Pendapatan Bertani Moden Lebih Tinggi Dari Gaji Median Nasional


 
Rafizi Ramli





PENDAPATAN BERTANI MODEN LEBIH TINGGI DARI GAJI MEDIAN NASIONAL


Hari ini (28 Januari 2024), YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan melawat ke tapak IPR INTAN Tanjung Rambutan, yang kebetulannya berada di dalam Parlimen Tambun. Ini adalah kali pertama PMX melawat tapak IPR INTAN.


Sejak dilancarkan, program basmi kemiskinan melalui pendekatan IPR sering menjadi bahan sindiran segelintir masyarakat.


Ada yang berkata ia bukan baru. Ada yang perlekeh vending machine. Ada yang seolah-olah mahu melihatnya gagal.


Bagi setiap program kerajaan yang ambil pendekatan baru, memang risiko gagal atau terbengkalai itu ada. Apatah lagi yang melibatkan pembasmian kemiskinan dan aktiviti pertanian.


Saya cuba memahami kenapa beberapa projek pertanian yang melibatkan peserta berpendapatan rendah tidak berjaya seperti yang dirancang sebelum ini.


Ada beberapa punca utama.


Pertama, risiko operasi iaitu apabila tanaman diserang penyakit dan mutu tuaian tidak baik.


Kedua, risiko pasaran apabila harga tidak menentu.


Yang membawa kepada risiko ketiga, iaitu hasil yang dijana tidak dapat menampung kos buruh/masa, kos baja dan operasi.


Kesemua ini mendorong risiko terakhir, iaitu peserta cepat berputus asa. Akhirnya segala bantuan (modal, polybag untuk menanam, baja dan lain-lain) ditinggalkan selepas satu musim (atau belum pun satu musim).


Pendekatan IPR INTAN yang melihat satu tapak pertanian sebagai satu “kilang” cuba menyelesaikan semua risiko ini.


Peserta menjadi pekerja yang menguruskan plot yang telah dibangunkan dengan kaedah pertanian moden dan diberi latihan. Kalau mereka putus asa awal, akan ada peserta baru yang masuk untuk menyambung, seperti pekerja kilang baru mengganti yang telah berhenti.


Kontrak jualan telah diikat dengan pembeli pada harga tertentu, supaya peserta tidak perlu menjual sendiri hasil. Kos operasi telah dimasukkan di dalam keseluruhan perancangan kewangan, bukannya diberikan dalam bentuk modal dan baja kepada peserta. 


Peserta diberi jaminan menerima sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan setiap kali pusingan tanaman, dengan elaun RM600 sebulan dalam 2-3 bulan pertama sebelum boleh dituai.


Semua ini nampak cantik atas kertas. Buktinya hanya diketahui apabila satu pusingan tuaian berjaya.


Jadi saya pun berdebar sebelum ini, sama ada “formula” ini betul-betul boleh berjaya.


Selepas beberapa tapak IPR INTAN sudah mula dituai, saya suka berkongsi bahawa pendapatan bulanan purata yang dijana peserta jauh lebih tinggi dari sasaran minimum RM2,000 sebulan.


Saya kongsikan penyata pendapatan sampel tujuh orang peserta IPR INTAN di Putrajaya. Nama mereka telah dipadamkan.


Ini adalah pendapatan selepas tuaian pusingan pertama setakat Januari 2024 (mula tanam September 2023, mula tuai pertengahan Disember 2023):


Peserta 1 (44 tahun) - RM23,413
Peserta 2 (44 tahun) - RM21,917
Peserta 3 (21 tahun) - RM17,458
Peserta 4 (41 tahun) - RM18,266
Peserta 5 (23 tahun) - RM15,189
Peserta 6 (68 tahun) - RM11,990)
Peserta 7 (61 tahun) - RM18,266


Maknanya, julat tambahan pendapatan bulanan yang dijana bagi setiap kitaran 4 bulan ialah antara RM3,000 (paling rendah) ke RM5,800 (paling tinggi). 


