Pengakuan Bekas Pegawai Maszlee Buktikan Dap Memang Bahaya


Menteri Melayu dalam PH tiada kuasa, senang diperkotak-katik


BANGI, 8 Rejab 1441H, Selasa – Pendedahan bekas pegawai Dr Maszlee Malik, ZF Zamir bahawa Kementerian Kewangan (MOF) mengawal segala keputusan dilakukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah gambaran jelas bahawa parti tamak haloba DAP mendominasi Pakatan Harapan (PH).

Tidak hairan dengan perkara itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya sudah lama memberi amaran mengenai bahaya parti rasis dan cauvinis berkenaan.

“Pendedahan ini membuktikan bahawa DAP sememangnya rasis dan kiasu, yang sememangnya tidak dikawal.

“Berlemah-lembut dan berlemah-longlai dengan mereka ini sememangnya tidak akan berkesan kerana mereka memang sudah ‘keras’ dan ‘tegar’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, penulis ZF Zamir yang juga bekas pegawai Maszlee dalam satu tulisan di portal The Malaysian Insight mendedahkan, satu insiden berlaku dalam sebuah mesyuarat membabitkan Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Maszlee.

Bersama-sama di dalam bilik mesyuarat adalah pegawai tertinggi kedua-dua kementerian termasuk ketua setiausaha KPM dan MOF.

Dalam tulisannya juga, ZF Zamir berkata, mesyuarat itu terpaksa dilakukan setelah pelbagai usaha KPM untuk meneruskan bajet Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) dan Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Keselamatan (KBK) seperti tahun-tahun sebelumnya menemui jalan buntu.

Katanya, MOF telah menetapkan mahu mengurangkan bajet PKK sebanyak RM50.7 juta dan bajet BKK sebanyak RM427.3 juta untuk 2019 berbanding bajet yang diterima secara normal pada 2018 sebelumnya atau pengurangan RM478 juta keseluruhannya.

“Ini menyebabkan hampir 1,382 syarikat terjejas berbanding jumlah keseluruhan 1,953 kontrak yang dikeluarkan. Lebih menyedihkan, keputusan ini akan menyebabkan seramai 10,406 pekerjaan dikurangkan dalam dua fasa.

“Dalam dua mesyuarat bersama-sama Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) pada 31 Januari 2019 dan 27 Mac 2019 yang dibawa oleh saudara Arul dari Parti Sosialis Malaysia (PSM), Maszlee telah berjanji bahawa apa juga keputusan kerajaan tidak akan memberi kesan kepada pekerja kontrak di sekolah kerana mereka kebanyakannya adalah warga B40 yang bergantung hidup kepada gaji sekecil RM900 sehingga RM1500 sahaja.

“Malangnya di dalam mesyuarat tersebut, permintaan KPM untuk mendapatkan jumlah bajet seperti yang diminta ditolak mentahmentah. Diceritakan komen sinis salah seorang ahli mesyuarat: “Jaga sekolah ni tak perlulah ramai-ramai. Sekolah-sekolah kampung carilah ‘volunteer’ (sukarelawan), mak bapa yang tak ada kerja tu boleh volunteer, “ katanya.

Bukan itu sahaja, ZF Zamir turut mendedahkan bahawa pekerja kontrak keselamatan dan kebersihan yang terlibat dalam program penjimatan mereka terus ditamatkan dalam dua fasa seperti dirancang.

“Kami di KPM setiap hari menerima panggilan, WhatsApp, mesej dan emel tentang perkara ini namun tidak mampu melakukan apa-apa kerana bajet yang diminta tidak diluluskan MOF.

“Malah liputan turut disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Rakyat pada amnya melihat yang jahat adalah Dr Maszlee dan KPM, tanpa mengetahui punca sebenar mengapa sehingga 10,000 pekerja diberhentikan, atau seperti dilaporkan Utusan, 27,000 orang terjejas.

“Beberapa agensi di bawah KPM seperti Institut Terjemahan Buku Negara (ITMB) diarahkan tutup dalam masa yang kadangkala tidak masuk akal, ada di antaranya diarahkan tutup dalam masa 3 bulan,” katanya.

Mengulas mengenai perkara itu, Haji Aminuddin yang juga Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata, pendedahan ZF Zamir itu juga bukti kepada rakyat untuk menilai sama ada Menteri Pendidikan ketika itu, Maszlee atau Timbalannya, Teo Nie Ching yang berkuasa.

Melalui pendedahan ini , Haji Aminuddin berkata, ia juga membuktikan bahawa walaupun memegang jawatan tertinggi dalam KPM, menteri Melayu dalam pentadbiran PH tidak berkuasa dan senang diperkotak-katikkan oleh pihak lain.

“Pendedahan ini sekali gus membuktikan jika Pakatan Harapan terus memerintah, pelajar-pelajar sekolah terutamanya orang-orang kampung akan terus jadi mangsa,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/03/pengakuan-bekas-pegawai-maszlee.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bodoh Pemimpin Dap Masih Tak Sedar Umno Dan Pas Memang Nak Singkirkan Dap

Bodoh Pemimpin Dap Masih Tak Sedar Umno Dan Pas Memang Nak Singkirkan Dap

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 314 hits
Ramai orang cakap bila kerajaan PH tumbang pemimpin mereka cakap merapu bermula dengan Mahathir cakap macam macam termasuk salahkan Najib Anwar pula sebelum ini menjadi ustaz buat kuliah tengah malam tanya mana Tg Adnan dapat duit Dia lupa ...
Bekas Pegawai Khas Syed Saddiq Dilantik Sebagai Timbalan Menteri Belia Dan Sukan

Bekas Pegawai Khas Syed Saddiq Dilantik Sebagai Timbalan Menteri Belia Dan Sukan

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 1657 hits
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas dinamakan sebagai Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan Beliau merupakan bekas pegawai khas S...
Ekonomi Negara Dalam Bahaya Itu Legasi Ph Annuar Bidas Dap

Ekonomi Negara Dalam Bahaya Itu Legasi Ph Annuar Bidas Dap

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 341 hits
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa membidas Pengerusi Dap Perak Nga Kor Ming mengenai tindakan Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalam Dalam ciapan balasannya kepada Ahli Parlimen Teluk Intan itu Annuar berkata ekonomi ...
Keangkuhan Dap Berterusan Prosiding Perlucutan Kewarganegaraan Ke Atas Bekas Adun Dap Pujut Perlu Dimulakan Segera

Keangkuhan Dap Berterusan Prosiding Perlucutan Kewarganegaraan Ke Atas Bekas Adun Dap Pujut Perlu Dimulakan Segera

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 335 hits
oleh Dr KamarulBukan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan tetapi tujuh orang iaitu YAA Dato Rohana binti Yusuf YA Datuk Seri Haji Mohd Zawawi bin Salleh YA Dato Abdul Rahman bin Sebli YA Datuk Ong Lam Kiat Vernon YA Datu
Pengasas Pkr Serang Dr M Pembantu Maszlee Salahkan Dap

Pengasas Pkr Serang Dr M Pembantu Maszlee Salahkan Dap

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 208 hits
Perpecahan kembali melanda Pakatan Harapan ketika gabungan itu bersedia untuk kemungkinan menggulingkan Muhyiddin Yassin di Parlimen minggu depan Ini menyusul ketika PKR dan DAP yang kini merupakan parti penting dalam PH selepas sejumlah ah...
Umno Nafi Boleh Kerjasama Dengan Dap

Umno Nafi Boleh Kerjasama Dengan Dap

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 244 hits
KUALA LUMPUR 25 Feb Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menafikan telah mengeluarkan kenyataan yang disiarkan oleh portal Malaysiakini mengenai situasi politik negara terkini Tegas Ahli Parlimen Lenggong itu UMNO k...
Top Leaders From Pkr Dap Amanah Arrive For Special Meeting At Pkr Hq

Top Leaders From Pkr Dap Amanah Arrive For Special Meeting At Pkr Hq

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 441 hits
PETALING JAYA Several top leaders from PKR DAP and Parti Amanah Negara have arrived for a special meeting at PKR s headquarters in Merchant Square here on Tuesday Among them were DAP veteran Lim Kit Siang secretary general Lim Guan Eng Anth...
Dap Amanah Pusing Sokong Tun M Lawak Jenaka Hipokrasi Atau Desperado

Dap Amanah Pusing Sokong Tun M Lawak Jenaka Hipokrasi Atau Desperado

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 413 hits
BERDASARKAN pemerhatian dan laporan yang paling kuat mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad segera meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri khususnya di dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 21 Februari lalu adalah pemimpin pemim...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord