Pendaftaran Sprn Cara Permohonan Rumah Mampu Milik


PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK

Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu milik seperti PPR, MyHome dan rumah transit hendaklah dibuat melalui SPRN iaitu Sistem Pengurusan Perumahan Negara.
Bagaimanakah cara buat pendaftaran SPRN(TEDUH)?
Pendaftaran SPRN boleh dibuat melalui portal TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my
APA ITU PORTAL TEDUH?
TEDUH adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.
Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu modul dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program perumahan dibawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.
Permohonan Baru Program Rumah Mesra Rakyat(RMR) atas talian(online) kini dibuka dan diaktifkan.
PENDAFTARAN SPRN
Pendaftaran SPRN boleh dibuat melalui pautan https://sprn.kpkt.gov.my/ Klik “Daftar Akaun” Kemudian masukkan nama, nombor kad pengenalan dan alamat emel yang digunakan. Klik “Daftar” dan semak emel bagi tujuan pengesahan. SKIM BANTUAN SPRN
Antara skim bantuan yang boleh anda boleh di bawah SPRN termasuklah:
Skim MyHome Skim Rumah PPR Skim Rumah Transit Skim SPP CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
Untuk makluman, semua permohonan hendaklah dibuat secara online.
KPKT telah memaklumkan bahawa sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima.
PROSES PERMOHONAN SPRN
Proses permohonan adalah seperti berikut:

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan berbeza bergantung kepada skim yang anda ingin mohon.
Skim MyHome
Contohnya bagi skim MyHome, kriteria pemohon yang ditetapkan oleh KPKT adalah:
Warganegara Malaysia Berumur 21 tahun ke atas Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah Skim MyHome menyediakan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumah dan pemaju-pemaju swasta. Antara dokumen sokongan untuk memohon MyHome ialah:
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan) Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan) Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri Salinan surat pengesahan majikan Salinan penyata gaji terbaru Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan Salinan surat pencen (Jika berkenaan) Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan pasangan Skim Rumah PPR (Dimiliki & Disewa)
Manakala bagi rumah PPR (dimiliki) yang dijual pada harga RM35,000, syarat kelayakan seperti berikut:
Warganegara Malaysia Berumur 18 tahun ke atas Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan Pemohon belum memiliki rumah Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.
Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
Antara ciri-ciri rumah PPR dimiliki ialah:
Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air Terdapat pelbagai kemudahan asas seperti dewan komuniti, surau, gerai makan, tadika, dan lain-lain. Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
Skim Rumah Transit (SPRN)
Bagi rumah transit pula, anda mestilah memenuhi kriteria di bawah:
Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia Pemohon telah berkahwin Pemohon berumur antara 18 hingga 30 tahun Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohon Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah Tiada rekod jenayah Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun.
Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.
Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun.
Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.
Skim SPP
Akhir sekali skim SPP hanya untuk anda yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia Berumur 21 hingga 70 tahun Bekerja dan mempunyai pendapatan Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan) Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat SPP diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri
SOALAN LAZIM SPRN(TEDUH)
Apakah fungsi TEDUH?
Fungsi laman web TEDUH adalah saluran portal utama yang memaparkan maklumat tentang projek-projek dan program-program perumahan awam dam swasta di Malaysia.
Apakah skim perumahan yang ditawarkan SPRN?
Antaranya skim MyHome, PPR (dimiliki & disewa), Rumah Transit dan skim SPP.
Berapakah kadar sewaan rumah PPR?
RM124 sebulan.
Berapakah kadar sewaan rumah transit?
RM250 sebulan.
Berapakah had pinjaman skim SPP?
RM60,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca di portal https://teduh.kpkt.gov.my
The post PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/pendaftaran-sprnteduh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Harga Rm300 000 Dilabel Rumah Mampu Milik

Rumah Harga Rm300 000 Dilabel Rumah Mampu Milik

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 268 hits
Tidak dinafikan ramai yang mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri Namun melihatkan harga rumah semakin meningkat membuatkan mereka terpaksa menyewa Menurut Presiden Pertubuhan Akitek Malaysia Datuk Ar Ezumi Harzani penetapan harga kediama...
Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 606 hits
Beliau turut mempersoalkan mengapa polis memberikan layanan istimewa dengan membenarkan majikan itu mengadakan sidang media ketika sedang direman Kesan rotan di badan mangsa Gambar PDRM Seorang ahli Dewan Negara menyelar tindakan majikan ya...
Cara Parking Kereta Di Rumah Dengan Selamat

Cara Parking Kereta Di Rumah Dengan Selamat

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 259 hits
Repost sebenarnya da xtau nak cite pasal ape ntah camane boleh terfikir nk berkongsi cara parking kereta yang agak bergaya mungkin ada yang pernah guna cara ni kat rumah bagi yang belum pernah buat semoga bermanfaat mampu xkorang agak jarak...
Cara Solat Terawih Ringkas Buat Sendirian Di Rumah

Cara Solat Terawih Ringkas Buat Sendirian Di Rumah

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 1330 hits
Cara Solat Terawih Ringkas Buat Sendirian Di Rumah Solat terawih yang mudah ringkas dan sesuai untuk wanita yang tak sempat ke surau atau masjid boleh buat secara sendirian di rumah Orang lelaki sebaiknya pergilah ke masjid atau surau namun...
Biasiswa Zamalah Pendidikan Maik 2021 Cara Permohonan Borang Semakan Kelayakan

Biasiswa Zamalah Pendidikan Maik 2021 Cara Permohonan Borang Semakan Kelayakan

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 554 hits
BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK 2021 CARA PERMOHONAN BORANG SEMAKAN KELAYAKAN Kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia daripada Negeri Kelantan yang ingin memohon penajaan pengajian bagi melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian T...
Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak Cara Borang Permohonan

Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak Cara Borang Permohonan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 312 hits
TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK CARA BORANG PERMOHONAN APA ITU TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak memperuntukkan sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran Negeri Perak mulai tahun 2010 sebagai...
Cara Mohon Gantian Mykad Melalui Telefon Sahaja Semak Syarat Permohonan Disini

Cara Mohon Gantian Mykad Melalui Telefon Sahaja Semak Syarat Permohonan Disini

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 286 hits
Jabatan Pendaftaran Negara telah membuka permohonan gantian MyKad melalui perkhidmatan talian telefon atau MyPhone In kepada orang ramai yang memerlukan perkhidmatan ini dengan segera Sebelum ini juga Jabatan Pendaftaran Negara telah menyat...
Kagum Cara Ibu Ini Disiplinkan Anaknya Buat Kerja Rumah Sekarang Semua Boleh Harap

Kagum Cara Ibu Ini Disiplinkan Anaknya Buat Kerja Rumah Sekarang Semua Boleh Harap

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 351 hits
Melentur buluh biarlah dari rebungnya Ini pepatah yang selalu digunakan untuk mengambarkan setiapa apa yang dilakukan mesti bermula dari awal Begitu juga bab mendidik dan membesarkan anak anak Seperti kisah ibu ini Puan Nik Sarahida Saadan ...
10 Keluarga Tak Mampu Dapat Kesempatan Menginap Di Rumah Dinas Walkot Padang

10 Keluarga Tak Mampu Dapat Kesempatan Menginap Di Rumah Dinas Walkot Padang

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 215 hits
Ke 10 keluarga tersebut akan menginap bergantian di rumah dinas Wali Kota Padang di Jalan A Yani Padang
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023