Pengalaman Angin Naik Sampai Kepala
Alhamdulillah, hari ni badan dah sihat dah. Perut dah okay, badan dah ringan, kepala pun dah okay .
Selama 4/5 hari juga nak stabilkan kesihatan balik, so Mar nak share pengalaman yang agak menyakitkan juga sebab dari hari pertama dah lembik & tak boleh bangun.MASUK ANGIN ; Biasanya orang pandang biasa je kan kalau badan masuk angin disebabkan makan lambat. Tapi it's not a joke. Jangan sampai melarat macam Mar okay. Biasanya kalau masuk angin biasa ni perut akan sebu & makanan tak boleh nak masuk dah, selagi tak keluarkan angin tu kan?
Tapi pengalaman kali ni sangat teruk, pertama kali jadi macam ni, disebabkan Mar terleka busy nak submitkan kerja hari ahad baru baru ni boleh lupa & biarkan je perut tak makan pape. Breakfast ambil je, just time lunch tak makan sampai malam baru nak cari makan. Bila makan malam tu perut macam okay je. Tapi effect dia kemudian. Tengah malam perut dah mula rasa sakit, rasa mual nak muntah, kepala sakit sangat . Tak boleh nak tidur malam. Esok pagi bangun cirit birit. Ulang alik toilet 2-3x sehari . Tak boleh nak makan pape, petang tu cuba ambil burger. Rasa okay sikit dapat masuk perut. Kepala berdenyut kuat xhilang sakit . Makan panadol actifast, air halia untuk hilangkan angin & makan asam mangga sikit untuk hilangkan mual nak muntah. Everytime rasa loya. Esok hari bangun still ulang benda sama lagi masuk toilet 3-4x sampai lembik tapi nasib baik perut dah rasa boleh makan. Walaupun tak dapat masuk dengan nasi tapi dapat makan mee goreng .
Then, hari rabu baru rasa okay sikit. Dah boleh makan nasi . Sampai hari khamis badan still keluarkan angin. Betapa sukarnya nak keluarkan angin degil dalam badan ni. Angin dalam badan sangat banyak thats why naik sampai kepala .
Hurm Mar memang mudah sangat masuk angin:
●Tak boleh makan lambat sikit.
●Tak boleh sejuk. Sape pernah tengok wayang dengan i mesti tahu kalau dalam wayang Mar macam cacing kesejukan HAHA i sanggup keluar duk luar sat sbb tak tahan sejuk & Mar pernah bawak selimut (small, baby punya) masuk wayang taw. You kan yang tersengih je tengok i bawak selimut tu?comel kan i? HAHA Kalau x i rembat jaket orang HEHE! Satu lagi kalau tidur dgn kipas Mar kena pakai stokin sbb kaki akan masuk angin. Jarang pakai tu yang badan penuh angin 🙄.
●Makan selalu cepat. Ini faktor angin juga. Kalau satu hari busy mesti Mar makan cepat cepat, sbb rasa makan tu membazir masa HUHU. So korang jangan buat camni okayy .
Urm actually banyak lagi faktor lain yang menyebabkan badan masuk angin korang boleh google jugak.
So if you guys kat luar sana yang badan mudah masuk angin hope you guys take care diri korang. Take my story as lesson okay. Bye & take care! 😘
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.puterymemory.com/2020/12/pengalaman-angin-naik-sampai-kepala.html