Kerajaan tidak memberi modal tunai atau baja/perkakas seperti sebelum ini. Kerajaan sediakan tapak pertanian moden (dari tanah kerajaan) yang telah dilengkapi sistem pengairan dan pembajaan moden. Tugas peserta ialah membentuk unit kelompok yang dibimbing oleh pasukan teknikal pertanian moden.


Gaji median pekerja formal (bergaji bulanan) negara adalah RM2,600 (yang meliputi sebahagian besar pemegang diploma dan ijazah).


Pendapatan tambahan hasil pertanian moden IPR INTAN, yang paling rendah (di tapak Putrajaya) adalah RM3,000 sebulan, iaitu lebih tinggi dari gaji median nasional.


Formula pertanian moden untuk membasmi kemiskinan telah berjaya dibuktikan di beberapa tapak di seluruh negara. Amanah saya ialah meluaskan IPR INTAN di seluruh negara dengan segera.


Sasaran kami ialah mewujudkan peluang ini kepada 20,000 peserta di seluruh negara menjelang akhir 2025. 


Ini bersamaan dengan peluang pekerjaan yang diwujudkan dengan membina 200 data centres (yang memerlukan pelaburan beratus bilion kerana kilang moden tidak menggunakan ramai pekerja).


Barulah berbaloi kena kecam jika rakyat dapat melihat sendiri tapak-tapak pertanian moden ini tumbuh bagai cendawan di seluruh negara.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/pendapatan-bertani-moden-lebih-tinggi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Terbaik Untuk Di Letakkan Barang Jualan Anda Agar Lebih Tinggi Hasil Jualannya

Tempat Terbaik Untuk Di Letakkan Barang Jualan Anda Agar Lebih Tinggi Hasil Jualannya

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 247 hits
Salah satu perniagaan yang dah bertapak lama dan terbukti berjaya adalah perniagaan kedai runcit Masa zaman kanak kanak di kampung dulu orang tua saya ada akaun di kedai runcit Melayu kat Pekan Penanti Setiap hari mak pergi kedai tu beli ba...
Jangan Bertekak Dengan Orang Tak Sekolah Tinggi

Jangan Bertekak Dengan Orang Tak Sekolah Tinggi

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 260 hits
Safiri BaharomWalaun tolol ingat sastera tu takat belajar sajak syair novel je ke bidang sastera ni luas
Sanusi Mohon Pindah Kes Hasut Ke Mahkamah Tinggi

Sanusi Mohon Pindah Kes Hasut Ke Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 361 hits
MENTERI Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang berdepan dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan menteri besar Selangor dan penubuhan kerajaan perpaduan dalam satu ceramah politik memohon untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Ses...
Carina Jenama Tisu Berkualiti Tinggi Untuk Seisi Keluarga

Carina Jenama Tisu Berkualiti Tinggi Untuk Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 301 hits
Buka je kotak terus happy Kotak keriangan kita dah sampai Yang lebih happy sebab ianya kaler Purple My Favourite Colour Benda benda macam Tisu Dapur Tisu Muka Kapas Muka Putik Kapas adalah antara benda wajib yg kena ada stok kat rumah Antar...
Saya Takut Tinggi Jalani Penggambaran Di Jeju Shin Hyesun Dedah Cabaran Berlakon Dalam Welcome To Samdalri

Saya Takut Tinggi Jalani Penggambaran Di Jeju Shin Hyesun Dedah Cabaran Berlakon Dalam Welcome To Samdalri

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 317 hits
Shin Hye sun dedah bahawa dia terpaksa menaiki berpuluh penerbangan sepanjang penggambaran diadakan ARTIKEL BERKAITAN Pada 17 Januari video YouTube Esquire Korea yang menampilkan Shin Hye sun telah disiarkan Di mana di dalam video tersebut ...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik