20 Idea Bisnes Yang Boleh Dijalankan Hanya Dari Rumah Dengan Modal Rendah



Siapa kata kita tak boleh nak mulakan bisnes hanya dari rumah?
 
Sudah tentu kita boleh berbisnes dari rumah. Kita cuma perlu tahu, apakah jenis bisnes yang ingin kita jalankan. Terdapat banyak pilihan bisnes yang kita boleh pilih, dan dalam perkongsian kali ini, saya ingin kongsikan 20 idea bisnes yang anda boleh jalankan hanya dari rumah.
 
Kesemua idea bisnes ini tak memerlukan anda mempunyai modal yang besar. Namun percayalah, ianya mempunyai potensi untuk memberikan anda pendapatan yang lumayan. Tanpa buang lebih banyak masa, mari kita lihat apa dia 20 bisnes yang boleh dimulakan hanya dari rumah tersebut.
 
(1) Blogging Blogging adalah salah satu aktiviti kegemaran saya. Saya pun banyak menulis tentang blogging dalam blog ini.
 
Setengah orang menulis blog untuk suka-suka atau sekadar untuk memenuhi masa terluang. Tapi bagi saya, fungsi dan potensi blog adalah lebih lagi. Bagi mereka yang ingin menghasilkan pendapatan sampingan ataupun pendapatan utama melalui blog, anda patut cuba beberapa kaedah yang saya pernah bincangkan sebelum ini.
Baca disini: Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar

Anda boleh menganggap yang menulis blog ini hanya untuk suka-suka, atau anda boleh pilih untuk jadi lebih serius dan melihat aktiviti penulisan blog itu sebagai satu cabang bisnes. Apabila anda anggap blog itu suatu perkara yang serius, saya percaya pada waktu itu anda juga bakal memperolehi pendapatan yang baik menerusi blog anda.

 
(2) Copywriting Kerja copywriting ini juga melibatkan kerja-kerja penulisan. Ia hampir sama dengan blogging. Cuma bezanya copywriting ini kita fokus untuk hasilkan penulisan yang boleh menghasilkan jualan.
 
Jika anda ingin menawarkan servis atau perkhidmatan copywriting, anda perlu mempunyai skil untuk membuat jualan menggunakan perkataan. Kalau anda ada pengalaman menulis blog dan biasa membuat jualan menggunakan blog, ia merupakan satu latihan yang baik untuk memantapkan skil copywriting anda.
 
Andai kata anda tidak dapat sebarang klien yang ingin mengupah dan dapatkan servis copywriting dari anda sekalipun, anda masih boleh hidup selesa melalui pendapatan yang anda perolehi hasil daripada menulis artikel review yang disiarkan dalam blog anda. (saya andaikan yang anda berjaya buat jualan dari artikel review yang dihasilkan dan blog anda juga mempunyai trafik yang banyak)
 
(3) Graphic Design Menjalankan bisnes graphic design juga adalah salah satu pilihan yang baik. Anda boleh menggunakan laman web seperti Fiverr.com untuk dapatkan pelanggan dari serata dunia.

Pada masa lepas, saya juga kerap menggunakan laman web fiverr untuk kerja-kerja graphic design. Maklumlah saya tak ada bakat dan perisian untuk buat design saya sendiri.
 
Jadi saya terpaksalah upah orang lain untuk buatkan.
 
(4) Web design Ada banyak juga perniagaan diluar sana yang masih belum mempunyai laman web sendiri. Sebenarnya mempunyai laman web sendiri adalah bagus untuk jangka masa panjang. Anda juga akan dapat pelanggan secara automatik, apabila anda mempunyai laman web sendiri.
 
Mungkin ada yang tertanya-tanya, macam mana boleh dapat pelanggan secara automatik pulak ni? Sebenarnya pelanggan ini mungkin telah membuat carian menggunakan kata kunci tertentu menerusi laman web google. Dari hasil carian itu pula, mereka temui laman web perniagaan milik anda.
 
Jika mereka yakin dengan persembahan laman web anda, mereka ini akan hubungi anda dan siapa tahu akan jadi pelanggan anda.
 
Sebab itu penting untuk bina laman web yang nampak profesional dan menarik. Ya, kalau anda mempunyai skil dan tahu menggunakan perisian tertentu untuk membina laman web perniagaan, maka bisnes ini sesuai untuk anda.
 
(5) Affiliate Marketing Istilah lain bagi affiliate marketing ini ialah ejen pemasaran. Apabila anda menjadi seorang ejen affiliate, anda akan dibayar mengikut prestasi jualan anda. Jika anda berjaya buat banyak jualan, maka komisen yang bakal anda terima juga akan jadi tinggi.
 
Menjadi ejen affiliate, anda tidak dibayar gaji yang tetap. Pendapatan anda bergantung kepada berapa banyak jualan yang mampu anda hasilkan. Bukankah ini tak banyak beza dengan anda jadi seorang usahawan?
 
Dari segi risiko dan beban kerja, seorang affiliate hanya bertanggungjawab untuk bawa masuk pelawat ke halaman jualan atau halaman rasmi milik syarikat yang menawarkan program ini. Sekiranya anda menjadi affiliate untuk laman web Lazada, peranan anda adalah untuk membawa masuk seberapa banyak trafik ke laman web utama lazada. Itu sahaja.

Sekiranya pelawat yang anda bawa masuk itu buat sebarang pembelian untuk apa-apa produk, anda akan dibayar komisen.
 
(6) Online Seller Jual barang secara online ini saya pasti ada ramai orang yang dah pernah buat. Sama ada mereka buat secara serius atau buat dengan suka-suka sahaja.
 
Kalau yang buat secara suka-suka tu, biasanya cuma gunakan akaun FB atau akaun media sosial untuk upload gambar produk yang dia jual. Kemudian mereka akan tulis serba sedikit maklumat mengenai produk tersebut.
 
Tapi bagi mereka yang serius nak berbisnes, selalunya mereka akan gunakan platform jualan yang lebih berpotensi untuk mendatangkan hasil, misalnya menggunakan laman web ecommerce Lazada ataupun Shopee.

Anda ada pilihan sama ada nak jual barang-barang yang memang stoknya sudah ada dalam tangan, ataupun anda ingin berniaga sebagai seorang ejen dropship.
 
Salah satu supplier dropship yang anda boleh gunakan adalah Kumoten. Mereka menyediakan lebih daripada 100 ribu produk yang anda boleh iklankan di laman web Shopee. Panduan untuk belajar bisnes di Shopee ini juga anda boleh muat turun dari laman web ini.
 
(7) Marketing Service & Consultant Khas untuk mereka yang ada kepakaran dalam bidang pemasaran. Anda boleh tawarkan servis pemasaran anda kepada mana-mana usahawan yang memerlukan khidmat dari anda.
 
Jika anda mempunyai skil pemasaran yang sangat baik, ini akan memberi impak kepada prestasi syarikat yang anda bantu. Tak ada masalah untuk mereka bayar anda upah yang mahal, sekiranya anda mampu untuk berikan hasil seperti yang mereka harap-harapkan.
 
Ada banyak juga usahawan diluar sana, yang mempunyai perkhidmatan dan produk yang hebat. Tapi mereka tak mampu untuk hasilkan jualan yang memberangsangkan disebabkan kelemahan dalam bidang pemasaran.
 
(8) Tutor Ada ramai ibu bapa dan para pelajar diluar sana yang sanggup berbelanja besar semata-mata untuk memastikan anak-anak dan diri mereka berjaya dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam. Mereka tidak ada masalah untuk membeli buku rujukan yang mahal dan juga contoh set soalan sebagai bahan persediaan untuk peperiksaan yang bakal dihadapi.
 
Anda juga boleh membantu mereka ini menghadapi peperiksaan dengan menawarkan diri untuk menjadi seorang tutor. Kerja-kerja sebagai tutor boleh dilakukan di rumah anda sahaja, asalkan anda mempunyai tempat mengajar yang sesuai.
 
Kalau rumah anda kurang sesuai, boleh mengajar dirumah pelajar tersebut.

Sekiranya rumah anda tidak begitu jauh dengan sekolah, pasti anda juga boleh dapat pelajar yang ingin belajar dengan anda. Cuma anda perlu tahu dan boleh berikan bukti bahawa belajar dengan anda boleh mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.
 
(9) Interior Designer Saya ada pengalaman check in di beberapa homestay yang dimiliki oleh pengusaha bisnes homestay milik orang melayu. Saya dapati, kebanyakkan susun atur homestay milik mereka ini langsung tak menarik. Kalau kita ambil gambar untuk masukkan dalam laman web juga kelihatan tak begitu menarik.
 
