Pengalaman Berpuasa Penuh Ketika Mengandung


 Assalammualaikum,

8 November 2018
Khamis,hari ke 56 kelahiran Rayyan Mikhael.

Seperti mengandungkan Alya,alhamdulilah kandungan ke 2 ni juga tiada alahan langsung.Tiada morning sickness atau apa-apa sickness,segala puji bagi ALLAH yang mempermudah urusan mama mengandungkan ke dua-dua anak mama.

Yang paling menariknya,kandungan kali ni cuba jadi umat nabi Muhammad dan hamba ALLAH yang lebih baik kerana fikiran semakin matang agaknya.Jika dulu mengandungkan Alya,pemikiran masih kebudak-budakan.hehe,sebabnya masih muda dan agresif usia dalam 20++an gitu,bila mengandungkan mikhael semangat keibuan dan kewanitaan itu lebih lagi.


AL-Qura juzuk ni sangat mudah untuk pembacaan




Mengandungkan mikhael,surah maryam dan surah yusuf bagaikan lagu harian.Alhamdulilah,Al Quran juga khatam 30 juzuk.Fuhh tak sangka juga mama gigih untuk khatam.Mama akan baca lepas subuh,kadang-kadang lepas magrib,sikit demi sikit akhirnya niat khatam sebelum melahirkan jadi kenyataan.Betul,if u want something,do it,do it dont just sit and plan,ia nampak sukar tapi terbukti mudah bila kita sudah memulakan langkah.

Kadang-kadang bila baca tu mengantuk dan malas juga rasanya,tapi rasa ingin mendendangkan anak dengan bacaan ayat suci tu timbul bila terasa gerakan dalam perut,sekurang-kurangnya jika mak nya tak berapa baik biarlah anak ini lahir jadi insan yang baik,itulah doa ketika membaca dengan maknanya sekali.

Tak sia-sia pernah beli Al-Quran jenis juzuk by juzuk ni,sangat mudah dipraktikkan dan ditanda aras bacaan.Memahami maknanya juga membuat kita seperti membaca sebuah cerita.Sejujurnya,inilah pertama kali mama baca dengan memahami maknanya,jika sebelum ni baca Al-Quran besar tu,baca tapi tidak ada maknanya untuk difahami,hanya sekedar baca untuk dapatkan pahala.Sedar diri,kadang-kadang tajwid juga entah kemana.Bila adanya Al-Quran jenis juzuk by juzuk,ia bagaikan "sekolah"mengajar mama membacanya dan bila faham pula ertinya,rasa ingin baca lagi DAN lagi untuk tahu lebih lanjut lagi.Benar,kadang-kadang ada kisah yang diulang-ulang dalam setiap juzuk,ilmu mama agak cetek,moga berpeluang untuk belajar lagi kalam ALLAH ini suatu masa nanti.Terima kasih ALLAH,kehadiran anak ini membuat mama rajin membuka kalamMu.

Masa mengandung pun mama suka dengar youtube ceramah ustad hanan attaki,ustad abdul somad dan  ustad.Adi Hidayat Lc.(Best dan setiap ceramah ada kelainanya apalagi mama yang cetek ilmu ni banyak belajar dan cuba ambil tahu)maklum mama dah tukar line yang free internet sabtu dan ahad,jadi tengok youtube 24 jam pun free.Berbaloi rasanya...Dekat-dekat bersalin,mama juga ada dengar ceramah dari Dato'Dr Danial Zainal Abidin kelebihan buah kurma ketika hendak bersalin buat mama semangat membeli dan makan at least  5 biji sehari.Selalu makan buah kurma nabi,ajwa dan mariam.Paling selalu beli di Pasar Keramat dan pasar malam kurma safawi,tak lembik dan tak manis sangat.


Sebenarnya tajuk diatas tentang berpuasa penuh ketika mengandung kan.Back to main topic.Mengandungkan mikhael,pagi-pagi mama dah lapar sangat.Selalunya akan minum susu lazz dan kadang-kadang makan kurma.Mama consume daily kurma setiap hari hanya di trimester 3,sebelum tu on off.Paling suka pagi-pagi mesti minum teh tarik ,nasi lemak tu macam 3-4x seminggu.Sebab tu berat mama dari 59 ke 79..Huhu..

