Pengalaman Bila Disahkan Positif Covid19 Dan Bergejala


Pengalaman Bila Disahkan Positif Covid19 Dan Bergejala | Ramai yang bertanya macam mana saya boleh positif Covid-19? Pertama kali suami disahkan positif selepas membuat PCR kali kedua selepas pulang dari Melaka dengan simptom demam dan sedikit batuk. DH sepatutnya habis bertugas hari Ahad selepas upacara angkat sumpah di Melaka tapi hari Khamis tu dia mesej bagi tahu team dia akan pulang malam tu juga kerana salah seorang crew disahkan positif. Jadi sebelum balik tu team dia terus buat swab test di Dunia Lab dan Alhamdulillah, hanya seorang crew jer yang positif




Bukan pertama kali ada crew dari team dia yang positif dan DH akan kuarantin di rumah di dalam bilik, jadi kali ni pun sama. Kami tidur berasingan dan dia makan pun berasingan. Hari Ahad, DH dah mula demam dan selesema, jadi hari Isnin dia termasuk team pergi buat PCR lagi dan petang tu result keluar, dia dan seorang lagi crew disahkan positif. Hari Isnin tu juga saya dah tak sedap badan (sebenarnya dah tak sedap badan pada hari sebelum dia balik, mungkin sebab perubahan cuaca dan penat ke sana sini) 
Baca : tewas-dengan-demam-panas-dan-swab-test
Bila dia disahkan positif, hari Selasa pula saya, Angah Ammar, KY Amanda, Meya dan cikapplepie pun disuruh buat PCR dan kami disahkan positif kecuali Meya. Memang saya dah pasti akan positif sebab demam panas, selesema dan sesak nafas seperti juga anak-anak yang lain kecuali Meya. Sebenarnya saya akan berrisiko kerana ada sejarah pneumonia dan bila selesema tu kahak akan terasa menyekat penafasan. Kalau dulu tak berapa bimbang kerana walau lambat baik selesema tu tapi tak risau sangat walau saya punya sejarah pada paru-paru tapi bila Covid19 ni memang agak merisaukan

Hari Selasa tu saya demam panas dan kebah dan demam lagi hingga kurang tenaga. Memang rekod saya makan 7 biji panadol selang 8 jam selama 3 hari berturut-turut kerana risau kalau demam melarat dan saya dikehendaki ke Maeps. Kami sekeluarga ni memang jarang makan ubat demam bila demam sebab kami lebih suka antibodi yang buat kerja dan kami akan makan madu, habbatussauda dan cuba cara tradisional seperti minum limau, air kelapa untuk penyembuhan

Aktivit setiap pagi kami berubah dengan buat check BP, oksigen, suhu dan kemaskini My Sejahtera dan bila dapat result dari Dunia Lab, automatik status MySejahtera pun berubah warna. Fuhh memang menggerikan bila tengok warna merah dan saya positif bergejala. Begitulah antara rutin kami setiap hari sehingga hari Khamis, pihak CAC hubungi dan aturkan temujanji untuk saya dan 4 anak untuk ke CAC Titiwangsa




Jadi hari Khamis tu kami ke CAC dan mujur tak berapa ramai orang tapi proses tu agak lambat sebab ada 5 kaunter yang kami perlu jumpa bermula petugas kesihatan akan baut sesi selidik, check kesihatan, petugas akan masukkan details dari borang dan akhir sekali pasang gelang pink
Balik rumah, memang kami berkurung seperti biasa dan urusan makanan kami dapatkan dari GrabFood tapi untuk beberapa hari jer sebab jemu. Dah perut Melayu kan, jadi DH perlu makan nasi dan buat pertama kalinya saya cuma memasak nasi dan 1 jenis lauk

Kami kehilangan deria rasa, deria bau dan mood makan tu hanya sekadar makan supaya tak lapar. Bayangkan bila tiada deria rasa, entah apa rasa lauk tapi habis juga. Kalau lalu depan lori sampah pun tak bau, bayangkan ada makanan sudah lebih tarikh luput dan basi tapi kami tak boleh dapat hidu. Kari ikan memang tahan lama kalau dipanas dan dipanaskan tapi kalau lebih 2 hari tidak dipanaskan, kari pun jadi basi tapi saya tak boleh bau! 
Sehingga saya berkongsi ni pun, deria rasa ada hanya pada rasa manis, masin tapi rasa pedas tu masih tiada manakala deria bau pula masih tak berapa kuat. Seksa? agaklah sebab bila kita selalu akan mencium bau makanan tapi tiada bau yang dapat kita hidu

Secara jujurnya, kami tiada masalah kesihatan yang kronik jadi kami cuma dapat demam yang agak berlanjutan dengan selesema dan batuk serta saya pula bila makan sikit pun akan terus ke toilet. Tapi tu semua masih kami anggap tiada simptom yang membimbangkan

Akhirnya hari Sabtu, gelang pink dipulangkan dan proses kali ni lebih laju sebab kami perlu ke kaunter 1, kaunter 3 dan kaunter 5 untuk potong gelang

Terima kasih pada adik beradik, saudara mara dan para sahabat yang mendoakan kesihatan kami sekeluarga dan semoga kita semua terus sihat dan Covid 19 hapus dari bumi untuk kita jalani kehidupan seperti biasa tanpa ada kerisauan

Sehingga hari ini selepas 24 hari (hari ini) deria bau tak berapa ada, terkadang kalau bau busuk yang kuat seperti lori sampah, sah boleh bau tapi kalau makanan basi seperti sambal petai udang yang dah 2 hari memang saya tak dapat bau. Pasti ramai yang tahu bagaimana bau sambal udang petai kalau dah lebih hari bukan sebab kurang masak tapi selera makan tu kurang tapi kalau dapat sup atau makanan berkuah seperti Kimchi Jjigae atau masakan bersup tu laju jer di tekak. Mujur anak yang sulung sihat jadi dia boleh ke pasar belikan ketam sementara perut yang dibuat sup tu memang ada dalam stok




Paling menakutkan bila penafasan kita pun akan jadi masalah sebab kita rasa cepat penat. Apa yang saya tahu, gejala seperti selesema, batuk akan mengambil masa panjang untuk sembuh sepenuhnya tapi saya tetap berusaha dengan pemakanan secara tradisional seperti minum air sirih, minum lemon dan madu, habbatussauda dan banyak lagi

Teringat ada seorang sahabat yang disahkan positif sekeluarga, dia bagitau yang jiran-jirannya pandang serong pada mereka. Memang saya rasa pelik bila ada jiran sebegitu tapi bila dah terkena baru saya faham yang mereka ni takut tapi secara jujurnya kita tak perlu melihat mereka yang sakit akibat Covid ini dengan pandangan negatif kerana mereka sendiri tidak mahu. Tapi kalau ada anak-anak yang balik kampung hingga menyebabkan satu keluarga bahkan satu kampung terbabit sama macam kes sebelum ini, maka boleh la kita persalahkan si pembawa ni. 
Ok, InsyaAllah nanti saya kongsi lagi supaya anda yang disahkan positif akan terus kekal positif dalam kehidupan. Setiap penyakit ada ubatnya, InsyAllah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2021/12/pengalaman-bila-disahkan-positif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Terpaksa Batalkan Persembahan Doja Cat Disahkan Positif Covid 19

Hiburan Terpaksa Batalkan Persembahan Doja Cat Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 206 hits
Penyanyi antarabangsa disahkan positif Covid 19 selepas beberapa anggota pasukan produksinya dijangkiti wabak itu baru baru ini Doja atau nama sebenarnya Amala Ratna Zandile Dlamini berkata dia terpaksa membatalkan persembahan kerana harus ...
Choi Siwon Disahkan Positif Covid 19

Choi Siwon Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 331 hits
Seorang lagi artis Korea disahkan positif COVID 19 baru baru ini Menurut SM Entertainment Choi Si won SUPER JUNIOR telah disahkan dijangkiti virus berkenaan pada pagi 10 Disember Sudah pun lengkap dua dos vaksin pada September lalu dia disa...
Shin Hyunbin Disahkan Positif Covid 19

Shin Hyunbin Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 221 hits
Nampaknya semakin banyak kes COVID 19 yang dikesan dalam dunia hiburan Korea Terbaru pelakon Shin Hyunbin disahkan positif wabak berkenaan Respon agensinya Shin Hyun bin disahkan positif hari ini Selepas menerima notifikasi sebagai kontak r...
24 Pelajar Politeknik Sandakan Disahkan Positif Covid 19

24 Pelajar Politeknik Sandakan Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 348 hits
MALAYSIA NOW Pengesanan kes positif itu turut mencetuskan kluster baru Sungai Batang Pelajar politeknik tersebut didapati mengalami gejala demam dan batuk sejak 12 November lalu dan dikesan positif melalui saringan kit ujian pantas antigen ...
Dampak Negatif Dan Positif Konflik Sosial Yang Harus Dketahui

Dampak Negatif Dan Positif Konflik Sosial Yang Harus Dketahui

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 257 hits
Konflik sosial merupakan perjuangan untuk memperjuangan hak pilihan atau kekuasaan dalam masyarakat Konflik sosial terjadi ketika dua atau lebih yang saling menentang dalam interaksi sosial masing masing memberikan kekuatan sosial dengan ti...
Hiburan M Nasir Positif Covid 19 Kini Berada Dalam Keadaan Stabil

Hiburan M Nasir Positif Covid 19 Kini Berada Dalam Keadaan Stabil

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 222 hits
Penyanyi dan juga komposer terkenal Datuk M Nasir telah disahkan positif COVID 19 pada pagi Isnin lalu Perkara itu dimaklumkan oleh isteri Datin Marlia Musa yang memberitahu bahawa mereka berdua kini sedang menjalani kuarantin kendiri di ru...
Jadi Kontak Rapat Yoo Jaesuk Positif Covid 19

Jadi Kontak Rapat Yoo Jaesuk Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 179 hits
Semakin ramai selebriti Korea yang dijangkiti COVID 19 Terbaru pengacara popular iaitu Yoo Jae suk disahkan positif wabak berkenaan Lapor agensinya Yoo Jae suk telah menjalani ujian COVID 19 pada pagi ini dan disahkan positif Dia sudah mele...
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa Positif Covid 19

Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 162 hits
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa sedang menjalani perawatan karena merasakan gejala ringan Covid 19 setelah dites positif pada Minggu
27 Pekerja Warga Asing Positif Covid Pasar Raya Di Mitc Tutup Sementara

27 Pekerja Warga Asing Positif Covid Pasar Raya Di Mitc Tutup Sementara

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 209 hits
Kesemua pekerja positif dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 Berisiko Rendah Swasta di Johor Bahru PETALING JAYA Sebuah pasar raya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka Ayer Keroh diarahkan tutup sehingga 12 Dis ini susulan 27 k...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi