Penembak Remaja Tembak Mati 14 Murid Seorang Guru


Orang ramai menunggu berita lanjut mengenai mangsa tembakan di luar Pusat Sivik Ssgt Willie de Leon, di mana pelajar mangsa tembakan dari Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas, Amerika Syarikat dipindahkan. - Foto REUTERS
TEXAS: Seramai 14 pelajar dan seorang guru di sebuah sekolah di South Texas maut selepas terkena tembakan dilepaskan lelaki bersenjata, tengah hari semalam.

Gabenor Greg Abbott, ketika memaklumkan perkara itu kepada pemberita berkata, suspek dikenali sebagai Salvador Ramos berusia 18 tahun dipercayai ditembak mati pegawai polis yang bertindak balas di lokasi kejadian.

Beliau berkata, dua daripada pegawai polis turut terkena tembakan, namun tidak mengalami kecederaan serius dengan pihak berkuasa menjelaskan suspek bertindak sendirian.

Bagaimanapun, butiran rasmi mengenai selepas keganasan yang berlaku di Sekolah Rendah Robb di bandar Uvalde, Texas, kira-kira 128.75 kilometer (km) ke barat San Antonio itu masih kabur.

"Suspek menembak dan membunuh secara mengerikan, tidak dapat difahami, membunuh 14 pelajar dan seorang guru. Suspek juga maut, dipercayai ditembak pegawai yang bertindak balas di lokasi kejadian," katanya.

Berdasarkan laporan CNN, lelaki terbabit memandu dan masuk ke sekolah dengan senapang dan pistol.

Sementara itu, Ketua Jabatan Gabungan Bebas Sekolah Uvalde, Pete Arredondo, berkata mayat pelajar terdiri daripada murid gred dua, tiga dan empat.

Hospital Universiti di San Antonio di Twitter berkata, pihaknya menerima dua mangsa tembakan di Uvalde, masing-masing seorang wanita berumur 66 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, dalam keadaan kritikal.

Amukan di Texas adalah kejadian terbaru dalam siri tembakan besar-besaran di sekolah di Amerika Syarikat ((AS) yang mengejutkan dunia dan mencetuskan perdebatan sengit antara penyokong kawalan senjata lebih ketat dan penentang undang-undang boleh menjejaskan hak rakyat untuk memegang senjata.

Kejadian di Texas adalah antara paling mengerikan setakat ini, selepas seorang lelaki bersenjata membunuh 26 orang, termasuk 20 kanak-kanak berusia lima hingga 10 tahun di Sekolah Rendah Sandy Hook di Connecticut pada Disember 2012.

Pada 2018, seorang bekas pelajar di Marjory Stoneman Douglas High School di Parkland, Florida, membunuh 17 pelajar dan pendidik. - REUTERS

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2022/05/penembak-remaja-tembak-mati-14-murid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siasat Kejadian Murid Makan Bersila Di Lantai I Guru

Siasat Kejadian Murid Makan Bersila Di Lantai I Guru

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 215 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Pendidikan Negeri diminta menjalankan siasatan berhubung kejadian sekumpulan murid sebuah sekolah duduk dan makan di atas lantai yang mana gambar kejadian itu tular di media sosial Presiden Persatuan Ikatan Guru Guru Mu...
Guru Dipuji Bantu Murid Oku Lompat Tinggi

Guru Dipuji Bantu Murid Oku Lompat Tinggi

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 393 hits
Baru baru ini satu rakaman yang memaparkan seorang murid sekolah dibantu oleh gurunya melepasi palang lompat tinggi telah mencuri perhatian ramai Difahamkan murid tersebut adalah orang kelainan upaya dan semasa kejadian itu para pelajar lai...
Seorang Doktor Wanita Di Temui Mati Dalam Bilik Hotel Di Pasir Panjang Port Dickson N9

Seorang Doktor Wanita Di Temui Mati Dalam Bilik Hotel Di Pasir Panjang Port Dickson N9

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 203 hits
SEREMBAN Seorang doktor wanita ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah bilik hotel di Pasir Panjang Port Dickson di sini petang kelmarin Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata dalam kejadian pada...
Sebekas Nasi Goreng Untuk Cikgu Guru Sebak Anak Murid Tetap Nak Bagi Hadiah

Sebekas Nasi Goreng Untuk Cikgu Guru Sebak Anak Murid Tetap Nak Bagi Hadiah

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 234 hits
Setiap tahun tarikh 16 Mei tarikh keramat bagi semua guru guru Walaupun setiap hari dianggap hari guru ketibaan bulan Mei seolah olah ada makna bagi mereka Bukan mengharapkan hadiah dari anak murid tetapi cukup sekadar ucapan dari anak anak...
Himpunan Fail Pengurusan Sekolah Khas Kepada Guru Guru L Dapatkan Secara Percuma Disini

Himpunan Fail Pengurusan Sekolah Khas Kepada Guru Guru L Dapatkan Secara Percuma Disini

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 245 hits
Himpunan Fail Pengurusan Sekolah Khas Kepada Guru Guru l Dapatkan Secara Percuma Disini Khas kepada guru guru yang sedang menyediakan fail pengurusan sekolah Pening nak cari mana tidak tahu format fail rasmi Jangan risau kami di sistem guru...
Kerana Aku Seorang Ibu

Kerana Aku Seorang Ibu

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 279 hits
Saksikan telefilem khas Hari Ibu Kerana Aku Seorang Ibu pada 21 Mei pukul 9 malam di TV1 Kerana Aku Seorang IbuWaktu Siaran Sabtu 21 Mei 2022 9 00 malamRangkaian TV1 Skrip Faten SyamimiePengarah Ollynn KhadriProduksi Notion OvenPelakon Aida...
Teliti Isu Guru Warden Asrama Kata Menteri

Teliti Isu Guru Warden Asrama Kata Menteri

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 180 hits
Teliti isu guru warden asrama kata menteri Dikemas kini 34 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 May 2022 6 56PM
Donald Trump Usulkan Guru Di As Diizinkan Bawa Senjata Ke Ruang Kelas

Donald Trump Usulkan Guru Di As Diizinkan Bawa Senjata Ke Ruang Kelas

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 420 hits
Usulan ini disampaikan Trump setelah penembakan massal di sebuah sekolah dasar di Uvalde Texas yang menewaskan 19 murid dan dua guru
Aku Seorang Beauty Consultant

Aku Seorang Beauty Consultant

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 236 hits
Hai korang semua hari ni ceria tak Semoga hari kita sentiasa ceria dan bahagia disamping orang tersayang dan sentiasa dilindungi Allah swt Aku sekarang adalah seorang beauty consultant dengan produk forever living Nak kata aku pro tu idok l...
Marriott Bonvoy Hotels Resorts Perkenal The Malaysian Kitchen Sajian Warisan Turun Temurun

Intellectual Property Protecting Ideas

No More Guesswork How To Pick A Vape That Won T Let You Down

Resipi Taufu Fa Homemade Sangat Sedap Dimakan Sejuk

Di Mana Nak Beli Minyak Tanah Untuk Pelita Raya

Anta Permana Datuk Seri Siti Nurhaliza Dalam Playlist King Charles Iii

Laut Tanpa Warna Nasib Nemo Bila Terumbu Karang Hilang

4 Golongan Manusia Haram Disentuh Api Neraka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anugerah Kesenian Boh Cameronian Ke 20 Sambutan Masa Lalu Insipirasi Masa Depan

Hengjing168 Hengjing168 Top 30 By Maddison Hengjing168 Wiki 6 2025

The Case Against European Rearmament

When Politicians Choose Ego Over People

Fast Food

Raya Bergaya Dengan Huawei