Pendekatan Mujahid Selamatkan Nelayan Petani Sambil Bantu Yang Memerlukan


Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), nelayan dan petani adalah antara pihak yang sengsara apabila pemborong tidak dapat membeli hasil tangkapan dan tuaian mereka.

Hasilnya sebahagian dari mereka terpaksa membuang hasil tangkapan manakala sayur-sayuran yang ditanam terpaksa dibuang begitu saja.

Sebahagiannya pula terpaksa memberikan hasil usaha mereka selama ini secara percuma kepada orang ramai kerana ia berlebihan selepas rantaian pengedaran hasil mereka terputus akibat PKP.

Perkara ini turut dirasai oleh nelayan dan petani di Parit Buntar, Perak kawasan di mana ahli parlimen mereka adalah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, mantan Menteri Agama.

80% dari penduduk di kawasan beliau adalah tergolong dalam rakyat luar bandar yang kerja mereka adalah petani dan nelayan.

Menyedari hakikat inilah, Mujahid mengambil inisiatif dengan menyelamatkan mereka dan mempastikan hasil tangkapan dan tuaian petani sampai kepada golongan yang memerlukan.

“Apa yang saya buat adalah saya memborong hasil tangkapan mereka dan sayur-sayuran petani dengan harga biasa dan saya bahagikan kepada pihak yang memerlukan.

“Sememangnya golongan yang memerlukan ikan dan sayuran ini ramai di kawasan saya kerana ramai yang hilang pekerjaan selepas PKP ini,” kata Mujahid dalam wawancara khas dengan Jom Channel, sebuah stesen TV Internet.

Menurut Mujahid, semalam beliau memborong satu lori ikan dari nelayan di Parit Buntar dan diedarkan kepada orang ramai yang memerlukannya.

“Saya tidak hantar terus kepada mereka kecuali yang perlu sahaja. Di bawah saya ada dua Dun. Jadi saya hantar ke pejabat dua Dun ini serta Pusat Khidmat saya.

“Dari situ, wakil-wakil cawangan AMANAH di seluruh Parit Buntar ini akan datang ambil untuk diedarkan kepada orang ramai yang memerlukan di kampung mereka,” kata Mujahid.

Antara pihak yang disantuni secara langsung oleh Mujahid adalah petugas barisan depan termasuk polis, askar dan jururawat.

Mujahid sedar, ketika tugas sebagai ahli parlimen perlu dijalankan, arahan kerajaan melalui PKP juga perlu dipatuhi.

Sebab itu, pihak yang memerlukan barangan itu tidak datang terus kepada beliau tetapi mendapatkannya dari pusat-pusat khidmat beliau melalui wakil-wakil setiap kampung.

Kesemua petugas sukarela beliau juga mematuhi arahan PKP termasuk mengekalkan jarak (sosial distancing) dan memakai topeng mulut dan sentiasa membersihkan tangan mereka.

RANGKAIAN PERKHIDMATAN

Sebagai ahli parlimen yang sudah tiga penggal menjadi wakil rakyat di situ, Mujahid mempunyai rangkaian yang lengkap di segenap ceruk di kawasan itu.

Sebab itu, apabila kerajaan mengarahkan agar badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik tidak mengedarkan sendiri bantuan mereka kepada orang ramai ketika PKP ini, ia tidak dipersetujui oleh Mujahid.

“Saya yakin kerajaan tidak perlu berbuat demikian. Kerajaan sepatutnya bekerja sama dengan NGO bukan menghalang mereka.

“Misalnya saya. Sebagai ahli parlimen, saya anggap saya juga orang barisan depan atau frontliners. Saya juga mempunyai rangkaian perhubungan secara langsung dengan orang ramai yang saya yakin kerajaan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak dapat akses kepada semuanya,” kata Mujahid.

Semalam Mujahid memesan satu lori ikan daripada nelayan di Parit Buntar. Hari ini, Majahid bercadang untuk memesan satu lori sayur pula untuk diedarkan kepada orang ramai.

“Dengan cara ini, saya dapat membantu kedua-dua pihak. Nelayan dan petani yang perlu menjual hasil tangkapan dan tuaian mereka dan orang ramai yang memerlukan ikan dan sayur untuk terus hidup di musim serangan wabak Covid-19 ini,” kata Mujahid.

https://malaysiadateline.com/pendekatan-mujahid-selamatkan-nelayan-petani-sambil-bantu-yang-memerlukan/#more

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/04/pendekatan-mujahid-selamatkan-nelayan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sean Selvaraj Berhajat Bantu Keluarga Yang Memerlukan

Sean Selvaraj Berhajat Bantu Keluarga Yang Memerlukan

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 398 hits
Kesusahan orang ramai susulan serangan wabak COVID 19 yang kini sedang melanda seluruh dunia tidak terkecuali di Malaysia membuatkan pemain sayap kiri Selangor Sean Selvaraj terpanggil untuk berkongsikan rezeki yang dinikmatinya pada ketika...
Bantuan Rm100 000 Rm200 000 Melalui Pnk Dapat Bantu Nelayan Terjejas

Bantuan Rm100 000 Rm200 000 Melalui Pnk Dapat Bantu Nelayan Terjejas

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 250 hits
Dana khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat antara RM100 000 hingga RM200 000 untuk setiap Persatuan Nelayan Kawasan dapat membantu nelayan yang terjejas ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan wabak Covid 19 Pengeru...
Kena Fikir Siapa Lebih Memerlukan Netizen Kecam Tomok Harap Kerajaan Bantu Anak Seni

Kena Fikir Siapa Lebih Memerlukan Netizen Kecam Tomok Harap Kerajaan Bantu Anak Seni

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 265 hits
Pelaksanaan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April ini turut menjejaskan pendapatan anak seni Ramai yang 8220 mengeluh 8221 mereka 8216 struggle 8217 untuk menampung kos hidup bulanan Mewakili anak seni Tomok menerusi aka
Intan Najuwa Hulur Bantuan Rm10 000 Buka Tabung Bantu Golongan Yang Memerlukan

Intan Najuwa Hulur Bantuan Rm10 000 Buka Tabung Bantu Golongan Yang Memerlukan

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 499 hits
Pelakon terkenal Intan Najuwa dikatakan telah membuka tabung bantuan untuk bantu golongan yang berada dalam kesusahan sebanyak RM10 000 semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Intan mengatakan yang dia mampu beri sebanyak itu sahaja...
Berani Pelakon Lee Yikyung Didedahkan Bantu Selamatkan Individu Cuba Bunuh Diri Di Tengah Jalan Raya

Berani Pelakon Lee Yikyung Didedahkan Bantu Selamatkan Individu Cuba Bunuh Diri Di Tengah Jalan Raya

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 295 hits
Dalam keadaan kecemasan pertolongan daripada orang ramai pastinya sangat diperlukan Sama juga dengan apa yang berlaku kepada seorang individu yang dalam percubaan bunuh diri Jambatan Hannam Korea Laporan mengatakan bahawa seorang lelaki mab...
Cara Menggunakan Masker Yang Benar Menurut Who Bantu Cegah Penyebaran Virus Corona

Cara Menggunakan Masker Yang Benar Menurut Who Bantu Cegah Penyebaran Virus Corona

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 227 hits
Dalam rangka pencegahan virus corona WHO dan Kementerian Kesehatan RI juga telah memberikan sejumlah saran terkait pemakaian masker yang tepat sebagai berikut yang telah dilansir dari berbagai sumber
Sarawak Belanja Rm1 5 Bilion Terengganu Bila Pula Mahu Bantu Rakyat

Sarawak Belanja Rm1 5 Bilion Terengganu Bila Pula Mahu Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 254 hits
Inilah waktunya kewajipan yang begitu mendesak perlu di laksanakan untuk rakyat termiskin di negeri Terengganu yang di gelar Kuwait Malaysia olih Kerajaan yang menggelar dirinya Kerajaan Islam Melayu katanyKerajaan negeri Terengganu diminta...
Pemkot Depok Bantu Logistik Bagi Odp Dan Pdp

Pemkot Depok Bantu Logistik Bagi Odp Dan Pdp

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 148 hits
Sementara itu Gugus Tugas Percepatan Penanganan COVID 19 Kota Depok menyampaikan data bahwa satu orang warga Depok meninggal akibat positif virus corona
Covid 19 50 Orang Terkaya Di Malaysia Ini Diseru Bantu Frontliner Dan Rakyat Malaysia

Covid 19 50 Orang Terkaya Di Malaysia Ini Diseru Bantu Frontliner Dan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 721 hits
Kami ingin mencadangkan agar penama penama dibawah ini dapat membantu kerajaan dalam isu covid 19 ini dengan menderma terutama kepada golongan golongan miskin yang terkesan dek kerana virus ini serta hospital hospital yang amat memerlukan k...
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tuition Teacher Found Dead In Pool Of Blood With Slash Wounds To Neck

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko