Pendekatan Mujahid Berkaitan Islam Sangat Liberal


Oleh Athirah Huda Zalhe
21/01/2020
Mana menteri agama ketika Permaisuri dihina perkasa tulisan jawi?

BANGI, 25 Jamadilawal 1441H, Selasa – Kecenderungan Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf membela agama lain berbanding Islam, menimbulkan kekesalan dalam kalangan umat yang menyifatkan beliau gagal berperanan sebagai menteri agama di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Turut senada dalam perkara itu, Ketua Media Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Haji Rashidi Haris yang dari awal lagi beliau melihat pendekatan yang diambil Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkenaan, dalam perkara berkaitan agama Islam sangat liberal.

Beliau berkata, ia bermula dengan penafsiran ‘rahmatan lil alamin’ yang disifatkan jauh melencong daripada tafsiran ulama muktabar, bahkan selari dengan fahaman liberalisme.

“Ini terbukti apabila beliau cenderung membela golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) yang bercanggah dengan syarak, dengan dilihat seperti berselindung di sebalik pendekatan menjaga hak mereka.

“Persoalannya, apakah hak yang istimewa yang lain dari hak seorang lelaki dan hak seorang perempuan sehingga harus diberi keistimewaan?,” soalnya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Baru-baru ini, Mujahid kembali mencetuskan kontroversi setelah mempertahankan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang didakwa tidak rasis, selepas pertemuannya dengan kumpulan pendesak itu Rabu lalu.

Kenyataan Mujahid dikritik pelbagai pihak, kerana jelas bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang menyifatkan Dong Zong sebagai sebuah pertubuhan rasis.

Kenyataan kontroversi seumpama itu bukanlah pertama kali dibuat oleh menteri menjaga portfolio agama berkenaan, sebaliknya sebelum ini pernah beberapa kali mengeluarkan pendirian yang ‘janggal’ bagi umat Islam.

Ia termasuklah kenyataan yang membenarkan golongan transgender menggunakan tandas wanita, isu membabitkan etnik muslim Uyghur di Xinjiang, hujahnya yang menentang kempen Beli Produk Muslim (BMF) dan gesaan tindakan tegas ke atas pekeliling mengharamkan Pesta Ponggal dirai di sekolah.

Mengulas lanjut, Rashidi berkata, kebelakangan ini juga, Mujahid dilihat sangat cenderung membela agama lain, apabila berlaku isu berbangkit membabitkan pertembungan antara kepentingan Islam dengan agama lain.

“Baik dari isu tanglung, tulisan jawi, isu Tabung Haji dan terbaru Pesat Ponggal, semuanya terang-terangan beliau lebih membela agama lain dari menjaga Islam, yang sememangnya termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Dan paling mendukacitakan apabila beliau langsung tidak mempertahankan kedudukan Raja Permaisuri Agong apabila baginda dihina oleh individu biadab memperlekeh perjuangan memperkasakan tulisan jawi. Di mana kewibawaan dan amanah yang beliau angkat sumpah sebagai menteri agama?,” soalnya lagi.

Demi kepentingan agama Islam di negara ini, beliau menggesa Mujahid supaya segera meletakkan jawatan secara hormat kerana gagal melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atasnya sebaik mungkin.

“Dan ianya adalah perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan asbab mengapa kementerian itu ditubuhkan,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/01/pendekatan-mujahid-berkaitan-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mujahid Disaran Berundur Didakwa Cenderung Bela Agama Lain Berbanding Islam

Mujahid Disaran Berundur Didakwa Cenderung Bela Agama Lain Berbanding Islam

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 288 hits
BANGI Lebih baik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusuf Rawa berundur dan menyerahkan jawatan berkenaan kepada individu yang lebih layak untuk melindungi agama Islam Ketua Perhubungan Negeri Ikatan Muslimin Malaysia Mel...
G25 Decision Of A Muslim To Leave Islam Between Self And God

G25 Decision Of A Muslim To Leave Islam Between Self And God

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 284 hits
Pro moderation group G25 has criticised the country s laws which penalises Muslims based on religious wrongdoings as matters should be left between the individual and God According to a report Administration of Matters Pertaining to Islam i...
G25 Jika Mahu Tinggalkan Islam Itu Antara Dia Dan Tuhan

G25 Jika Mahu Tinggalkan Islam Itu Antara Dia Dan Tuhan

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 263 hits
Diterbitkan Hari ini 12 50 tengahariBERITAKumpulan bekas penjawat awam kanan G25 membidas undang undang yang menghukum seseorang berlandaskan kesalahan agama yang dilakukan Demikian menurut kertas laporan yang dibentangkan oleh Pengerusi Ja...
Hukum Mualaf Menukar Nama Setelah Memeluk Islam

Hukum Mualaf Menukar Nama Setelah Memeluk Islam

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 661 hits
SOALAN Perlukah mereka yang bukan beragama Islam menukar nama mereka atau nama bapa setelah memeluk Islam JAWAPAN Syariat Islam menekankan soal penggunaan nama yang bermaksud baik Nama menjadi bentuk pengisytiharan identiti sebagai seorang ...
Saya Bangga Dengan Republik Islam Iran

Saya Bangga Dengan Republik Islam Iran

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 327 hits
Kholid Al WalidRepublik Islam Iran telah menunjukkan bukti keberanian ketangguhan kecerdasan keyakinan dan keteguhannya Mata dan telinga dunia saat ini tertuju ke Iran setelah Amerika dg pengecut merudal Jenderal Qasem Sulaimani yang justru...
Kenapa Agama Islam Pertama Kali Turun Di Jazirah Arab Ini Penjelasannya

Kenapa Agama Islam Pertama Kali Turun Di Jazirah Arab Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 263 hits
Pertama tama perlu digaris tebal hikmah yang dijabarkan disini hanya prediksi ilmiah belaka dalam rangka menghilangkan dahaga keingintahuan Sifatnya tidak mengikat dan relatif Karena Allah jalla wa ala Maha Mampu untuk mewahyukan Islam di m...
G25 Trying To Destroy Islam Says Pas Leader After Views On Apostasy

G25 Trying To Destroy Islam Says Pas Leader After Views On Apostasy

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 292 hits
A PAS leader has hit out at the G25 group of former senior civil servants for speaking out against apostasy laws accusing them of trying to destroy the faith despite members professing to be Muslims The Islamist party s Syura Council member...
Arti Warna Hijau Dalam Islam

Arti Warna Hijau Dalam Islam

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 1912 hits
informasitips com Dalam Islam warna hijau mendapatkan tempat tersendiri bila dibandingkan dengan warna warna yang lain Dalam penggunaannya di masa sekarang Kita bisa melihat bahwa warna hijau menjadi warna utama bendera negara Islam Saudi A...
Ais Krim Paling Mahal Aku Pernah Beli

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

The Impact Of Domain Name

Emotionally Drained

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Huawei S Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cara Buat Duit Dengan Canva

Diet Kurus Yang Betul

Ideal Gifts For Chinese New Year

Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

Pegawai Azalina Lapor Polis Terhadap Kj

Los Angeles Kini Sudah Seperti Gaza