Penduduk Kampung Cekup 13 Pati Baru Mendarat


13 Pati warga Indonesia yang ditahan di Kampung Batu Payung, dekat sini, malam tadi. FOTO Ihsan Esscom


Tawau: Cubaan 13 pendatang asing tanpa izin (Pati) menyusup masuk ke negara ini gagal apabila mereka ditahan penduduk Kampung Batu Payung dekat sini, sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, penduduk kampung terdiri daripada Komuniti Rukun Tetangga (KRT) dan Jabatan Sukarelawan (RELA) mengesan dua kenderaan mencurigakan dinaiki Pati terbabit yang disyaki baru mendarat di kawasan Pantai Batu 12, Jalan Batu Payung di sini.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, turut ditahan dua tekong warga tempatan masing-masing berusia 28 tahun.

Beliau berkata, terdahulu pihaknya menerima maklumat berkaitan tangkapan itu daripada ketua KRT kampung berkenaan sebelum sepasukan anggota Op Cegah Pati (OCP) Daratan ESSCOM yang sedang menjalankan rondaan Op Cegah Pati digerakkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, pasukan keselamatan memeriksa kereta Proton Saga dan Toyota Vios serta mendapati tujuh lelaki bersama lima wanita termasuk seorang kanak-kanak perempuan berada di dalam kedua-kedua kenderaan terbabit.

"Pemeriksaan lanjut bagaimanapun mendapati kesemua mereka yang berumur antara dua hingga 49 tahun tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah untuk memasuki negara ini," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Ahmad Fuad berkata, hasil soal siasat lanjut mendapati kesemua mereka mengaku baru tiba dari Sungai Nyamuk, Indonesia dengan menaiki bot menggunakan laluan yang tidak sah.

Selain itu katanya, kedua-dua tekong darat yang bertindak sebagai pemandu kenderaan berkenaan mengaku mengambil Pati terbabit yang baru tiba sebelum dibawa ke lokasi tujuan masing-masing.

"Kesemua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 55(E) dan Sekyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63", katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Fuad turut merakamkan penghargaan dan memuji tindakan penduduk kampung yang menjadi mata dan telinga pihak berkuasa selain membantu pasukan keselamatan dalam usaha mengekang kemasukan Pati secara haram ke daerah ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/penduduk-kampung-cekup-13-pati-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Ketua Kampung Jkkk Diminta Pantau Pergerakan Keluar Masuk Penduduk

Covid 19 Ketua Kampung Jkkk Diminta Pantau Pergerakan Keluar Masuk Penduduk

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 316 hits
Situasi terkini kes Covid19 dan taburan kes mengikut Mukim bagi daerah Tuaran serta kes Covid19 Malaysia 19 Ogos 2021 Penularan jangkitan Covid 19 yang kini telah merebak ke kawasan luar bandar amat membimbangkan penduduk kampung Sehubungan...
Jom Reronda Jeti Wawasan Kampung Melayu Baru

Jom Reronda Jeti Wawasan Kampung Melayu Baru

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 597 hits
Jom Reronda Jeti Wawasan Kampung Melayu Baru Pagi tadi Sempat singgah jap selepas melengkapkan beberapa pusingan larian keliling kampung Tak lepas peluang amik video kat sini Layan terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger photograp...
Lebih 1 000 Penduduk Sekali Lagi Kena Pkpd Di Kampung Balung Cocos Tawau

Lebih 1 000 Penduduk Sekali Lagi Kena Pkpd Di Kampung Balung Cocos Tawau

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 375 hits
Gambar hiasan PUTRAJAYA Lebih 1 000 penduduk Kampung Balung Cocos di Tawau Sabah sekali lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula Selasa ini iaitu antara lima lokaliti di dua negeri diwartakan perintah itu Perkampunga...
Panas Ku Li Tak Calonkan Ismail Sabri Sebagai Pm Baru

Panas Ku Li Tak Calonkan Ismail Sabri Sebagai Pm Baru

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 266 hits
August 19 2021 Seramai 114 ahli parlimen akan dipanggil ke Istana Negara Hari ini kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan Berdasarkan jadual yang dilihat oleh Malaysiakini ahli ahli parlimen berkenaan akan tiba dalam lima kumpulan bermula j...
Ragam Bila Ada Baby Baru Letak Dah Menangis Tak Sempat Dr Say Nak Habiskan Makanan

Ragam Bila Ada Baby Baru Letak Dah Menangis Tak Sempat Dr Say Nak Habiskan Makanan

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 351 hits
Bila dah ada baby baru memang rutin yang dulunya tenang bertukar sedikit kelam kabut Itulah yang dilalui oleh Dr Say doktor selebriti yang dikongsi di laman instagramnya Dr Say dengan tenang meletakkan bayinya ke dalam baby cot namun tak la...
Kerajaan Baru Mesti Kekalkan Dasar Sedia Ada Dalam Perang Melawan Covid 19 Kata Agong

Kerajaan Baru Mesti Kekalkan Dasar Sedia Ada Dalam Perang Melawan Covid 19 Kata Agong

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 244 hits
MALAYSIA NOW Agong berkata ia termasuk program vaksinasi kebangsaan dan usaha mencapai imuniti kelompok dalam negara Petugas kesihatan membuat pemeriksaan dos vaksin pada picagari dengan berlatar belakang bendera Malaysia di Pusat Perubatan...
Target 130 Ribu Capaian Vaksinasi Anak Di Tangsel Baru 20 Ribu Anak

Target 130 Ribu Capaian Vaksinasi Anak Di Tangsel Baru 20 Ribu Anak

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 254 hits
Pelaksanaan vaksinasi anak usia 12 tahun di Tangerang Selatan mengalami penundaan akibat menipisnya stok vaksin yang diperoleh Dinas Kesehatan setempat
Pm Baru Perlu Diberi Kebebasan Penuh 100

Pm Baru Perlu Diberi Kebebasan Penuh 100

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 226 hits
Kalau PM baru masih nak berkhdiamat dan keutamaan untuk parti kroni silakan tempoh berkuasa kurang lebih dua tahun sahaja Kalau nak bebaskan mereka yang didakwa kerana konspirasi atau pendakwaan terpilih silakan sesuai sekaliKalau nak lanti...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Nahas Terburuk Dalam Tempoh Sedekad

Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Lembu Korban Lari Sembunyi Dalam Balai Polis

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Hikmah Diharamkannya Perjudian Dan Taruhan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigate The World Of Online Business

Android 16 Is Here

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use

Halal Love In Viral Video Man Sneaks Into Female Tent To Give Wife A Rose During Hajj