Pendidikan Dulu Vs Sekarang
ZAMAN DAH BERUBAH: Pendidikan - Dulu vs Sekarang
Dulu :
Murid tunggu cikgu kat pagar. Cikgu masuk pagar, murid bagi salam, berebut nak angkat beg dan barang cikgu.
Sekarang :
Guru tunggu murid kat pagar. Murid sampai, guru senyum ucap tahniah. Kadang murid tak balas senyuman, muka ketat. Konon moody kena bangun awal pagi. Cikgu terkulat-kulat tengok murid berlagak depan mata, depan mak ayah dia.
Dulu :
Murid langgar peraturan, ponteng sekolah, cikgu denda. Cikgu kejar sampai berpeluh. Cikgu serbu rumah sewa dan tempat lepak pelajar ponteng.
Sekarang :
Murid langgar peraturan, rambut panjang, cikgu disuruh panggil barber gunting rambut anak dia. Cikgu tak kejar dah pelajar ponteng. Nanti mak ayah salahkan cikgu balik.
Dulu :
Mak ayah hantar anak ke sekolah bagi rotan hadiah kat cikgu. 'Cikgu didik lah dia. Denda dan rotan la jika dia degil. Asal anak saya tak cacat sahaja'.
Sekarang :
Mak ayah datang sekolah bawa anak siap mention, 'Kami ada peguam keluarga. Cikgu jangan sentuh anak kami. Sedikit kesan, saya report polis dan jumpa kat mahkamah'.
Dulu :
Tak siap kerja kena salin 1,000x 'Saya akan siapkan kerja karangan'. Buku habis, beli buku lain, sambung tulis. Lenguh tangan usah dikata. Bagi tahu mak ayah, mak ayah padan muka kan kita. Siap dapat hanger tambahan dari ayah.
Sekarang :
"Kenapa cikgu bagi kerja rumah banyak sangat kat anak saya? Anak saya sekolah agama lagi. Malam dia penat, tidur awal".
Dulu :
Pelajar cemerlang dirai. Buat majlis, panggil mak ayah. Bagi hadiah atas pentas. Semua murid lain saksikan kawan-kawan mereka yang berjaya.
Sekarang :
Pelajar cemerlang tak boleh rai. Kena jaga emosi pelajar gagal dan result rendah. Kena jaga hati mereka.
Zaman telah mengubah banyak benda dalam pendidikan kita. Ada sesetengah bagus, namun ada sesetengah tak bagus (pada aku).
Entah kenapa, aku lebih suka cara didikan zaman dulu... Keras. Tegas. Disiplin ketat. Penuh rasa hormat. Penuh adab ketimuran. Sesuai dengan budaya Melayu.
Zaman sekarang macam terlalu manjakan pelajar... Murid dah jadi tuan... ADAB BERGURU KE ADAB BERMURID...? Dunia dah terbalik...😇
Wallahualam...
www.zukidin.com {Estd 2012}
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zukidin.com/2024/08/pendidikan-dulu-vs-sekarang.html