Jika anda tinggal tak jauh dengan mereka yang menjalankan bisnes homestay atau tempat penginapan dan anda mempunyai kepakaran dari segi interior designing ini, bolehlah tawarkan servis ini.

 
(10) Social Media Manager Usahawan online yang menggunakan akaun media sosial sebagai satu kaedah untuk sentiasa berhubung dengan pelanggan dan bakal pelanggan sudah tentu sedar bahawa sangat penting untuk memastikan akaun social media milik mereka sentiasa dikemaskinikan dengan perkongsian yang baru.
 
Ini memberi gambaran bahawa bisnes mereka sangat aktif dan mereka sangat responsif dengan pertanyaan para pelanggan. Sebaliknya, kalau dilihat akaun social media sudah agak lama tak dikemaskinikan dengan konten yang baru, ia mungkin akan beri gambaran yang silap seolah-olah mereka sudah tidak melakukan sebagai aktiviti bisnes.
 
Jika anda ada masa, mempunyai kreativiti, maka bolehlah cuba berhubung dengan usahawan online yang mempunyai akaun social media tetapi agak jarang dikemaskinikan. Anda tawarkan diri untuk jadi social media manager.
 
Peranan seorang social media manager agak luas sebenarnya. Anda bukan sahaja perlu pastikan akaun social media sentiasa update, malahan pada masa sama, anda juga perlu jawab pertanyaan pelanggan dan jika ada peluang, anda juga perlu buat jualan.
 
Lagi banyak tanggungjawab yang perlu anda galas, maka lagi banyak bayaran yang anda boleh demand.
 
(11) Bisnes bakeri dari rumah Berkenaan dengan bisnes bakeri atau bisnes jual kek dari rumah ini, saya telah beberapa kali tulis dalam blog ini. Malahan saya juga pernah siarkan perkongsian pengalaman salah seorang pembaca blog ini yang menjalankan bisnes bakeri ini dari rumah.
Baca disini: Pengalaman menjalankan bisnes bakeri dari rumah selama 3 tahun

 
Permintaan terhadap produk bakeri, sama ada kek, muffin, roti dan sebagainya memang ada. Walaupun ia bukannya merupakan makanan harian penduduk di negara kita, namun ada masa-masa tertentu yang memang sesuai untuk hidangkan makanan dari jenis ini.
 
(12) Khidmat penghantaran Bila sebut mengenai khidmat penghantaran, sekarang ini yang popular adalah hantar barang dan juga hantar makanan.
 
Selain daripada dua perkara ini, boleh juga luaskan lagi dengan khidmat hantar dan jemput anak-anak balik dan pergi sekolah dan sebagainya.
 
(13) Tukang urut Untuk jadi seorang tukang urut, ada latihan khas yang perlu anda jalani. Perkhidmatan ini anda boleh lakukan dari rumah ke rumah, ataupun anda boleh sahaja minta pelanggan anda untuk buat temujanji dan datang ke rumah anda untuk sesi rawatan.
 
(14) Stylist dan make up artist Peranan make up artist ini amat diperlukan apabila majlis khas seperti majlis pertunangan, majlis perkahwinan diadakan. Tawarkan untuk make up seluruh ahli keluarga dan berikan pakej harga yang menarik.
 
(15) Menjahit Sekiranya anda mempunyai skil dan peralatan untuk menjahit pakaian, anda juga boleh mulakan bisnes menjahit dari rumah.
 
Permintaan untuk bisnes ini selalunya meningkat apabila menjelang musim perayaan. Pada waktu itu ada ramai pelanggan yang ingin menempah pakaian untuk kelihatan menawan ketika hari raya. Sesetengah orang memang cukup susah nak cari saiz yang sesuai dan perlu menempah khas pakaian untuk majlis tertentu.
 
Selain mengejar pendapatan ketika musim perayaan, bisnes ini juga akan mendapat limpahan rezeki yang banyak apabila anda mendapatkan projek untuk menjahit pakaian sekolah atau pakaian untuk mana-mana syarikat swasta mahupun agensi kerajaan.
 
(16) Tempat asuhan kanak-kanak Sekarang ini kebanyakkan ibu bapa terpaksa keluar bekerja dan mencari rezeki untuk keluarga. Anak-anak mereka terpaksa ditinggalkan di pusat asuhan kanak-kanak.
 
Sejak kebelakangan ini, kita kerap mendengar berita mengenai pusat asuhan yang bersikap cuai sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan. Boleh jadi ia berlaku disebabkan bilangan kanak-kanak yang dihantar ke situ terlalu ramai.
 
Sebagai alternatif, anda boleh tawarkan perkhidmatan ini dan jadikan ini sebagai bisnes anda.
 
(17) Tour guide Pada masa yang lalu, saya menganggap kerja-kerja tour guide ini hanya sesuai dilakukan oleh mereka yang mempunyai syarikat atau agensi pelancongan sahaja. Tapi baru-baru ini, setelah saya mengenali laman web Airbnb, saya dapati kerja-kerja tour guide ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
 
Jom lihat iklan yang terdapat di laman web Airbnb ini.

Laman web Airbnb ini popular sebagai tempat untuk iklankan bisnes jenis homestay dan tempat penginapan. Tapi sebenarnya, menggunakan platform yang sama, kita boleh juga iklankan khidmat “pengalaman” atau “experience” yang mana pengunjung laman web boleh menempah pakej tertentu bagi tujuan mendapatkan pengalaman tertentu.
 
Dekat sini, ada pengalaman hiking, pengalaman masuk hutan, pengalaman berjalan-jalan sekitar bandar dan sebagainya. Jika anda mempunyai pengetahuan yang baik terhadap sesuatu tempat, bolehlah cuba untuk jadi tour guide dan iklankan perkhidmatan anda itu nanti melalui laman web Airbnb di bawah segmen experience.
 
(18) Kerja penterjemahan Kerja ini bagus untuk mereka yang menguasai pelbagai bahasa. Iklan kerja untuk kerja-kerja penterjemahan ini, anda boleh lihat dilaman web seperti freelancer.com dan juga upwork.com

Ataupun boleh juga anda iklankan mengenai perkhidmatan yang anda tawarkan melalui laman web fiverr.com atau anda bina sendiri laman web khas untuk menjual servis penterjemahan.
 
(19) Ejen Cukai Bagus untuk mereka yang memang mempunyai pengetahuan dan ilmu yang baik berhubung sistem percukaian di Malaysia.
 
Anda boleh tawarkan servis sebagai ejen cukai kepada individu dan juga syarikat. Membayar cukai adalah salah satu tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Kita memang tak boleh lari dari membayar cukai, namun apabila kita mempunyai ilmu yang betul tentang percukaian, kita boleh jimatkan jumlah yang perlu dibayar untuk cukai.
 
Jika anda mempunyai sebarang isu berhubung cukai, boleh berhubung dengan Pn Diyana untuk dapatkan khidmat nasihat dan bantuan. Beliau boleh dihubungi menerusi talian 011-2720 4420 atau layari laman web syarikat mereka di pautan https://realmanagementservices.com/
 
(20) Membaik pulih peralatan elektronik Sekiranya anda mempunyai kemahiran membaik pulih dan juga menyelenggara peralatan elektronik seperti hanphone, komputer riba, tablet dan banyak lagi, anda juga boleh mula menawarkan perkhidmatan ini dari rumah.
 
Kelebihan kalau anda tawarkan perkhidmatan ini dari rumah, anda boleh tawarkan harga yang sama dengan mana-mana pusat servis (dan kaut untung yang lebih banyak) atau boleh juga tawarkan caj servis lebih rendah sebab anda tak perlu nak bayar sebarang kos untuk sewa.
 
Untuk mereka yang tak mempunyai bajet yang besar, pasti akan seronok menghantar barang elektronik milik mereka kepada anda untuk tujuan baik pulih. Mereka ini pastinya mengharapkan anda dapat meletakkan caj yang sedikit lebih murah kalau dibandingkan dengan menghantar dipusat servis yang terdapat di shopping mall.
 
 
 
The post 20 Idea bisnes yang boleh dijalankan hanya dari rumah dengan modal rendah appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/bisnes-yang-boleh-dijalankan-dari-rumah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majikan Tumbuk Hidung Pembantu Rumah Sampai Patah Hanya Kerana Mangsa Terlewat Bangun

Majikan Tumbuk Hidung Pembantu Rumah Sampai Patah Hanya Kerana Mangsa Terlewat Bangun

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 735 hits
The ReporterMajikan wanita didakwa mendera pembantu rumahnya yang merupakan warga Indonesia semenjak mangsa baru bekerja dengannya dua bulan lalu menyebab mangsa mengalami kecederaan termasuk patah hidung lapor Jenny Chan Yun Hui 41 juga me...
Apa Anda Boleh Buat Jika Ada Yang Meletak Kenderaan Mereka Di Hadapan Rumah Anda

Apa Anda Boleh Buat Jika Ada Yang Meletak Kenderaan Mereka Di Hadapan Rumah Anda

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 411 hits
Hari dah lewat anda sedang mengemudi kereta anda pulang ke rumah dari kerja dan jam ketika itu menunjukkan pukul dua belas tengah malam Sedang anda memandu masuk ke kawasan perumahan anda dengan berhati hati anda menyumpah kerana banyak ker...
Anda Pernah Terfikir Tak Apa Yang Ada Di Dalam Kaabah Yang Hanya Boleh Dimasuki Oleh Raja Saudi Sahaja

Anda Pernah Terfikir Tak Apa Yang Ada Di Dalam Kaabah Yang Hanya Boleh Dimasuki Oleh Raja Saudi Sahaja

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 547 hits
Anda pernah terfikir tak apa yang ada di dalam Kaabah yang hanya boleh dimasuki oleh Raja Saudi sahaja Anda pernah terfikir tak apa yang ada di dalam Kaabah yang hanya boleh dimasuki oleh Raja Saudi sahaja Ada yang kata kalau masuk dalamtu ...
Cari Duit Belanja Raya 5 Bisnes Terbaik Yang Anda Boleh Mulakan Sekarang No 5 Tu Yang Saya Paling Suka

Cari Duit Belanja Raya 5 Bisnes Terbaik Yang Anda Boleh Mulakan Sekarang No 5 Tu Yang Saya Paling Suka

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 444 hits
k cari duit belanja raya Ye la raya dah tak lama lagi dah Pejam celik tau tau je nak raya So kalau tak mulakan bisnes dari sekarang takut tak sempat pulak nak kumpul duit belanja raya nantikan Jom klik sini
Kerajaan Ph Optimis Bina 100 000 Rumah Mampu Milik Kos Rendah Tahun Ini

Kerajaan Ph Optimis Bina 100 000 Rumah Mampu Milik Kos Rendah Tahun Ini

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 348 hits
Kerajaan Pakatan Harapan telah mengenai pasti lokasi 100 000 buah rumah mampu milik dan kos rendah unuk dibangunkan pada tahun ini lapor Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata pembinaan akan diadakan di beberapa ...
Jika Terasa Kami Tak Boleh Buat Apa Semua Ni Hanya Kebetulan Saja Dengar Penjelasan Drama Band Ni Memang Win

Jika Terasa Kami Tak Boleh Buat Apa Semua Ni Hanya Kebetulan Saja Dengar Penjelasan Drama Band Ni Memang Win

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 419 hits
Jika Terasa Kami Tak Boleh Buat Apa Semua ni Hanya Kebetulan Saja Dengar Penjelasan Drama Band Ni Memang Win Baru baru ini vokalis Drama Band mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik gambar berpakaian dan bersolek seperti wanita Menurut ...
Gabungan Umno Pas Hanya Boleh Menang Di Prk Tapi Tak Akan Laku Di Pru

Gabungan Umno Pas Hanya Boleh Menang Di Prk Tapi Tak Akan Laku Di Pru

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 381 hits
Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kenyataan bahawa gabungan Umno dan Pas boleh menggugat PH pada masa akan datang Ketika bercakap kepada media di Putrajaya hari ini beliau berkata ga...
Lauk Utama Dan Dessert Dari Jepun Boleh Buat Kat Rumah

Lauk Utama Dan Dessert Dari Jepun Boleh Buat Kat Rumah

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 520 hits
Sajian negara Matahari Terbit Jepun memang terkenal di merata dunia Di Malaysia pun ada banyak terdapat sajian Jepun dek hangatnya sambutan dari pelanggan Hidangan Jepun terkenal dengan sajiannya yang lazat serta mementingkan bahan ramuan y...
Tanam Kangkung Di Balkoni Rumah Tak Susah Pun Hanya Guna Besen Dan Penapis Sahaja Rileks Media

Tanam Kangkung Di Balkoni Rumah Tak Susah Pun Hanya Guna Besen Dan Penapis Sahaja Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 532 hits
Bagi yang sukakan aktiviti berkebun mencuba untuk menanam apa sahaja di rumah tentunya menjanjikan satu kepuasan berganda Ilham menanam kangkung yang sifatnya menjalar di balkoni rumah mungkin tidak terfikirkan oleh kita Ibarat satu cabaran...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya