Sekular Bukan Maksud Anti Agama Awasi Putar Belit Geng Lebai


 'sekular' bukan maksudnya 'anti agama' tetapi hanya pisahkan fahaman agama yang khusus daripada urusan pentadbiran kerajaan'. 
Pada keseluruhannya orang Islam sangat kurang membaca. Lazimnya tidak ada pun industri menulis dan mencetak buku yang self sustaining atau yang boleh hidup dengan sendiri di hampir kesemua negara Islam. 
Di Malaysia sahaja pelbagai kerajaan membazirkan duit rakyat (hasil cukai) untuk membeli sokongan politik kumpulan lebai. Mereka diberi peruntukan duit yang besar (berbillion Ringgit setahun) dan duit itu digunakan juga untuk mencetak buku-buku dan majalah yang tidak berguna sedikit pun untuk majukan ekonomi dan sosial orang islam. 
Cetak buku agama pun survive dengan membazir duit rakyat. Sebab orang Islam tidak suka membaca pun. Bilangan kecil yang baca buku pun minat buku pelik-pelik termasuk buku agama yang tidak mempunyai historical evidence (bukti sejarah). Buku-buku itu lebih bergantung kepada hysterical evidence. Hysterical evidence maksudnya kalau sesiapa tidak setuju penulisan mereka, maka mereka akan menjerit-jerit histeria seolah mereka dirasuk setan. Itulah hysterical evidence mereka.

Di Arab Saudi pencetakan buku agama terhad kepada propaganda political survival keluarga al Saud dan keluarga al Wahab. Mereka membazirkan berbillion Ringgit untuk promosikan ideologi Wahabi mereka. Sekarang pula mereka sudah tukar agama dan mereka sedang belanjakan banyak duit untuk promosikan rock concert dan pesta liar style Barat. Terlalu confused sekali. Semuanya untuk survival politik keluarga al Saud.
Di negara kita geng lebai juga lama mainkan dangdut 'sekular, sekular' untuk memancing undi orang kampong yang tidak faham apa benda itu sekular ke, circular ke.


"Sekular adalah konsep bahawa pemerintah atau entiti berkaitan dalam sesebuah negara harus berdiri secara terasing dari agama dan/atau kepercayaan agama  -  Sekularisme, Wikipedia Bahasa Melayu"

"Oxford Dictionary, secularism - not connected with religious or spiritual matters"
Maksudnya pentadbiran kerajaan tidak campur-aduk dengan hal ehwal agama. Sebabnya adalah paling mudah sekali - tidak ada sebarang agama di atas mukabumi Allah swt ini yang seragam dan serupa. Langsung tidak ada. 
Kristian mempunyai berpuluhan mazhab yang semuanya tidak setuju antara mereka. Contohnya peperangan di Ukraine sekarang adalah perang mazhab kristian antara Russian Orthodox Church dan Catholic Church di Vatican.  Vatican sudah lama benci Russian Orthodox Church. "Russia’s war on Ukraine is “unjust” and must end, says Vatican's top diplomat".
Kumpulan Tabligh pun pernah berpecah, tak tahu sekarang sudah pateri balik atau masih berpecah. Di United Kingdom mereka masih berpecah. Jadi tidak ada sebarang agama yang standardised atau serupa dan seragam.
Maka sebarang usaha untuk masukkan agama (sebenarnya mazhab yang khusus) dalam pentadbiran kerajaan bakal menimbulkan benci-membenci, iri hati, sakit hati dan akhir sekali pergaduhan dan sengketa. Negara akan hancur.

Maka negara maju yang fikiran lebih waras telah lama mengambil keputusan untuk asingkan agama daripada urusan pentadbiran kerajaan.  Itulah maksudnya sistem pentadbiran sekular.

Ini tidak bermaksud bahawa kerajaan sekular mereka adalah anti agama. Di Amerika Syarikat kerajaan "sekular" mereka memberi bantuan kewangan yang sangat lumayan kepada semua agama yang wujud dalam negara itu termasuk agama Islam.  Pada tahun 2024 kerajaan Amerika Syarikat telah sediakan peruntukan lebih RM2.8 BILLION untuk membantu pelbagai pertubuhan agama di negara itu. "The US federal government offers grants to religion-based organizations through a variety of programs. In total for fiscal year 2024, the Administration has secured US$664 million for the NSGP.."

Jadi 'sekular' bukan maksudnya 'anti agama' tetapi hanya pisahkan fahaman agama yang khusus daripada urusan pentadbiran kerajaan.  
Kerajaan Amerika tidak rujuk fikah kristian Katolik, fikah kristian Russian Orthodox Church atau fikah kristian Protestant Church dalam urusan pentadbiran kerajaan. Maka Amerika sangat berjaya.
Tetapi kesemua presiden Amerika Syarikat, kesemua gabenor 50 negeri di Amerika Syarikat, ahli Kongres dan Senator mereka pasti angkat sumpah atas Kitab Bible.
Sila perhatikan gambar upacara Barack Hussain Obama angkat sumpah menjadi presiden Amerika. Obama angkat sumpah atas Bible Kristian.


Begitu juga Joe Biden angkat sumpah (sebagai Vice President bawah Obama) juga atas Bible Kristian yang lama dan bersejarah.   Di United Kingdom pula, sebuah negara sekular yang telah lama pisahkan agama daripada pentadbiran kerajaan, raja "baru" mereka King Charles III (gambar bawah) mencium Bible Kristian sewaktu pertabalannya sebagai King Charles III.
 King Charles III juga adalah ketua Church of England (atau Ketua Agama Kristian di   England).



Maksudnya Barack Hussain Obama dan King Charles III sangat hormati dan taati agama Kristian mereka masing-masing tetapi mereka tidak campur-adukkan agama mereka dalam pentadbiran urusan kerajaan. Itulah maksudnya sekular. 
Dalam negara kita pula lebai politik yang tidak berpelajaran, yang fikiran sempit dan separuh jahil pernah samakan sekular dengan ateis, komunis, sosialis dsbnya. Untuk menipu pengundi bahawa merekalah paling layak menang pilihanraya sebab mereka akan membawa masuk fikah kesukaan mereka dalam semua hal ehwal pentadbiran kerajaan. Negara kita akan hancur sebab sesama mereka sendiri pun tidak ada fikiran yang waras dan lojik untuk mempersetujui sebarang fikah pun.
Sebab mereka tidak mempunyai historical evidence untuk sokong hujah mereka. Mereka hanya mempunyai hysterical evidence atau jerit-menjerit secara histeria gila jika orang lain tidak setuju pendapat mereka.


Hang tak faham, aku lagi faham. Hang tak pandai, aku lagi pandai. Hang tak tahu, aku lagi tahu. Hang bodoh.
 
Tuan-Tuan awasi putar belit geng lebai. Jangan biarkan geng lebai ini menipu anda. 
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.By Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/10/sekular-bukan-maksud-anti-agama-awasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan Sisih Orang India Ramanan Ingatkan Jangan Putar Belit

Belanjawan Sisih Orang India Ramanan Ingatkan Jangan Putar Belit

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 200 hits
Belanjawan 2025 untuk semua lapisan masyarakat tanpa membezakan mana mana komuniti jelas Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi R Ramanan Bagi komuniti India sudah banyak kali Perdana Menteri sudah cakap tak nak pecah pecahkan d...
Pentingnya Memilih Pasangan Berdasarkan Agama Dan Adab

Pentingnya Memilih Pasangan Berdasarkan Agama Dan Adab

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 171 hits
Dalam pencarian pasangan hidup kita sering meletakkan pelbagai kriteria seperti kekayaan ketampanan dan status Tak salah kalau seseorang berhasrat mencari calon suami yang berharta dan tampan sebab setiap orang berhak memilih yang terbaik u...
Mahkamah Arah Firdaus Padam Video Ajar Remaja Tukar Agama Rahsia

Mahkamah Arah Firdaus Padam Video Ajar Remaja Tukar Agama Rahsia

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 225 hits
Hidir Reduan Abdul RashidBeberapa ibu bapa memperoleh perintah sementara daripada mahkamah mengarahkan pendakwah Firdaus Wong memadam video TikTok yang didakwa mengandungi nasihat berhubung penukaran agama rahsia melibatkan kanak kanak bawa...
Jangan Percaya Dengan Geng Yang Bertaqiyyah

Jangan Percaya Dengan Geng Yang Bertaqiyyah

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 116 hits
ZusdinJANGAN PERCAYA DENGAN GENG YANG BERTAQIYYAHToksah percayalah dgn puak ni Kuat bertaqiyyah Haramkan Al Arqam timbul Rufaqa Haram Rufaqa timbul GISB dan GISBH Mcm tu lah perangai depa Bakar buku2 Al Arqam cabut lari kemudian kata TAK AM...
Mara Bergerak Swiring Teknologi Dan Keilmuan Agama

Mara Bergerak Swiring Teknologi Dan Keilmuan Agama

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 162 hits
MSOMARA bukan sahaja memperkasakan kependidikannya dalam bidang akademik sains matemeti IT dan bidang baru AI tetapi ikut melengkapkan ilmu agama dalam kalangan pelajarnya dengan hafalan dan tafsiran Quran Bak kata orang untuk melahirkan mu...
Banyak Dengar Ceramah Agama Keith Foo Nak Cuba Jadi Insan Lebih Baik Tambah Ilmu

Banyak Dengar Ceramah Agama Keith Foo Nak Cuba Jadi Insan Lebih Baik Tambah Ilmu

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 139 hits
Pastinya banyak mereka yang bukan beragama Islam akan cuba mendengar ceramah dan belajar untuk lebih memahami agama itu sendiri Keputusan untuk menukar agama ini bukanlah perkara mudah dan banyak perkara perlu dipertimbangkan Buat pelakon K...
Menteri Agama Arah Siapkan Laporan

Menteri Agama Arah Siapkan Laporan

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 140 hits
MSOJabatan Agama Islam Malaysia telah diarah oleh Menteri Hal Ehwal Agama Dr Mohd Na im Mokhtar menyediakan laporan berhubung pemujaan sehuah jemaah terhadap guru agama dalam kasidahnya yang tular dalam medsos kini Dr Mohd Na im telah menga...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada