Pendidikan Manusiawi Kpm Maksud Pelaksanaan


Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek sebelum ini telah memperkenalkan agenda Pendidikan Manusiawi di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaras dengan matlamat di kementerian tersebut.
Agenda ini merupakan sebahagian daripada hala tuju KPM bagi memastikan akses pendidikan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.
Maksud Pendidikan Manusiawi Pendidikan Manusiawi merujuk kepada konsep kemanusiaan yang dipraktikkan secara menyeluruh bagi memastikan akses pendidikan berkualiti untuk semua dan tiada sesiapa yang terpinggir.
Ini bermakna agenda ini menumpukan kepada memartabatkan pencapaian akademik di samping menekankan aspek kemanusiaan.
Konsep ini bukanlah konsep yang baharu tetapi sebenarnya sudah diamalkan dan diterapkan dalam KPM.
Ini juga merangkumi anjakan pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Selain itu, konsep ini juga adalah bertepatan dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang mewajibkan kanak-kanak mendapat pendidikan formal sehingga Tahun Enam.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan hasil pelibatan masyarakat dan penyelidikan meluas yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Di dalam PPPM 2013-2025, agenda ini terangkum di bawah di bawah Aspirasi Murid dan Aspirasi Sistem iaitu Akses, Kualiti, Ekuiti, Perpaduan dan Kecekapan.
Terdapat 5 aspirasi sistem pendidikan Malaysia seperti yang digariskan iaitu:
AKSES: 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang 2020. Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. KUALITI: Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa. EKUITI: Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020. PERPADUAN: Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia. KECEKAPAN: Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Pihak Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa. Pelaksanaan Agenda Pendidikan Manusiawi Terdapat 6 perkara yang telah dilaksanakan KPM bagi memastikan agenda ini dapat dilaksanakan:
i) Sekolah Komprehensif (K9)
Program 9 tahun di 17 sekolah di seluruh negara terutama di kawasan pedalaman bagi murid Orang Asli dan Pribumi.
ii) Sekolah Komprehensif 11 (K11)
Projek rintis ini menyediakan akses pendidikan yang lebih menyeluruh selama 11 tahun dari sekolah rendah hingga menengah.
iii) Sekolah Integriti & Sekolah Henry Gurney
Program pendidikan untuk pesalah muda di seluruh negara, dengan kelulusan 100% dalam SPM.
iv) Sekolah Dalam Hospital (SDH)
SDH menyediakan pusat pembelajaran yang menyeronokkan dan fleksibel dalam persekitaran kondusif bagi murid yang menerima rawatan di hospital.
Selain itu, objektif SDH juga untuk merangsang murid terus belajar dan menggalakkan pertumbuhan psikososial yang normal serta membantu dalam proses penyembuhan.
Sejak 2011, terdapat 17 SDH di 11 negeri di seluruh negara.
v) Pendidikan Anak-Anak Orang Asli & Pribumi
Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (MoLIB) membantu guru di sekolah ini untuk persediaan Pengajaran dan Pembelajaran
vi) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
SBJK merupakan sekolah khas yang ditubuhkan pada 19 Ogos 2013, memenuhi aspirasi dari Unesco dari segi sistem pendidikan dan mempersiapkan murid dengan konsep ‘Pendidikan untuk Semua’.
Murid-murid yang mengikuti program ini ditempatkan dalam peringkat kelas berdasarkan penguasaan mereka terhadap 3M.
Sekolah ini mempunyai dua cawangan, iaitu di Chow Kit, Kuala Lumpur dan di Kota Kinabalu, Sabah.
Sekolah ini khusus untuk anak-anak yang tercicir, untuk mencapai kelulusan 100% dalam SPM.
Sebagai contoh, SBJK di Sabah ditubuhkan selepas sesi libat urus bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mengenal pasti lapan murid warganegara yang tercicir berpanjangan daripada sistem persekolahan disebabkan faktor seperti kemiskinan dan keluarga rentan.
Mereka yang terjejas hadir ke Pusat Aktiviti Kanak-kanak seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Am Sabah bagi murid mempelajari konsep asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Mereka kemudian didaftarkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan, Kota Kinabalu, yang dipilih sebagai lokasi program SBJK memandangkan sekolah itu mempunyai 10 kabin yang tidak lagi digunakan sejak 2017, dan terletak berhampiran rumah lapan kanak-kanak itu.
Kanak-kanak di Sabah yang telah dikenal pasti untuk program ini akan didaftarkan di sekolah yang melaksanakan program tersebut, dan layak menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Peruntukan Bantuan Geran Per Kapita (PCG) dan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Bagi urusan pengangkutan pula, mereka akan dihantar dan diambil oleh keluarga mereka sendiri, atau menaiki kenderaan yang disediakan oleh JPN Sabah.
Info Lanjut Info lanjut mengenai agenda Pendidikan Manusiawi, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my.
Baca juga: Biasiswa Pendidikan Maxis 2024: Syarat dan Cara Mohon


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pendidikan-manusiawi-kpm/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pendidikan-manusiawi-kpm

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maksud Ketimbang

Maksud Ketimbang

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 93 hits
Penggunaan ketimbang dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia mempunyai beberapa perbezaan yang ketara walaupun kedua duanya berasal dari akar yang sama Berikut adalah perbandingan antara kedua dua bahasa nbsp Bahasa Melayu nbsp 1 Maksud Da...
Bahasa Istana Contoh Perkataan Maksud

Bahasa Istana Contoh Perkataan Maksud

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 137 hits
Bahasa Istana merupakan bahasa yang mempunyai laras bahasa yang kaya dengan budi dan kesopanan Bahasa ini juga sering digunakan sebagai perhubungan antara keluarga diraja dan rakyat jelata serta hal ehwal di dalam istana Selain itu bahasa i...
Bahasa Isyarat Malaysia Maksud Contoh Bahasa Isyarat

Bahasa Isyarat Malaysia Maksud Contoh Bahasa Isyarat

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 164 hits
Bagi orang pekak di Malaysia mereka menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain Bahasa isyarat dapat difahami sebagai bahasa yang bergantung kepada pergerakan tangan badan dan bibir serta tidak...
Maksud Ketimbang Dan Contoh Penggunannya

Maksud Ketimbang Dan Contoh Penggunannya

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 134 hits
Maksud Ketimbang dan Contoh Penggunannya Perkataan ketimbang baru baru ini mencuri perhatian ramai apabila Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim menggunakannya dalam ucapan rasminya semasa pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lalu...
Pmx Tak Ambil Gaji 80k Pn Persenda Maksud Ketimbang Bahan Lawak

Pmx Tak Ambil Gaji 80k Pn Persenda Maksud Ketimbang Bahan Lawak

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 127 hits
SIDANG PARLIMEN SEMALAM MEMBUAT SATU PERTIKAIAN APABILA PEMBANGKANG MEMPERSENDA PERDANA MENTERI TIDAK MENGAMBIL DAN MEMPERSENDA PERDANA MENTERI MENGUNAKAN AYAT YANG TIADA DIDALAM KAMU DEWAN IAITU KETIMBANG DAN BEBERAPA LAGI AYAT DIDALAM UCA...
Golongan T15 Maksud Taraf Kehidupan Purata Pendapatan

Golongan T15 Maksud Taraf Kehidupan Purata Pendapatan

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 170 hits
Golongan T15 Maksud Taraf Kehidupan Purata Pendapatan Berdasarkan kepada yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi ada menyebut tentang golongan T15 dan beberapa subsidi yang dkurangan bagi golongan ini Jus...
Pelaksanaan Gaji Minimum Rm1700 Kadar Bayaran Per Jam Dan Akta Berkaitan Gaji Minimum Rm1700

Pelaksanaan Gaji Minimum Rm1700 Kadar Bayaran Per Jam Dan Akta Berkaitan Gaji Minimum Rm1700

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 191 hits
Gaji minimum RM1700 sebulan bakal dilaksanakan bermula 1 Februari 2025 seperti diumumkan dalam Belanjawan 2025 Peningkatan ini menggantikan kadar terdahulu iaitu RM1500 Walau bagaimanapun majikan dengan kurang daripada lima pekerja diberika...
Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan Bantah Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3 0

Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan Bantah Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3 0

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 112 hits
KUALA LUMPUR nbsp Kerajaan digesa tidak meneruskan Program Latihan Khidmat Negara 3 0 kerana disifatkan bukan satu keperluan mendesak untuk dilaksanakan ketika ini nbsp Chow Hu Yui berkata peruntukan sebanyak RM50 juta untuk menghidupk
Sekular Bukan Maksud Anti Agama Awasi Putar Belit Geng Lebai

Sekular Bukan Maksud Anti Agama Awasi Putar Belit Geng Lebai

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 83 hits
sekular bukan maksudnya anti agama tetapi hanya pisahkan fahaman agama yang khusus daripada urusan pentadbiran kerajaan Pada keseluruhannya orang Islam sangat kurang membaca Lazimnya tidak ada pun industri menulis dan mencetak buku yang sel...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025