Jadi bila nak masuk trimester ke dua ,adalah bulan ramadhan.Mama dah terfikir dalam hati,bestnya tak puasa bila orang lain sedang berpuasa,boleh makan sedap-sedap.Beli air bermacam jenis dan kuih bermacam jenis di bazar.Sebab nikmat makan ketika orang lain berpuasa tu lain macam je rasanya,hehe..sebab tu bila ada orang tak puasa ketika bulan ramadhan(tanpa sebab yang tidak membolehkan puasa)sanggup makan sorok-sorok.Paling best bila kita beli makanan orang lain hanya pandang.huhu,selalunya MacDonald jadi pilihan.

Kemudian neknda larang mama,katanya apa salahnya berpuasa?Neknda dulu masa mengandungkan mama berpuasa penuh.Inang (makcik)pun kata anak ke duanya berpuasa penuh dan itulah pula yang senang nak beranak.Lagi satu dalam adik beradik,mama lah yang paling bijak hehe walaupun mama lahir tak cukup bulan.Orang kata budak lahir tak cukup bulan ni memang bijak..haaa jadi mama pun nak mikhael bijak macam mama,walaupun bunyinya macam masuk bakul angkat sendiri,tapi mama yakin mama nak mikhael jadi lelaki jiwa besar,bijak,soleh dan sentiasa disenangi masyarakat,boleh ke depan menjadi contoh teladan...Jadi mama memang tekad nak berpuasa penuh juga.

Walaupun ada terbaca di FB posting ibu mengandung yang berpuasa,ada cerita yang menyedihkan hingga kehilangan anaknya dalam kandungan kerana kekurangan zat.Baca pula fb wardina safiyyah,yang tidak berpuasa ketika mengandung kerana dia suka makan.Lagipun agama tidak melarang orang mengandung untuk tidak berpuasa.Ikut kemampuan dan boleh diganti kemudian hari.Hati mama jadi berbelah bahagi.

Tetapi tiba-tiba semangat datang dan  dalam fikiran mama"Anak ini ALLAH yang bagi,dan sesungguhnya aku berpuasa untuk mengharapkan kebaikan dan hikmah berpuasa ini untuk anak ku,jadikan anak ku sebaik-baik khalifah di muka bumi ini dengan pahala ku berpuasa ini.Tidaklah aku khuatirkan apa jua yang berlaku kerana ku yakin anak ini dalam lindunganMU.Allah yang bagi dan ALLAH jugalah yang akan jaga di dalam perutku."

Alhamdulilah,kerana berkat keyakinan itu,mama berjaya puasa penuh 30 hari yang mana tidak pernah mama dapat sebelum ini sejak mama baligh.Sempat juga ke surau untuk tarawih walaupun hanya 8 rakaat.Walaupun tidaklah setiap hari.Syukur sangat..kamu cukup baik dalam perut mama.

Jika sebelum ini,pagi-pagi mama dah lapar,berkat tanpa mengabaikan sahur,mama tidak pernah merasa lapar atau dahaga sepanjang berpuasa ketika mengandung.Jika sebelum ini,walaupun pagi-pagi dah makan roti canai 2 keping,nasi lemak berlaukkan sotong tetap pukul 11-12 akan lapar  lagi.Ajaibnya berpuasa mama langsung tidak begitu.Masih juga aktif kesana kesini bawa perut jumpa client.

Benar,ukuran keajaiban niat berpuasa dan bersahur itu ALLAH yang maha mengetahuinya.

Jadi bagi mama,mengandung jika terasa tiada apa-apa atau sihat dan kuat,insyaALLAH mama rasa berpuasa bukanlah sesuatu yang sukar ketika mengandung. Bergantung kepada individu itu sendiri.

 Beberapa tips berpuasa penuh ketika mengandung.

1.Sahur jangan tinggal.Makan nasi ketika sahur.Mama memang tak skip makan nasi.

2.Lambatkan waktu bersahur.Sahur dalam pukul 5am macam tu,selalunya neknda dah siapkan semuanya.Mama tinggal hidang sahaja.Memang dah lama mama tak masak sebab neknda bersama mama sentiasa.

3.Waktu berbuka makan sahaja apa kita nak.Neknda larang mama minum ais.Mama minum semahunya sahaja,paling best selalunya minum jus tembikai.Rupanya jus tembikai ni boleh bagi bacaan hb cantik tau.

4.Jika letih ke apa,doa je dalam hati"moga Allah beri pahala ini buat anak ku dan mudahkan ku bersalin.

5.Jangan negatif,jangan baca posting-posting yang menakutkan tentang ibu mengandung berpuasa.Nasib kita tak sama,serahkan semuanya pada ALLAH.Allah yang bagi,minta ALLAH yang jaga.Anak adalah pemberiannya.Niatlah berpuasa kerana mensyukuri pemberiannya.walaupun kita tak wajib berpuasa,

Mengandung kan mikhael mama sempat menikmati makanan enak di hari raya aidilfitri dan juga raya aidiladha,timing deliver tu ALLAH dah atur selepas dua perayaan besar ni dulu dan alhamdulilah berpuasa penuh ketika mengandungkan mikhael tiada sebarang kesukaran buat mama.Pengalaman indah untuk diabadikan..lepas ni tak tahu bila boleh puasa penuh lagi.

Saat ini mama terfikir,mungkin untuk puasa isnin khamis mama akan buat lepas fully breastfeed dua tahun nanti.


Appreciate your time reading this entry.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://irdagarmin.blogspot.com/2018/11/pengalaman-berpuasa-penuh-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Mengandung Dan Bersalin Selepas 10 Tahun

Pengalaman Mengandung Dan Bersalin Selepas 10 Tahun

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 718 hits
Assalammualaikum Entry ini mungkin akan dibaca oleh Mikhael bila mama sudah tiada nanti Rayyan Mikhael Tahu tak betapa mama excited dan nak pastikan awak sempurna di dalam kandungan mama Tempat pertama mama check upsalah satu image dari CD ...
Ada Lagi Minah Rempit Ditahan Ketika Lumba Haram

Ada Lagi Minah Rempit Ditahan Ketika Lumba Haram

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 448 hits
Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditahan ketika berlumba haram di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth awal pagi tadi Foto media sosial BUTTERWORTH Polis menahan 12 individu termasuk seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang b...
Pilot Jepang Ketahuan Mabuk Ketika Hendak Terbangkan Pesawat

Pilot Jepang Ketahuan Mabuk Ketika Hendak Terbangkan Pesawat

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 205 hits
Ia mengaku sudah lebih dari sembilan kali melewati ambang batas alkohol legal
Penyelam Ini Terkorbaan Ketika Pencarian Lion Air Sebab Kemaatian Dia Didedahkan

Penyelam Ini Terkorbaan Ketika Pencarian Lion Air Sebab Kemaatian Dia Didedahkan

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 258 hits
Penyelam Ini Terkorbaan Ketika Pencarian Lion Air Sebab Kemaatian Dia DidedahkanPenyelam Ini Terkorbaan Ketika Pencarian Lion Air Sebab Kemaatian Dia Didedahkan
Misteri Seram Lagu Sephia Kembali Lelaki Ini Diganggu Sesuatu Ketika Menyanyi Lagu Ini Secara Live

Misteri Seram Lagu Sephia Kembali Lelaki Ini Diganggu Sesuatu Ketika Menyanyi Lagu Ini Secara Live

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 597 hits
Lagu Sephia dendangan kumpulan dari negara seberang Shiela On 7 selalu meniti di bibir peminat muzik tempatan kerana muzik lagu dan lirik yang sangat mendalam dan menyentuh hati Namun di sebalik lagu itu sebelum ini pada tahun 2016 pernah h...
Zulin Aziz Dan Ketika Itu Chord

Zulin Aziz Dan Ketika Itu Chord

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 759 hits
Am Dm G CAm Dm G E Am DmKetika itu aku mengaduG CYa Allah dengar rintihankuAm DmKetika itu aku merayuG CYa Allah kabulkan doakuF EmAku pasrah dan aku berserahE EYang terbaik hanyalah darimuC DmDalam Tahajudku aku mohon padamuG C ETemukan ak...
Ketegaran Fendy Demi Anak Ketika Istri Jadi Korban Lion Air Jt610

Ketegaran Fendy Demi Anak Ketika Istri Jadi Korban Lion Air Jt610

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 277 hits
Ketegaran Fendy demi anak ketika istri jadi korban Lion Air JT610 Sebut saja Fendy dia merupakan salah satu keluarga penumpang pesawat Lion Air yang istrinya menjadi korban Dia bercerita dirinya sudah ikhlas namun rasa sedih marah dan kesal...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti