Pengalaman Berubat Di Malaysia Buat Warga Indonesia Culture Shock


Pengalaman Berubat Di Malaysia Buat Warga Indonesia “Culture Shock”
Kalau sebut tentang Malaysia, ramai yang akan terus terbayang tempat-tempat menarik untuk bercuti, selain pelbagai makanan yang memikat selera.
Namun, ramai tak sedar ada satu lagi perkara yang semakin mendapat perhatian warga luar, iaitu sistem kesihatan di Malaysia.
Siapa sangka, Malaysia bukan sahaja jadi destinasi pelancongan, tetapi juga tempat pilihan warga seberang untuk mendapatkan rawatan.
Tapi, pernah terfikir tak mengapa perkara ini berlaku? Kisah yang tular baru-baru ini mungkin mampu menjawab persoalan itu, sekali gus mengejutkan ramai.
Kisah tular dari seberang Baru-baru ini, seorang wanita Indonesia berkongsi pengalaman rakannya menerusi ruangan komen di sebuah video TikTok @asiacareconnect.
Video asal itu sebenarnya bertanyakan pengalaman warga luar berubat di Malaysia. Siapa sangka, dari situlah muncul kisah mengejutkan yang mendapat perhatian ramai.
Betul-betul plot twist, disahkan hidap kanser usus di Indonesia tapi rupanya… Menurut wanita berkenaan, rakannya pada mulanya disahkan menghidap kanser usus oleh doktor di Indonesia. Malah, dia turut disarankan menjalani kemoterapi dengan segera.
“Untungnya dia belum kemo. Habis didiagnosis, dia coba hidup sehat,” katanya.
Kerana terlalu takut dengan diagnosis awal itu, pesakit berkenaan mengubah gaya hidupnya secara drastik. Dia hanya makan makanan sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Dia juga mengelak sepenuhnya daripada mengambil makanan bergoreng, berminyak atau dibakar. Sebaliknya, hanya makanan rebus menjadi pilihannya.
Bayangkan perasaan seseorang apabila diberitahu menghidap penyakit serius seperti kanser. Mungkin kita juga akan melakukan hal yang sama.
Namun, keluarga pesakit tersebut nekad mencari jalan lain. Mereka memilih untuk mendapatkan rawatan kedua di Malaysia, lebih tepat lagi di Pulau Pinang.
Di sinilah terungkap kisah mengejutkan. Setelah menjalani pemeriksaan, doktor di Malaysia mendapati bahawa wanita tersebut sebenarnya tidak menghidap kanser usus.
Sebaliknya, dia hanya mengalami masalah asid refluks atau gerd.
“Temanku di Indonesia didiagnosis kanser usus. Sekalinya rujuk ke Pineng (Pulau Pinang), ternyata cuma asam lambung (gerd),” ujar wanita dari Indonesia itu.
7 hari saja terima rawatan di Malaysia, hari ke-4 dah pergi mall Lebih mengejutkan, selepas hanya tujuh hari mendapatkan rawatan di Pulau Pinang, keadaan pesakit tersebut kembali membaik.
“Cuma 7 hari di Pineng, hari ke-4 udah jalan ke mall. Sampai sekarang orangnya sehat, udah bisa beraktivitas, jogging, padel (berbasikal),” kongsinya lagi.
Bayangkan, daripada hampir terpaksa menjalani kemoterapi, kini rakannya itu kembali sihat, boleh bersenam, malah sudah mula menikmati hidup seperti biasa.
Netizen Indonesia mula buka cerita Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi. Rata-rata netizen Indonesia mula berkongsi pengalaman masing-masing berubat di Malaysia.
Ramai memuji sistem kesihatan Malaysia yang dianggap lebih baik dan dipercayai. Ada juga yang terkejut apabila mengetahui kos rawatan di Malaysia sebenarnya lebih berpatutan berbanding di negara mereka.
Malah, ada yang menyamakan pengalaman berada di hospital Malaysia seperti menerima layanan “hotel lima bintang”.
Hantaran @asiacareconnect dengan kapsyen “Ada yang punya pengalaman berubat di Malaysia?” itu lantas mendapat perhatian ramai.
Sejak itu, ruangan komen dipenuhi pelbagai kisah menarik yang benar-benar luar jangkaan.
BACA: First Time Bawa Kereta Masuk Malaysia, Lelaki Indonesia Akui ‘Hairan’
BACA: Lelaki Indonesia Cerita Sebab Malaysia Berbeza Dari Negara Lain
BACA: Datang Malaysia Dok Dengar Orang ‘Bising’ Pasal RXZ Members, Ini Kata Pelancong 
Sumber: TikTok @asiacareconnect
The post Pengalaman Berubat Di Malaysia Buat Warga Indonesia “Culture Shock” appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/24/pengalaman-berubat-di-malaysia-buat-warga-indonesia-culture-shock/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Warga Indonesia Parah Ditikam Bekas Suami Di Banting

Wanita Warga Indonesia Parah Ditikam Bekas Suami Di Banting

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 2042 hits
Sinar HarianKeadaan di lokasi kejadian kes tikam seorang wanita pada Isnin KUALA LANGAT Seorang wanita warga Indonesia parah selepas ditikam bekas suaminya di Jalan Redan Kanchong Darat Banting pada Isnin dipercayai berpunca daripada rasa t...
Macam Mana Gro Warga Asing Boleh Masuk Malaysia Ni Ramai Ramai Ye

Macam Mana Gro Warga Asing Boleh Masuk Malaysia Ni Ramai Ramai Ye

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 1876 hits
87 premis digempur di seluruh negara 215 GRO warga asing ditahanBuletin TV3 nbsp KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu lalu dengan 215 gadis pelayan p...
Lelaki Indonesia Malu Akui Pentadbiran Malaysia Cemerlang

Lelaki Indonesia Malu Akui Pentadbiran Malaysia Cemerlang

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 3815 hits
Lelaki Indonesia Malu Akui Pentadbiran Malaysia Cemerlang Seperti umum mengetahui setiap negara mempunyai bentuk dan sistem pemerintahan yang berbeza Sebagai contoh ada yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi di mana rakyat boleh mem...
Kes Peras Ugut Prabowo Pecat Timbalan Menteri Tenaga Kerja Indonesia Utusan Malaysia

Kes Peras Ugut Prabowo Pecat Timbalan Menteri Tenaga Kerja Indonesia Utusan Malaysia

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 1393 hits
Utusan Malaysia Jabatan Penyiaran Malaysia Berita Harian BERITA Mediacorp Buletin TV3
7 Produk Malaysia Yang Digilai Di Indonesia

7 Produk Malaysia Yang Digilai Di Indonesia

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 317 hits
7 Produk Malaysia Yang Digilai Di Indonesia AsiaCommerce syarikat borong dan logistik di Indonesia mengakui permintaan terhadap produk Malaysia di negara itu sentiasa tinggi Antara faktor barangan Malaysia digemari termasuk kualiti terjamin...
Enam Kru Seorang Tekong Warga Tempatan Ditahan Maritim Malaysia Pahang Langgar Syarat Sah Lesen

Enam Kru Seorang Tekong Warga Tempatan Ditahan Maritim Malaysia Pahang Langgar Syarat Sah Lesen

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 1474 hits
KUANTAN Enam kru termasuk seorang tekong warga tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pahang selepas sebuah vesel nelayan tempatan disyaki melanggar syarat sah lesen di perairan negeri ini kelmarin Pengarah Maritim Pahang L...
Pendaki Indonesia Kagum 5 Perkara Ini Dengan Pengurusan Gunung Malaysia

Pendaki Indonesia Kagum 5 Perkara Ini Dengan Pengurusan Gunung Malaysia

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 1045 hits
Pendaki Indonesia Kagum 5 Perkara Ini Dengan Pengurusan Gunung Malaysia Malaysia sememangnya mempunyai pelbagai keunikan bukan sahaja pada kepelbagaian kaum dan makanannya Malah keindahan gunung ganangnya juga terbentang luas di seluruh neg...
Pdrm Sama Ada Dia Ni Pati Atau Apa Sahaja Warga Asing Yang Komenjelik Terhadap Pm Malaysia Kurang Ajar

Pdrm Sama Ada Dia Ni Pati Atau Apa Sahaja Warga Asing Yang Komenjelik Terhadap Pm Malaysia Kurang Ajar

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 2600 hits
Saya terbaca satu komen jelik di tiktok RANDOM VIDEO ds nr12 akaun tt ini milik warga indonesia Komen jelik ditulis oleh pemilik akaun bernama WR sayang Atiqueenfounder Komen beliau di posting tiktok tersebut WR sayang kami dimalaysia skrg ...
Rezeki Dikongsi Hari Malaysia 16 09 2025

Sabah Electricity Worker Swept Away In Flood

Banjir Di Perak Pulih Lebih 3 000 Mangsa Terjejas Di Sabah Kelantan

Ciapan Lama Amira Othman Ucap Tahniah Buat Fattah Amin Kembali Tular Memang Dah Crush Lama La Ni

Macc Adopting Ai Digital Systems To Boost Anti Graft Efforts

Sabah Floods Branded Man Made Disaster Of Systemic Negligence

Kolaborasi Ikonik Buatan Malaysia Secret Recipe X Zus Coffee

The Wonders Of Watermelon Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Percubaan Mewujudkan Ai Classroom World

Nila Seputih Biru

Button Badge Custom Cenderahati Murah Untuk Event Sekolah Bisnes

Buasir Otak Tv Buah Apa Yang Susah Be Like

Bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro Dimasukkan Ke Hospital Malaysiagazette

Filipina Tuduh Pengawal Pantai China Lakukan Perbuatan Menyalahi Undang Undang