G25 Jika Mahu Tinggalkan Islam Itu Antara Dia Dan Tuhan


Ramieza WahidDiterbitkan Hari ini 12:50 tengahari
BERITA

Kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 membidas undang-undang yang menghukum seseorang berlandaskan kesalahan agama yang dilakukan.

Demikian menurut kertas laporan yang dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa, Asiah Abu Samah yang juga merupakan wakil G25 bertajuk “Administration of Matters Pertaining to Islam”

Jelas G25 dalam laporan tersebut, tindakan undang-undang terhadap individu tidak bersolat jumaat misalnya adalah tidak wajar dan mengatakan perkara dilakukan seorang Islam terhadap agamanya adalah antara individu itu dengan Tuhan.

Laporan itu juga mengatakan undang-undang berkenaan tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama.

“Perkara 11(1) memberi jaminan kepada semua orang di Malaysia, bukan hanya warganegara atau bukan Islam, 3 hak yang berbeza, iaitu, hak menganut, mengamalkan dan menyebarkan agamanya.

“Tidak ada asas yang dibenarkan perlembagaan untuk melarang penganutan agama seseorang,” katanya.

Selain itu, G25 berpendapat tiada orang boleh dipaksa mempercayai Tuhan dan tiada mana-mana orang boleh dipaksa kekal dalam Islam.

Bagaimanapun, kumpulan itu berkata meninggalkan Islam adalah sesuatu yang dikesali.

“Bagaimanapun sekiranya dia tetap mahu meninggalkan Islam, maka itu antaranya dengan Tuhan. Tidak ada hukuman duniawi yang diperuntukkan dalam al-Quran,” katanya lagi.
G25 juga memaklumkan Malaysia pernah ada undang-undang yang mengesahkan seorang itu sudah murtad.

“Undang-undang itu sudah dimansuh dan digantikan dengan peruntukan undang-undang yang tidak jelas di “kebanyakan negeri” yang membolehkan Mahkamah Tinggi Syariah mengisytiharkan seseorang itu bukan lagi seorang Islam,” katanya.

Turut hadir pada perbincangan laporan ini adalah, Pesuruhjaya Suhakam Madeline Berma, Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan Noor Azimah Rahim, pemikir terkemuka Chandra Muzaffar dan Pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF)Dr Ahmad Farouk Musa.

'Penubuhan MKI, Jakim tak ikut perlembagaan'

Sementara itu, G25 mendakwa penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mengikut perlembagaan.

Kumpulan itu berkata, tiada peruntukan dalam perlembagaan untuk penubuhan organisasi berkenaan.

“Perkara-perkara berkaitan agama orang Islam dan adat Melayu adalah bidang kuasa eksklusif badan perundangan negeri dan majlis eksekutif negeri,” kata laporan itu.

"G25 juga maklum bahawa kuasa Majlis Raja-raja, yang dihadkan kepada perkara-perkara yang ditetapkan dalam Perkara 38 Perlembagaan, tidak termasuk menubuhkan sebuah agensi persekutuan seperti MKI atau Jakim.

“Bagaimanapun, kami menghargai tujuan menubuhkan MKI adalah untuk mempunyai suatu agensi persekutuan untuk menyelaras dan mengalakkan penyeragaman dalam pentadbiran undang-undang Islam dalam kalangan negeri.

“Perlembagaan perlu dipinda jika ada keperluan untuk suatu agensi seperti itu”, jelas laporan berkenaan.

Selain itu, G25 juga menjelaskan Jakim, di samping berkhidmat sebagai sekretariat MKI, juga diamanahkan dengan fungsi-fungsi seperti kemajuan Islam dan kegiatan dakwah.

“Isi fungsi-fungsi itu, boleh dikatakan, melebihi kuasa eksekutif persekutuan (yang boleh dijalankan Kabinet), memandangkan kuasa eksekutif persekutuan tidak termasuk agama orang Islam kecuali di Wilayah Persekutuan sahaja.

“Kabinet mengamanahkan fungsi-fungsi khusus itu kepada Jakim dan oleh itu tidak konsisten dengan perlembagaan,” katanya.

MKI ditubuhkan sebagai pihak berkuasa tertinggi kebangsaan untuk menjadi platform tertinggi sebagai badan penyelaras pentadbiran agama Islam seluruh Negara. Jakim merupakan sekretariat kepada MKI.

Untuk rekod, G25 adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyuarakan perspektif wasatiyyah dalam hal keagamaan, memperkukuh institusi perundangan serta mempertingkatkan mutu pentadbiran dan pemerintahan negara.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/01/g25-jika-mahu-tinggalkan-islam-itu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
G25 Trying To Destroy Islam Says Pas Leader After Views On Apostasy

G25 Trying To Destroy Islam Says Pas Leader After Views On Apostasy

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 343 hits
A PAS leader has hit out at the G25 group of former senior civil servants for speaking out against apostasy laws accusing them of trying to destroy the faith despite members professing to be Muslims The Islamist party s Syura Council member...
Keluar Agama Adalah Antara Individu Dengan Tuhan Dr Ahmad Sanusi

Keluar Agama Adalah Antara Individu Dengan Tuhan Dr Ahmad Sanusi

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 241 hits
Kekeliruan Liberal mengenai hukum murtadKUMPULAN bekas penjawat awam kanan G25 mengkritik undang undang murtad dengan mengatakan bahawa keputusan seorang Muslim untuk keluar agamanya adalah perkara antara individu itu dengan Tuhan Menurut l...
G25 Decision Of A Muslim To Leave Islam Between Self And God

G25 Decision Of A Muslim To Leave Islam Between Self And God

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 324 hits
Pro moderation group G25 has criticised the country s laws which penalises Muslims based on religious wrongdoings as matters should be left between the individual and God According to a report Administration of Matters Pertaining to Islam i...
Secebis Nota Setiap Kali Perasaan Itu Goyah

Secebis Nota Setiap Kali Perasaan Itu Goyah

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 495 hits
Maka dengan setiap kali itulah Nota ini yang akan aku cari dan baca berulang kali Terima kasih pada Dia yang mengedarkan Nota ini kepada anak2x didiknya Notanya berbunyi KENAPA AKU DIUJI Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sa...
Apa Itu Larian Maya Virtual Run Dan Cara Menyertainya

Apa Itu Larian Maya Virtual Run Dan Cara Menyertainya

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 938 hits
Apa itu Larian Maya Virtual Run Assalamualaikum dan Hai Kembali bersiaran setelah lama tak menaip di blog terchenta Entri pertama untuk tahun 2020 Kali ni Cik Renex nak berkongsi satu info kepada anda semua iaitu berkaitan Larian Maya atau ...
Usik Kepentingan Dan Keuntungan Kroni Mahathir Padahlah Jawabnya Itu Yang Maszlee Malik Terima

Usik Kepentingan Dan Keuntungan Kroni Mahathir Padahlah Jawabnya Itu Yang Maszlee Malik Terima

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 421 hits
Sekarang ini tular di media sosial tentang petisyen yang meminta agar Maszlee Malik dikekalkan atau Mahathir kembali menyerahkan jawatan Menteri Pendidikan kepada Maszlee Malik yang melepaskan jawatan atas nasihat Perdana Menteri petang sem...
Apa Itu Senaman Tabata

Apa Itu Senaman Tabata

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 1801 hits
APA ITU SENAMAN TABATAAssalamualaikum dan salam sejahtera APA ITU SENAMAN TABATA Korang pernah dengar senaman TABATA Mesti ada yang pernah dengar sekali imbas saja tapi tidak kisah dengan maksudnyakan Atau ada yang pernah tahu dan amalkan s...
Gara Gara Penat Urus Anak Lumpuh Amp Sakit Jiwa Ibu Bunuh Anak Perempuannya Itu

Gara Gara Penat Urus Anak Lumpuh Amp Sakit Jiwa Ibu Bunuh Anak Perempuannya Itu

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 418 hits
Anak mengalami gangguan jiwa apa yang harus anda buat Adakah anda membiarkan dia berseorangan atau sentiasa memberikan kata kata semangat untuk dirinya pulih Sememangnya kebanyakan ibu bapa tidak tergamak untuk menyakiti anaknya sendiri apa...
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Coffee Trains Good Vibes At Myrail Coffee Sendayan

Penceramah Agama Ditahan Disyaki Memberi Ceramah Tanpa Tauliah

Era Baharu Perbelanjaan Bijak Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga Dengan Kualiti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cafe Hipster Dalam Hutan Di Kuala Lumpur

Isteri Punca Suami Jadi Silent Treatment

Suka Yang Mana

Flight To Precision The Subtle Power Of K Flex In Competitive Darts

Guna Tong Gas Bersubsidi Tapi Anda Peniaga Ini Risikonya Yang Ramai Tak Sedar

Sajat Saya Akan Berpenampilan Lelaki