Pendurjana Sebenar Ialah Mereka Yang Mahukan Mahathir Menjadi Pm Hingga Habis Penggal




Sebagaimana semua orang faham, termasuk malaikat di langit, kedudukan Anwar Ibrahim sebagai pengganti kepada Tun Mahathir Mohamad, telah pun disepakati dalam ikrar janji sebelum PRU14 lagi.Untuk itu, Tun Mahathir dipersetujui sebagai Perdana Menteri sehingga Anwar dibebaskan daripada penjara dan sehingga mendapat pengampunan penuh daripada Yang Dipertuan Agong bagi membolehkan peralihan kuasa, sebagaimana yang djanji, dapat dilaksanakan.Atas dasar itulah Tun Mahathir berkali-kali mengatakan beliau hanya mahu menjadi Perdana Menteri selama dua tahun saja untuk melaksanakan tugas memperbaiki kerosakan dalam negara dan memulihkan ekonomi.Tempoh dua tahun itu adalah bersandarkan keyakinan bahawa proses memohon pembebasan dan pengampunan untuk Anwar sekurang-kurangnya perlu mengambil jangka masa tersebut.Itulah sebabnya perjanjian peralihan kuasa tidak meletakkan tarikh yang khusus kerana tiada siapa dapat menjangka bila proses itu, khususnya pengampunan daripada Yang Dipertuan Agong, akan diperolehi.Namun demikian, tanpa disangka-sangka, hanya dalam tempoh tiga bulan saja selepas kemenangan PH dalam PRU14, Anwar telah pun dibebaskan dan mendapat pengampunan penuh daripada Yang Dipertuan Agong, seterusnya beliau memenangi kerusi Parlimen Port Dickson pada PRK 13 Oktober 2018.Meski pembebasan dan pengampunan diperolehi lebih awal serta Anwar telah menjadi Ahli Parlimen Port Dickson sejak Oktober 2018 lagi dan ini bermakna Anwar sudah layak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, tetapi tidak pernah pula ada desakan untuk dipercepatkan peralihan kuasa tersebut.Tempoh yang dituntut tetap dua tahun iaitu berdasarkan janji Tun Mahathir sendiri.Sekarang, malah beberapa ketika sebelum ini pun, sementara semua orang diperingatkan agar berpegang kepada janji asal peralihan kuasa dalam tempoh dua tahun itu, tak semena-mena timbul pula desakan agar Tun Mahathir dipanjangkan lagi khidmatnya sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal atau hingga ke tahun 2023.Gila ke apa ni?Sudahlah janji dua tahun cuba dimungkiri dengan pelbagai alasan lain seperti tugas Tun Mahathir kononnya belum selesai, ekonomi belum pulih sepenuhnya dan terbaru sehingga selesai Sidang APEC di Kuala Lumpur pada November 2020, kini ia mahu dikhianati lagi sehingga ke tahun 2023.Manusia apa, bangsa apa dan agama yang membenarkan janji dipermain-mainkan sehingga ke tahap ini?Kenapa susah sangat untuk berpegang kepada janji asal dua tahun sepertimana yang kerap disebut oleh Tun Mahathir sendiri?Bukankah dengan memenuhi janji tersebut dan tidak menghasut Tun Mahathir untuk kekal sehingga sehingga habis penggal, bermakna kita sedang menyelamatkan Perdana Menteri daripada kemunafikan?Lebih daripada itu, tidakkah kita sedar juga bahawa mengingkari janji peralihan kuasa tersebut dan membuat desakan agar Tun Mahathir kekal sehingga habis penggal hanya akan memungkinkan PH terjerumus kepada perpecahan?Itukah yang kita inginkan atau kita mahu PH ini menjadi kerajaan hanya selama sepenggal saja?Apakah kita suka Tun Mahathir yang sudah berusia 94 tahun dan mungkin bila-bila masa dipanggil mengadap Tuhan, tetapi akhirnya meninggal dunia dalam kebencian ramai kerana mungkir janji, terkepung dengan kemunafikan dan dalam keadaan PH berpecah kerananya?Dalam hal ini, sementara mereka yang menuntut janji peralihan kuasa kepada Anwar dipenuhi dalam tempoh dua tahun adalah berjiwa mulia, bukan saja kepada PH, tetapi juga terhadap Tun Mahathir, sebaliknya yang terus dan tidak henti-henti mendesak agar Perdana Menteri dikekal sehingga habis penggal, mereka inilah golongan pendurjana yang sebenarnya.Lebih buruk, golongan ini bukan saja durjana kepada PH, tetapi turut durjana kepada Tun Mahathir yang kononnya mereka sayangi. (ShahbudinHusin 18/01/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/pendurjana-sebenar-ialah-mereka-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Trend Kecantikan Zaman Dulu Mencukur Habis Alis Hingga Menghitamkan Gigi

7 Trend Kecantikan Zaman Dulu Mencukur Habis Alis Hingga Menghitamkan Gigi

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 178 hits
Sejak zaman dahulu arti kata cantik memang selalu memiliki definisi tersendiri untuk itu mengapa banyak orang mengatakan jika cantik itu relatif tergantung persepsi tiap orang
Fitrah Hidup Manusia Yang Sebenar Benarnya Ialah Mengabdikan Diri Pada Allah 9553

Fitrah Hidup Manusia Yang Sebenar Benarnya Ialah Mengabdikan Diri Pada Allah 9553

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 417 hits
Hai anak anakku Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam Ketika Abu Tholib menjelang wafat datanglah Rasulullah shollallahu alaihi wasallam kemudian beliau mendapati di sis...
Ini Ialah Imej Sebenar Huawei P40 Pro

Ini Ialah Imej Sebenar Huawei P40 Pro

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 277 hits
telah tertiris minggu ini dengan rekaan hadapan seakan Samsung Galaxy S10 dengan rekan belakang pula seakan Galaxy S20 Seperti tahun lalu peranti ini akan memperlihatkan peningkatan kemampuan kamera dengan terdapat ura ura ia boleh melakuka...
Pakatan Harapan Mungkin Menjadi Kerajaan Satu Penggal

Pakatan Harapan Mungkin Menjadi Kerajaan Satu Penggal

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 356 hits
Kata kata yang dikatakan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir itu menggambarkan kekecewaan setelah Pakatan Harapan gagal dalam merampas kerusi dalam PRK Kimanis pada 18 Januari 2020 Pakatan Harapan yang telah kalah sebanyak 5 kali ...
Jika Mereka Mahu Saya Berundur Sekarang Saya Akan Berundur Mahathir Pemimpin Pkr Tak Sabar Tunggu Anwar Jadi Pm

Jika Mereka Mahu Saya Berundur Sekarang Saya Akan Berundur Mahathir Pemimpin Pkr Tak Sabar Tunggu Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 393 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bersedia berundur dari jawatan penting itu sekiranya majlis presiden Pakatan Harapan mahu dia berbuat demikian Jika mereka mahu saya berundur sekarang saya akan berundur Mahathir Pemimpin PKR tak sabar tu...
5 Sebab Karim Bujang Tidak Layak Menjadi Ahli Parlimen Kimanis

5 Sebab Karim Bujang Tidak Layak Menjadi Ahli Parlimen Kimanis

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 480 hits
Saya telah mengikuti jentera Karim Bujang sejak tahun 1990 iaitu ketika Pilihan Raya Umum Ke 8 sejurus selepas menamatkan Pengajian Ijazah Sarjana Muda di UKM Ketika itu saya membantu Karim Bujang sebagai perantara di dalam menjalinkan hubu...
Cerita Amanda Lulusan S2 Manajemen Berjualan Tahu Kriuk Hingga Viral

Cerita Amanda Lulusan S2 Manajemen Berjualan Tahu Kriuk Hingga Viral

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 566 hits
Seorang penjual tahu di dekat stasiun MRT Haji Nawi Cipete Jakarta Selatan yang bernama Amanda viral di media sosial Wanita lulusan S2 Bisnis Manajemen Binus ini mengaku tidak menyangka bahwa kegiatannya berjualan tahu kriuk akan ramai dibi...
Rupanya Ramai Dah Cuba Petua Atasi Nasi Lembik Guna Roti Keping Je Serius Menjadi

Rupanya Ramai Dah Cuba Petua Atasi Nasi Lembik Guna Roti Keping Je Serius Menjadi

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 413 hits
Petua Atasi Nasi Lembik Mesti ada antara kita yang pernah termasak nasi lembik kan Bukak je periuk nasi tengok nasi dah lembik semacam Stresnya Biasanya boleh jadi macam ni sebab baru tukar beras jenis lain daripada yang kita biasa masak Ta...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri