Pengadil Tak Puas Hati Dengan Kelantan Kot Zamsaham
Pengadil Tak Puas Hati Dengan Kelantan Kot - Zamsaham
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
Keputusan seri 2-2 menentang Sabah FC dalam aksi kedua Piala Malaysia pada Khamis, ternyata mengecewakan pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham.
Kelantan sebenarnya hampir mencipta kejutan apabila bangkit daripada ketinggalan untuk mendahului 2-1 namun dihampakan menerusi jaringan penyamaan Sabah menerusi sepakan penalti, 10 minit sebelum tamat permainan.
Pengadil Fitri Maskon menghadiahkan penalti tersebut – yang kedua buat Sabah pada perlawanan itu – selepas Levy Madinda dijatuhkan namun dia menjadi sasaran kecaman berikutan keputusannya itu dianggap tidak tepat dan boleh dipertikaikan.
“Pengadil bolasepak ni aku rasa tak puas hati kat Kelantan kot, 2 penalti. Macam xxxx! Sepatutnya menang tapi ‘kalah’ kerana dua penalti yang tidak sepatutnya”, tulis Zamsaham di media sosialnya.
Jurulatih Kelantan, Rezal Zambery Yahya berkata selepas perlawanan keputusan pengadil sebagai tidak adil dan ia meragut kemenangan yang sepatutnya menjadi milik pasukannya.
“Saya beranggapan bahawa sebenarnya kita menang 2-1, tapi mutu pengadilan memang saya kecewa. Dengan apa pemain saya tunjukkan tapi direntap dengan keputusan tak adil, apapun kita akan kemukakan bantahan kepada MFL tentang mutu pengadilan.
“Terima kasih kepada pemain saya walaupun lawan pasukan Liga Super, mereka bermain bersungguh-sungguh. Memang kita sedar kemampuan kita tapi pemain telah tunjukkan Kelantan bukan pasukan belasahan dan saya sebenarnya terkejut dengan keputusan ini. Inilah bolasepak apa-apa boleh jadi,” ujar Rezal Zambery.
Keputusan seri menyaksikan Sabah mengumpul dua mata selepas dua perlawanan manakala Kelantan pula satu mata. JDT memimpin Kumpulan D dengan 6 mata.
Sementara itu, Zamsaham ternyata gembira dengan sumbangan pemain import dari Indonesia Nataneal Siringoringo yang semakin menyerlah dan bersedia menyambung kontrak pemain itu.
Nataneal yang berusia 22 tahun menjaringkan satu gol yang menarik dalam perlawanan menentang Sabah untuk mengikat kedudukan 1-1 di separuh masa pertama, di mana dia melakukan percubaan dari luar kotak penalti selepas melihat penjaga gol Robson Rendy Rining terkeluar dari posisinya.
SOURCE: La Bola Malaya
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2021/09/pengadil-tak-puas-hati-dengan-kelantan.html