyak banyak Nasi lemak yang best kena ada ikan bilis tapi ikan bilis sebab tuh kepupusan ikan bilis nasi lemak malaysia makin ketara Jadi jemput makan semua special resepi dari...
Dinner Di Nippon Sushi Shah Alam Selangor

Dinner Di Nippon Sushi Shah Alam Selangor

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 454 hits
Dinner di Nippon Sushi Shah Alam Selangor Korang nak tau sejak PKP inilah kedai makan pertama mama makan bersama keluarga Tetiba terasa nak makan kat kedai akhirnya kami decide nak pergi Dinner di Nippon Sushii Shah Alam Selangor Kedai ni m...
Klinik Suruh Ujian Kencing

Klinik Suruh Ujian Kencing

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 262 hits
Klinik bawah suruh datang sini buat ujian kencing
Salahuddin Ayub Buka Pekong Pakatan Harapan

Salahuddin Ayub Buka Pekong Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 175 hits
Dr Kamarul Yusof Selama ini Pakatan Harapan khususnya DAP sangat kuat mengutuk tindakan mencuri Ahli Ahli Parlimen parti parti lain dan tindakan Ahli Ahli Parlimen melompat parti ke parti parti lain sehingga ke tahap mahu akta anti lompat p...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever