Dituduh Bocor Minit Mesyuarat Kerana Saya Sokong Azmin Kata Exco Perak


IPOH — Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan, Abdul Yunus Jamahri menyifatkan tuduhan membocorkan kertas minit mesyuarat Exco yang dibuat terhadap beliau, bertujuan membunuh karier politiknya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kurau mendedahkan, tuduhan jahat itu bermula sejak pemilihan Parti Keadilan Rakyat tahun lalu, semata-mata kerana pendirian teguhnya bersama Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Loading… “Konspirasi jahat ini diteruskan untuk menjatuhkan saya sebagai Exco, dan mensabotaj kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, khususnya menjelang Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Exco dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.
Beliau mengulas tindakan seorang ahli PKR hari ini, yang membuat laporan polis mendakwa seorang Exco kerajaan negeri telah membocorkan kertas minit mesyuarat kerajaan negeri.
Ahli Jawatankuasa PKR Parit Buntar itu, Beh Yong Kean mendakwa perkara tersebut dilakukan Abdul Yunus, bagi mendapatkan komisyen daripada dua buah syarikat pertanian.
Menjelas lanjut Abdul Yunus berkata Beh merupakan pemilik kilang haram di Tanjung Piandang, Parit Buntar.
“Dalam hal ini, saya berpendirian tegas bersama kerajaan negeri dan beberapa agensi berkaitan yang sedang melaksanakan proses penguatkuasaan, sesuai dengan syarat dan peraturan yang digariskan.
“Saya yakin, beliau mempunyai motif dendam ke atas saya, memandangkan saya juga tidak menyokong kelulusan beberapa permohonan tanah yang dipohon beliau sejak tahun lalu,” katanya.
Selain itu, Abdul Yunus percaya terdapat dalang di sebalik tindakan jahat tersebut dan individu berkenaan telah diperalatkan pihak-pihak tertentu, bagi mencalarkan integriti dan imej beliau sebagai Exco.
Menurut Abdul Yunus beliau akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bagan Serai hari ini.
“Saya juga ingin menggesa seluruh rakyat khususnya di Perak untuk bersama menolak segala konspirasi jahat, yang cuba mengganggu gugat pentadbiran dan meremehkan institusi kerajaan negeri melalui fitnah jahat seperti ini,” katanya. — Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/dituduh-bocor-minit-mesyuarat-kerana-saya-sokong-azmin-kata-exco-perak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Exco Perak Didakwa Bocorkan Minit Mesyuarat Kerajaan Negeri Untuk Dapatkan Komisyen

Exco Perak Didakwa Bocorkan Minit Mesyuarat Kerajaan Negeri Untuk Dapatkan Komisyen

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 336 hits
Exco Perak didakwa bocorkan minit mesyuarat kerajaan negeri Seorang ahli PKR membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang ahli exco kerajaan negeri telah membocorkan kertas minit mesyuarat exco kerajaan negeri Ahli Jawatankuasa PKR Parit...
Pengadu Dakwa Minit Mesyuarat Exco Bocor Pemilik Kilang Haram

Pengadu Dakwa Minit Mesyuarat Exco Bocor Pemilik Kilang Haram

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 240 hits
ISMA WEB Adun Kuala Kurau dedah usaha bunuh kerjaya politik bermula sejak pemilihan PKR tahun lalu kerana pendirian teguhnya sokong Azmin Ali IPOH Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam Infrastruktur Pertanian dan Perladangan Abdul Yunus Jam...
Exco Perak Dituduh Cuba Minta Komisyen Untuk Permohonan Tanah

Exco Perak Dituduh Cuba Minta Komisyen Untuk Permohonan Tanah

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 350 hits
Seorang exco kerajaan negeri dituduh cuba meminta komisyen daripada dua syarikat berkenaan permohonan untuk tanah milik kerajaan berkeluasan 93 ekar Bekas pegawai khas itu Beh Yong Kean membuat laporan polis berkenaan perkara itu pagi ini D...
Tuduhan Keji Untuk Bunuh Kerjaya Politik Saya Kata Exco Perak

Tuduhan Keji Untuk Bunuh Kerjaya Politik Saya Kata Exco Perak

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 242 hits
Tuduhan keji untuk bunuh kerjaya politik saya kata exco Perak Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 13 Jul 2019 9 43
Sultan Titah Exco Perak Tangguh Angkat Sumpah

Sultan Titah Exco Perak Tangguh Angkat Sumpah

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 269 hits
Diterbitkan 09 July 2019Sultan Nazrin Shah menitahkan agar Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Exco Perak ditunda Foto oleh Hari AnggaraIPOH 9 Julai Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menitahkan agar Istiadat Pelantikan dan Menga...
Kes Exco Perak Dap Tunggu Siasatan Polis

Kes Exco Perak Dap Tunggu Siasatan Polis

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 299 hits
DAP menunggu hasil siasatan polis sebelum membuat sebarang keputusan terhadap ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang dikaitkan dengan tuduhan melakukan serangan seksual terhadap pembantu rumahnya KUALA LUMPUR Setiausaha Agung DAP ...
Dr M Berucap Di Mesyuarat Pkr Ketika Masa Depan Azmin Jadi Persoalan

Dr M Berucap Di Mesyuarat Pkr Ketika Masa Depan Azmin Jadi Persoalan

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 268 hits
Perhatian tertumpu ke Port Dickson kawasan Presiden PKR Anwar Ibrahim apabila pimpinan parti berhimpun malam ini untuk suatu permukiman yang menjanjikan drama ketika masa depan timbalan presidennya Azmin Ali mengundang persoalan Menjadikan ...
Sultan Perak Titah Istiadat Pelantikan Angkat Sumpah Exco Perak Ditangguh

Sultan Perak Titah Istiadat Pelantikan Angkat Sumpah Exco Perak Ditangguh

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 391 hits
IPOH Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menitahkan agar Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang dijadual Khamis ini ditunda Menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak istiadat tersebut yang...
Azmin Tiada Peluang Jadi Pm Kata Adun Dap

Azmin Tiada Peluang Jadi Pm Kata Adun Dap

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 199 hits
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sepatutnya sedar bahawa beliau tidak berpeluang untuk menjadi perdana menteri berbanding Presiden PKR Anwar Ibrahim Adun Sungai Pelek Ronnie Liu berkata majoriti dalam PKR serta Amanah dan DAP menyoko...
Guan Eng Is It Fair Foreign Investors Don T Have To Buy A Single Screw From Local Smes

Ong S Gripe With Dap Justified Says Ex Leader Ronnie Liu

Bekas Pemimpin Kanan Pas Guru Pasti Tak Terasakah Sindiran Tuan Ibrahim

Scramble Egg

Flight School In Van Nuys Offering More Than Just Pilot Training With A View Of The Runway

Mogu Yakiniku The Gardens Mall

Banjir Kpdn Kelantan Jamin Bekalan Makanan Cukup

Mayat Wanita Misteri Tiba Tiba Muncul Dalam Kereta


echo '';
5 Pekerjaan Yang Akan Membuatkan Kita Kenal Sifat Sebenar Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Andai Tiada Dia Slot Megadrama Astro Ria

Famili Duo 2024 Senarai Peserta Keputusan Markah Lagu Tugasan Cara Undi Format Penjurian Hadiah Dan Segala Info Musim 4

20 Cara Buang Angin Dalam Badan Dan Perut

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Di Hatiku Ada Kamu Viu Malaysia


Breakfast Mee Kolok Goreng

Kesah Secawan Kopi 2024

Mantan Ketua Hakim Negara Beri Teguran Keras Kepada Dr Maza

Ovhi Firsty Tunggu Aku Dipintu Surga Chord

Resepi Kuah Oden Sedap Kalah Family Mart

Redmagic Nova Gaming Tablet Spesifikasi Varian Harga