Tinggalkan Kucing Di Rumah Semasa Bercuti
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Tinggalkan Kucing Di Rumah Semasa Bercuti. Ada officemate dan juga kawan lama Mrs. A tanya bila pergi bercuti kucing-kucing macam mana? Sejujurnya Mrs. A tinggalkan aje bulus-bulus itu di rumah. Sewaktu di rumah lama. Kucing-kucing Mrs. A jenis yang indoor dan outdoor. Ketika bercuti Mrs. A akan biarkan mereka outdoor.
Ketika itu memang minta jasa baik jiran sebelah yang mesra disape uncle Gaza oleh anak-anak Mrs. A untuk bagi makan. Biasanya Mrs.A akan sediakan stok makanan secukupnya kemudian uncle Gaza akan top up 2 kali sehari 😐😐😐 sekali di waktu pagi dan sekali lagi selepas magrib. Kira macam pet sitter gitteww... beliau masuk kat area porch Mrs. A dan letak makanan dalam bekas yang biasa Mrs. A bagi makan untuk kucing-kucing Mrs. A. Tapi bukan setakat uncle Gaza je yang tolong top-up anak-anak dia pun join sekali muahahhaaa... Anak-anak uncle Gaza memang mesra dengan Koko depa pun suka aje panggil-panggil Koko kekadang sampai buat Aryssa dan Mrs. A jeles hahahaa... Tapi itu semua dah tinggal kenangan
Setelah berpindah ke rumah sekarang [SINI] kucing Mrs.A tinggal 6 ekor indoor dan seekor tu indoor dan outdoor. Enam ekor tu adalah warga rumah baharu iaitu rumah sekarang ini yang seekor lagi tu si Marble adalah dari rumah lama dan satu-satunya yang masih tinggal sementara Koko, Awanikenet, Tiga, Kuning, Oren dan Bobo telah hilang (mia) 😭😭😭. Yang tinggal hanyalah kenangan
Eh! hai masuk habuk pulak mata ni nak meneruskan citer. Okay back on track tinggalkan kucing di rumah semasa bercuti. Mrs. A sediakan automatic food feeder dan isi feeder tu dengan food mereka banyak-banyak agak-agaklah banyaknya tu kira berapa hari kita nak tinggalkan semasa bercuti
Tinggalkan Kucing Di Rumah Semasa Bercuti.
Ketiga-tiga food feeder nih! beli online. Dua serupa tu di Shopee, satu di Lazada
Untuk air dia ekor pulak Mrs. A sediakan di tiga tempat berlainan. Yang sebelah corner food feeder ni pun ada bekas air tapi tak snap gambar pulak.
Ini air yang di atas kabinet dry kitchen
Walaupun Mrs. A selalu marah dia ekor minum kat sini tapi isi jugak penuh-penuh
biarlah lantak dia ekor situ muahahhaaa....
Setakat ini paling lama Mrs. A tinggalkan pun adalah 4 hari sahaja iaitu ketika ke Kuantan baru-baru ni. Kalau lama lagi tak sesuai kot. Rasanya kalau lebih dari 4 atau 5 hari Mrs. A akan panggil pet sitter datang rumah
Tinggalkan Kucing Di Rumah Ketika Bercuti.
Cat litter dia ekor tapi Mrs. A panggil jamban jerrr.....😄😄😄
Ketika hari-hari ada orang di rumah jamban dia ekor tu tiga sahaja bila hendak pergi bercuti Mrs. A tambah satu lagi jadi empat. Jamban dia ekor ni Mrs. A letak di bilik air dapur. Bilik air ni jarang guna untuk mandi-manda. Guna setakat basuh kaki, basuh mop dan membuat pelaburan adalah ngeh! ngeh! ngeh
Lazimnya jika Mrs. A pergi bercuti atau balik kampung 6 ekor indoor tu Mrs. A biarkan aje bebas di dalam rumah kecuali bilik. Bilik memang tak dibenarkan masuk kecuali sekali sekala atau ada orang kat dalam bilik. Manakala seekor lagi yang indoor dan outdoor si Marble namanya Mrs. A akan biarkan outdoor. Sama seperti yang indoor yang outdoor juga Mrs. A sediakan automatik food feeder dan air minum di beberapa tempat. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian Marble lebih suka berada di luar apabila tiada orang di dalam rumah. Jika dia keluar merayau pun dia pandai balik. Selalunya Marble akan lepak atas bumbung kereta dan tidur je kerjanya
Tingkap-tingkap memang Mrs. A tutup terus. Tak mahu mengulangi kesilapan lalu. Pernah dahulu ketika bercuti ke Penang (September 2020) Mrs. A biarkan satu tingkap terbuka sedikit tujuannya untuk kucing-kucing yang indoor dan outdoor tu keluar masuk kerana mereka memang pandai keluar masuk ikut tingkap iaitu Koko, Awanikenet dan Marble pada masa itu Koko dan Awanikenet belum hilang.
Tetapi boleh pulak Ipin yang hilang. Ipin dan Upin tu fully indoor walaupun tingkap terbuka dia ekor tak berani lompat pun ketika itu dia ekor masih budak. Simba, Bobot, Ciki dan Ciko pun belum lahir lagi. Sampai-sampai aje seperti biasa Mrs. A akan kira cukup tak bilangan dia ekor tengok-tengok Ipin takde. Allahu kemurungan masing-masing. Tapi mujurlah selepas dua hari Ipin jumpa jalan pulang ditakdirkan masa tu Mr. A ternampak dia mengiau-ngiau kat lorong belakang rumah terus buka pintu alhamdulillah Ipin pun masuk terus
Tinggalkan Kucing Di Rumah Ketika Bercuti.
Marble
Upin, Ipin, Simba, Bobot, Ciko dan Ciki
Hasil pelaburan 4 hari 😵😵😵
Maaflah kalau gambar last tu agak mengganggu ketenteraman readers ya... Ha! apa lagi ibu bersihkanlah kah! kah! kah!. Begitulah selalunya balik-balik bercuti aje kena kemaskan jamban dia ekor dan ngecek food dia ekor. Kira jugak cukup tak bilangan dia ekor hiks! Alhamdulillah time Mrs.A balik bercuti tu dia ekor sihat-sihat sahaja maintain gebu-gebas. Rumah biasalah memang kena vacumlah jawapnya. Any woman can be a mother but it takes someone special to be a cat mom. Tiiiberrr..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2022/01/tinggalkan-kucing-di-rumah-ketika-bercuti.html