Pendedahan Siapakah Sebenarnya Ustaz Ebit Lew
Siapa yang tertanya-tanya Ustaz Ebit tu kenapa dia kaya siap bawak Vellfire tu ni yang KakLis nak share apa yang KakLis tau
Ustaz Ebit buat dakwah ni bukan benda baru. Dah bertahun-tahun dulu. Dia buat benda yang orang tak sanggup buat. Berpenat lelah, menahan muka mengadap orang. Kena hina, maki, cemuh, kena halau
Dakwah gelandangan, masuk lorong, dakwah kat kelab, dakwah maknyah, budak punk, orang kat penjara, budak-budak rosak akhlak, dakwah suami isteri yang nak bercerai, dakwah orang masuk islam berapa ramai
Banyakk. Sangat banyak kerja dakwah dia. Dia bukan setakat ceramah kat masjid dan tv tapi dia turun padang sekali
Tentang kekayaan Ustaz Ebit
Benda pertama orang nampak dia kaya sebab dia bawa Vellfire kan? Bukan sebab dia tayang beli handbag ribu, melancong sana sini kat luar negara
Masa PKP ni baru orang nampak betapa banyaknya duit dia sebab dia buat sumbangan bertan-tan lori pada orang tak kira kaum dan agama
Sumbangan tu datang dari NGO ustaz iaitu Pertubuhan Kasih Umat Malaysia. Kita juga tak tahu banyak mana duit sendiri yang Ustaz Ebit guna
Ustaz Ebit selalu ulang. Mungkin sekali ini je peluang dia ada untuk dia buat baik tolong orang sebanyak-banyaknya. Ustaz Ebit nampak Covid19 adalah ladang dia untuk buat pahala
Macam mana dia kaya
Ustaz Ebit ni dia berniaga. Dia ada:
1. Restoran Paramount Coffe House - 3 biji restoran
2. Butik baju Elew Design - 1 kedai
3. Menulis 9 buah buku. Banyak buku Ustaz ni Bestseller dah bertahun-tahun kat kedai buku. Boleh bayang duit masuk non stop
4. Dia ada syarikat motivasi Transform Jiwa sendiri. Program yang paling terkenal ialah Keluarga Sunnah. Beribu-ribu dah orang join. Program ni dah selamatkan banyak keluarga
Suami isteri yang nak bercerai tak jadi bercerai. Keluarga kacau bilau dapat balik hidayah dekat semula pada Allah asbab Ustaz Ebit. Ada ramai yang masuk islam
Siapa yang kata program takat bagi orang nangis tu meh sini nak tanya, kau boleh buat orang nangis ingat kat Allah ke? Kau boleh bantu orang berubah taubat ke? Kau dah islamkan berapa ramai orang? Kau dah selamatkan berapa banyak keluarga
Ada
Program motivasi lain pun banyak. Prokids, program-program dakwah dan motivasi ke agensi-agensi kerajaan dan swasta. Program masuk tv lagi
5. (Tambahan lupa nak tulis) Video dakwah di You Tube. Ini juga jadi sumber pendapatan pasif untuk Ustaz. Ini juga antara sebab Ustaz selalu ambil video dan gambar. Bahan yang sama digunakan untuk sebarkan dakwah
Fikir logik. Kalau dah macam ni memangla Ustaz Ebit kaya. Setakat bawak Vellfire memang dia sangatlah mampu nak banding dengan berapa pendapatan Ustaz
KakLis pun bisnes. KakLis tau orang bisnes kat rumah pun ada yang mampu beli Vellfire inikan kalau macam Ustaz ni bisnes macam-macam. Lagilah terlebih mampu
Jika ada yang tak puas hati dengan Ustaz, sebaiknya tanyalah Ustaz sendiri. Daripada tulis status nampaklah tak elok bila ditulis orang yang berpendidikan agama. Sedih
KakLis ni bukan orang baik. Ustaz Ebit buka mata yang orang islam mesti kaya untuk boleh bantu orang. Orang kaya ada kemampuan besar untuk bantu lebih ramai orang. Sedekah yang ditunjukkan boleh galakkan orang lain turut nak bersedekah
Lepas banyak tengok Ustaz Ebit buat sedekah, buat baik dan bantu orang tak kira bangsa dan agama baru terbuka hati, terbuka mata nak ikut buat benda yang sama ikut kemampuan
Kawan,
Kalau kita tak mampu sedekah banyak macam Ustaz cukuplah sekadar sedekah ikut kemampuan, jaga mulut, jaga tangan dan jaga hati dari buat dosa
Ustaz Ebit selalu bawa mesej untuk ikut akhlak Nabi SAW. Benda ni susah nak dibuat. Kita banyak dengar ceramah tapi kita tak nampak banyak cara nak buat
Ustaz Ebit dia tunjuk dengan perbuatan. Cakap pun lembut je takde bahasa kasar. Muka pun bersih je. Dengan mak ayah, isteri dan anak-anak penuh dengan kasih sayang
Harap posting KakLis ni dapat menjawab persoalan orang-orang yang banyak tertanya-tanya tentang kekayaan Ustaz
Dari Fb : Nazib HashimOleh : Lisa Sara
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://anak-ketam.blogspot.com/2020/11/pendedahan-siapakah-sebenarnya-ustaz.html