Pendawaian Sesalur Logam Satu Fasa


Dalam sistem pendawaian sesalur logam, kabel dimuatkan ke dalam sesalur logam tersebut. Dalam sistem palang bas sesalur logam memanjat, sesalur logam diisikan dengan palang bas. Biasanya, sistem pendawaian sesalur logam ini tidak boleh bersendirian tetapi perlu dibantu oleh sistem – sistem pendawaian yang lain bersama – samanya untuk membekalkan arus ke beban yang diperlukan, kecuali jika sistem ini dipasang di tempat yang sesuai dengan kedudukan beban.

Sistem pendawaian sesalur logam boleh digunakan pada sebarang kedudukan yang sesuai seperti sesalur logam atas, menegak, mengufuk dan sebagainya. Terdapat juga sesalur logam yang dibuat khas untuk pemasangan di bucu dinding dan sesalur logam yang demikian dinamakan sesalur logam bucu dinding. Sistem sesalur logam ini dapat menampung kabel yang banyak di sesuatu pemasangan yang besar. Di samping itu sistem ini juga dapat memberikan perlindungan mekanikal yang baik    Sistem Pendawaian Sesalur Logam

Sistem pendawaian ini biasa digunakan apabila saiz kabel yang hendak dibawanya melebihi 10 mm² dan bilangannya banyak.

Oleh sebab sukar membengkokkannya, perancangan yang teliti perlu dibuat agar perjalanan pemasangan sesalur logam itu berada pada jalan yang selurus–lurusnya. Beberapa alat tambah pemasangan sesalur hendaklah disediakan bagi memudahkan kerja–kerja pemasangan, antaranya termasuklah offset, selekoh bengkokkan sudut tepat, cabang tee dan sebagainya. Dengan adanya alat tambah ini kerja pemasangan akan menjadi lebih mudah.
Pada masa ini sistem sesalur logam atas amat popular digunakan di bangunan bengkel, makmal atau kilang kerana mudah membuat pindaan pendawaian ke peralatan dan kelengkapan. Jarak penyokong kabel sesalur logam hendaklah mematuhi Jadual di bawah.
   Ruang di antara penyokong untuk sesalur logam kabel
Saiz biasa sesalur logam ini ialah di antara 38 X 38 mm hingga ke 300 X 150 mm. Panjangnya pula ialah di antara 2 meter hingga 4 meter.
  Ciri-ciri Pemilihan Sistem Pendawaian Sesalur logam Bekalan voltan satu fasa dan tiga fasa Bangunan besar dan bertingkat Memerlukan pemasangan kabel yang banyak Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih Memerlukan keselamatan ke atas kabel Kaedah Pemasangan Sesalur logam   Sesalur logam dibahagikan kepada bahagian kotak saluran dan penutup. Sistem pemasangan dibuat dengan memasang terlebih dahulu bahagian kotak penyaluran di permukaan dinding atau gantungan mengikut penghalaan pendawaian. Setelah kotak penyaluran siap dipasang, barulah kerja – kerja meletakkan kabel ke dalamnya dilakukan. Apabila kabel telah siap diletakkan dan segala ikatan serta tamatan punca dilakukan, kemudiannya barulah penutup dipasangkan. Semua jenis kabel boleh digunakan untuk pemasangan ini. Peraturan elektrik telah menetapkan faktor ruang sebanyak 45 %. Memilih saiz nominal sesalur logam supaya tidak melebihi had pemasangan boleh dirujuk kepada jadual faktor sesalur logam dan faktor kabel. Apabila penyaluran pada ruang sisi, kabel – kabel hendaklah diikat bagi mengelakkan daripada terkeluar ketika penutup sesalur dibuka. Pemasangan sesalur secara menegak, ikatan hendaklah dibuat pada setiap penyangga kabel bagi mengelakkan berat kabel memusat pada satu tempat sahaja. Dengan sistem penyaluran, kabel – kabel disusun dengan kemas

Faktor Kabel bagi Sesalur Logam
 Faktor untuk Sesalur Logam   Kebaikan Sistem Pemasangan Sesalur logam. Dapat menampung kabel yang banyak dan besar. Tambahan, perubahan dan pertukaran litar mudah dilakukan. Kerja pemasangannya cepat. Perlindungan mekanikalnya baik. Tidak mudah dirosakkan oleh perubahan cuaca dan suhu. Pemeriksaan sesuatu litar mudah dilakukan iaitu dengan membuka penutupnya. Keburukan Sistem Pemasangan Sesalur logam. Memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk membelinya. Ramai pekerja mahir diperlukan. Mudah dimasuki habuk dan kotoran. Sukar dibawa dan dipasang. Kelihatan tidak kemas. Memerlukan rancangan laluan dengan teliti. Untuk perjalanan pendawaian yang searah sahaja iaitu tidak berliku – liku. Sistem sesalur logam ini biasanya digunakan pada pemasangan dalam bangunan – bangunan yang besar seperti kilang, sekolah, bengkel, pejabat dan tempat yang melibatkan banyak kabel litar akhir dan banyak kerosakkan mekanikal.
Sistem pendawaian sesalur logam ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu : Sistem palang bas sesalur logam atas Sistem palang bas sesalur logam memanjat Sistem sesalur logam bucu dinding Peraturan elektrik / peraturan IEE dalam sistem pendawaian sesalur logam. Logam salur atau bahan penebat dan sesalur logam hendaklah dipasang dengan kemas dan jika terdapat kemungkinan kerosakan mekanikal , perlindungan secukupnya perlu dibuat Pembinaan sesalur logam hendaklah daripada logam atau bahan yang tidak boleh terbakar yang mengandungi unsur-unsur penebat. Kabel A.U yang diletakkan ke dalam sesalur logam keluli atau sesalur logam hendaklah dikumpulkan mengikut fasa bersama-sama dawai neutral jika ada, di dalam satu sesalur logam atau sesalur logam yang sama. Dari pangkal hingga ke hujung sesalur logam hendaklah bebas daripada menyerapi air atau mestilah dilindungi daripada kemasukan air. Semua penutup hendaklah dikemaskan selepas pendawaian dibuat . Semua punca kabel yang dikeluarkan daripada sistem sesalur logam, setiap sambungan dalam sistem ini dan setiap sambungan antara sistem dengan salur konduit, hendaklah dibuat dengan kemas dan kuat supaya kabel tidak tercalar semasa ia ditarik nanti . Setiap sudut pada logam sesalur tertutup atau bahan penebat hendaklah mempunyai jejari dalam mengikut peraturan hendaklah tidak kurang daripada 2.5 x paksi kecil bagi trungking segiempat . Setiap selekoh dalam saluran konkrit ( sama ada dibuat dengan menggunakan saluran atau di tempat yang asal selepas konkrit dibuat) hendaklah mempunyai jejari dalam yang ukurannya tidak kurang daripada 4 x diameter salur yang telah siap . Salur hendaklah di letakkan di dalam konkrit dalam keadaan baik sebelum ditutup dengan bahan konkrit di tempat penarikan kabel. Ketebalan jejari di sekeliling salur yang sudah siap hendaklah tidak melebihi 15 mm pada setiap punca. Pada salur, yang diperbuat daripada konkrit , kabel bertebatkan getah , beranyam atau kabel sebatian atau yang mempunyai salutan p.v.k. yang tidak boleh dimasukkan ke dalam salur ini .jika kabel p.v.k. berperisai digunakan untuk salur jenis ini, di tempat yang berkemungkinan berlakunya lembapan, kabel itu hendaklah mempunyai lapisan luar yang bertebatkan p.v.k. Jumlah kabel yang boleh dimasukkan dalam salur hendaklah mempunyai ruang kelegaan bagi memudahkan kabel ditarik dan menggelakkan kerosakkan kabel . faktor ruang bagi sesalur logam hendaklah tidak melebihi 35% . Ini hanya dipakai jika lebih bilangan kabelnya perlu dikurangkan Pengecualian untuk larian yang pendek dan lurus seperti kotak agihan, faktor ruang bolehlah ditingkatkan. Jumlah kabel yang boleh dimasukkan ke dalam sesalur logam hendaklah mempunyai faktor ruang yang tidak melebihi 45%  Faktor Ruang untuk Pendawaian Sesalur Logam

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://adamayu.blogspot.com/2014/12/pendawaian-sesalur-logam-satu-fasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadi Penadah Sabu Satu Napi Lapas Semarang Dijebloskan Ke Sel Tikus

Jadi Penadah Sabu Satu Napi Lapas Semarang Dijebloskan Ke Sel Tikus

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 164 hits
Narapidana Hendri Sanjaya dijatuhi hukuman berat dengan dijebloskan ke sel tikus oleh pengelola lapas Semarang Dia dipindahkan ke sel maximum security karena tepergok jadi penadah sabu dalam lapas
Cakap Bukan Main Tetapi Hanya Satu Calon Pas Lawan Dap Di Melaka

Cakap Bukan Main Tetapi Hanya Satu Calon Pas Lawan Dap Di Melaka

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 250 hits
MALAYSIA DATELINEPas disifatkan sebagai bercakap sahaja soal hendak melawan DAP tetapi hanya sanggup meletakkan seorang sahaja calon mereka untuk melawan DAP dalam pilihan raya negeri Melaka Aktivis politik Jamzuri Ardani dalam posting beli...
Angelina Jolie Kecam Negara Haramkan Eternals Anggap Tindakan Itu Satu Kejahilan

Angelina Jolie Kecam Negara Haramkan Eternals Anggap Tindakan Itu Satu Kejahilan

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 391 hits
Angelina Jolie yang melakonkan watak Thena dalam filem Eternals telah menyuarakan suaranya tentang tindakan sesetengah negara mengharamkan Eternals Dia menggunakan perkataan ignorant ataupun jahil bagi menggambarakan tindakan negara negara ...
Sempat Baper Saat Dikira Petugas Kebersihan Marissa Nasution Justru Menyadari Satu Hal Berharga

Sempat Baper Saat Dikira Petugas Kebersihan Marissa Nasution Justru Menyadari Satu Hal Berharga

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 220 hits
Ungkap sudut pandang lain yang sangat bijak pemikiran Marissa pun dibanjiri pujian warganet
Bantu Sesama Hadapi Pandemi Salah Satu Cara Bangkit Bersama Dari Kondisi Sulit Ini

Bantu Sesama Hadapi Pandemi Salah Satu Cara Bangkit Bersama Dari Kondisi Sulit Ini

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 309 hits
Meski saat ini kita masih berada di tengah pandemi harapan untuk bangkit dari kondisi tersebut akan selalu ada asalkan semangat persatuan dan saling bantu sesama terus terjaga
Cef Meraih 17 Pingat Dan Satu Piala Pada Usia Muda

Cef Meraih 17 Pingat Dan Satu Piala Pada Usia Muda

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 144 hits
Pada usia yang muda remaja ini telah berjaya merangkul 17 pingat dan piala Outstanding Hot Cooking Chef di Kejohanan Cef Sedunia 2019 Danish Adham Nuqman merupakan pelajar seni kulinari di Kolej Vokasional Langkawi pastinya menjadi kebangga...
Di Forum Dunia Rk Banggakan Satu Satunya Gubernur Pakai Mobil Dinas Listrik

Di Forum Dunia Rk Banggakan Satu Satunya Gubernur Pakai Mobil Dinas Listrik

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 203 hits
Gubernur Jawa Barat Ridwan Kamil mengajak para investor agar turut andil dalam upaya pemanfaatan sampah plastik sebagai climate change action Hal ini ia ungkapkan dalam forum dialog internasional mengenai kolaborasi pemerintah dalam memeran...
Banjir Bandang Terjang Lokasi Wisata Gunung Pandan Aceh Tamiang Satu Orang Hilang

Banjir Bandang Terjang Lokasi Wisata Gunung Pandan Aceh Tamiang Satu Orang Hilang

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 255 hits
Saat itu dua pria dan dua wanita yang sedang mandi menyelamatkan diri dengan berdiri di atas batu besar di lokasi pemandian Namun kuatnya arus banjir menyeret keempatnya
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation