Pengalaman Aircond Rosak Semasa Bercuti Di Terengganu
Pulau Perhentian di Terengganu terdiri daripada 2 pulau utama iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Nama Perhentian ini diberi kerana dahulunya pulau-pulau ini menjadi tempat perhentian para pedagang yang berlayar di antara Malaysia dan Bangkok.
Kredit Foto : Google
Tapi saya bukan nak cerita tentang Terengganu, kisahnya semasa saya pulang bercuti kereta ada masalah penghawa dingin kereta dari Besut tiba-tiba rasa panas atau hawa pun panas naik dari sejuk jadi tidak sejuk.
Saya merujuk kawan-kawan diorang syak compressor rosak. Hati tidak tenang jika penghawa dingin kereta rosak jika di waktu hujan habis kita nak buka tingkap juga ke?. Penat dengar kata-kata orang saya pun pergi sendiri di Perodua ingin bertanya tentang penghawa dingin ini.
Selepas pihak perodua semak apa yang rosak, pihak perodua kemungkinan compressor rosak bajet nak baik pulih adalah anggaran RM1900. Saya mesti fikir dulu sebelum buat keputusan nak baiki di perodua atau bengkel di luar sana jadi saya pulang kerumah bincang dengan keluarga disebabkan ada masalah kewangan yang tidak cukup saya abaikan dulu.
"Bagai pucuk dicita, ulam mendatang," sepupu datang rumah minta tolong dia tengokkan sebab dalam keluarga dia saja yang mahir dalam bidang automotif. Dia uji punya uji tidak naik api dalam compressor dan kipas penghawa dingin tidak berfungsi.
Fikir-fikir saya pun hantar bengkel di kampung yang berdekatan di kampung saya ni. Bengkel semak dia cakap clutch sudah terbakar dan compressor masih dalam keadaan baik. Selesai baiki dan tukar barang kereta sejuk sedia kala macam berada di korea. Kos untuk baiki anggaran dalam RM400 saja alang-alang saya baiki minyak brek juga.
Maka fikir-fikir kan lah dulu sebelum percaya cakap orang dan banyakkan kaji terlebih dahulu sebelum korang kerugian. Double checking tempat yang korang pergi untuk baiki kereta jika anda seorang wanita.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sekejung.com/2022/01/pengalaman-aircond-rosak-semasa-bercuti.html