Pengasas Pkr Serang Dr M Pembantu Maszlee Salahkan Dap




Perpecahan kembali melanda Pakatan Harapan ketika gabungan itu bersedia untuk kemungkinan menggulingkan Muhyiddin Yassin di Parlimen minggu depan.
Ini menyusul ketika PKR dan DAP yang kini merupakan parti penting dalam PH selepas sejumlah ahli PPBM tanpa mengira pangkat menyertai Perikatan Nasional yang diketuai Muhyiddin, merancang “roadshow” di seluruh negara untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Tetapi, walaupun ada cubaan untuk menunjukkan perpaduan dalam gabungan itu, pemimpin PH kini saling menuding jari berhubung punca kejatuhan kerajaan berusia 21 bulan itu.
Terdahulu, Syed Husin Ali yang merupakan seorang daripada pengasas PKR, hari ini menyalahkan Mahathir, walaupun bekas perdana menteri itu bersetuju kembali ke blok PKR-DAP untuk menghidupkan semula PH.
“Terima kasih Tun M. Dengan letak jawatan, Tun berjaya:
Gulingkan kerajaan pimpinan sendiri;
Gadaikan kerajaan pusat dan beberapa kerajaan negeri kepada musuh;
Sekat kenaikan Anwar yang ditakuti.
“Tak payah minta maaflah,” tulis bekas timbalan presiden PKR itu di Twitternya.
Catatan Syed Husin Ali di Twitter pada Selasa.
Peletakan jawatan Mahathir sebagai perdana menteri dan tindakan PPBM meninggalkan PH menyebabkan kerajaan PH tumbang minggu lalu.
Mahathir kemudiannya dilaporkan berkata, beliau meletak jawatan untuk membolehkan ahli Parlimen memilih perdana menteri seterusnya, walaupun berdepan tekanan daripada kumpulan pro-Anwar untuk mempercepatkan pelan peralihan kuasa kepada pemimpin PKR itu bagi menerajui negara.
“Sebagai manusia biasa, saya tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Saya pohon maaf jika peletakan jawatan saya adalah salah,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen pada 26 Feb lalu.
Bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik.
Sementara itu, seorang pembantu Maszlee Malik yang memutuskan kekal dengan PH, mendedahkan pemimpin DAP memotong peruntukan untuk kementerian itu.
Zulfikri Zamir berkata, ini termasuk pemotongan bajet hampir RM500 juta untuk perkhidmatan keselamatan dan pembersihan di sekolah seluruh negara yang menyebabkan lebih 10,000 orang kehilangan kerja.
Zulfikri yang pernah menjadi setiausaha akhbar Maszlee mengimbau mesyuarat antara Maszlee dan Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng, di mana seorang pegawai kanan berkata:
“Jaga sekolah ni tak perlulah ramai-ramai. Sekolah-sekolah kampung carilah ‘volunteer’ (sukarelawan), mak bapa yang tak ada kerja tu boleh ‘volunteer’,” tulis Zulfikri di portal berita The Malaysian Insight yang memetik kenyataan seorang pegawai.
Zulfikri turut mendakwa pemotongan peruntukan itu menjejaskan aktiviti kokurikulum, badan beruniform dan program keagamaan untuk pelajar.
Beliau mendakwa bekas timbalan menteri pendidikan, Teo Nie Ching daripada DAP melangkau Maszlee dalam komunikasinya dengan kementerian Lim.
Sebaliknya, beliau berkata, Kementerian Kewangan mengumumkan peruntukan berjuta ringgit untuk membantu syarikat e-wallet milik kawan rapat pemimpin DAP, merujuk peruntukan RM450 juta bagi menggalakkan transaksi e-wallet.
“DAP, anda bukan sahaja bertanggungjawab terhadap kejatuhan PH, namun kebangkitan semula para koruptor hari ini,” tulis Zulfikri.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/04/pengasas-pkr-serang-dr-m-pembantu-maszlee-salahkan-dap/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pengasas-pkr-serang-dr-m-pembantu-maszlee-salahkan-dap

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peralihan Kuasa Pkr Gagal Dap Meroyan

Peralihan Kuasa Pkr Gagal Dap Meroyan

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 297 hits
Dr Kamarul Zaman YusoffMENGIKUT akhbar Sinchew Daily Mesyuarat Biro Politik PKR pada 19 Februari telah memberi mandat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut satu tarikh peralihan kuasa yang spesifik dari Tun Dr Mahathir Mohamad dala...
Pengakuan Bekas Pegawai Maszlee Buktikan Dap Memang Bahaya

Pengakuan Bekas Pegawai Maszlee Buktikan Dap Memang Bahaya

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 263 hits
Menteri Melayu dalam PH tiada kuasa senang diperkotak katikBANGI 8 Rejab 1441H Selasa Pendedahan bekas pegawai Dr Maszlee Malik ZF Zamir bahawa Kementerian Kewangan mengawal segala keputusan dilakukan Kementerian Pendidikan Malaysia adalah ...
Malacca Gov T Falls Dap S Hulk And Pkr S Jailani Defect

Malacca Gov T Falls Dap S Hulk And Pkr S Jailani Defect

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 389 hits
BN and Bersatu are set to form a Perikatan Nasional government in Malacca and will be further bolstered by defections from DAP and PKR respectively The defectors are DAP s Pengkalan Batu assemblyperson Norhizam Hassan Baktee who previously ...
Don T Blame Others Look In The Mirror Supp Tells Dap Pkr

Don T Blame Others Look In The Mirror Supp Tells Dap Pkr

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 256 hits
Sarawak United Peoples Party today slammed the Pakatan Harapan coalition for using Sarawak at their own convenience when the country was facing political turmoil last week When they needed Sarawak they conveniently used us and if things did...
Mohon Standby Di Airport Tahan Pemimpin Dap Pkr Pan Yang Nak Lari Keluar Negara Gomo

Mohon Standby Di Airport Tahan Pemimpin Dap Pkr Pan Yang Nak Lari Keluar Negara Gomo

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 569 hits
Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo mengingatkan rakyat Malaysia supaya bersiap sedia dengan penubuhan kerajaan baharu yang mungkin akan berlaku dalam sedikti masa lagi Beliau juga memohon rakyat Malaysia...
Ph Boleh Tubuh K Jaan Minoroti Ap Pkr Dap Amanah 92 Kurang 20 Majoriti Mudah

Ph Boleh Tubuh K Jaan Minoroti Ap Pkr Dap Amanah 92 Kurang 20 Majoriti Mudah

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 336 hits
PH isytihar sokong Anwar sebagai PM Wujud tanda tanda bahawa semua anggota parlimen PH mengisytiharkan sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dalam pertemuan mereka dengan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah...
Melaka Dap Pkr Reps Switch Camps

Melaka Dap Pkr Reps Switch Camps

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 278 hits
MELAKA Melaka DAP s Datuk Norhizam Hassan Baktee and PKR s Datuk Muhammad Jailani Khamis say they now support Perikatan Nasional Norhizam the Pengkalan Batu assemblyman made a surprising appearance at a press conference held by Melaka Umno ...
Azmin Gembira Berjaya Membuat Pkr Dap Amanah Melutut Kepada Mahathir

Azmin Gembira Berjaya Membuat Pkr Dap Amanah Melutut Kepada Mahathir

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 282 hits
Usaha pihak tertentu menyokong Dr Mahathir Mohamad sekarang membuktikan mereka kini sedar kesalahan yang mereka lakukan kata sekumpulan bekas pimpinan PKR yang diketuai Azmin Ali Dalam suatu kenyataan bersama para anggota parlimen itu menje...
Top Leaders From Pkr Dap Amanah Arrive For Special Meeting At Pkr Hq

Top Leaders From Pkr Dap Amanah Arrive For Special Meeting At Pkr Hq

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 433 hits
PETALING JAYA Several top leaders from PKR DAP and Parti Amanah Negara have arrived for a special meeting at PKR s headquarters in Merchant Square here on Tuesday Among them were DAP veteran Lim Kit Siang secretary general Lim Guan Eng Anth...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera