Pendaftaran Baru Bantuan Prihatin Rakyat






Pendaftaran baru Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka sebelum hujung Januari 2021, kata Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican.
Ini bagi memberi peluang kepada mereka yang layak tetapi belum mendaftar untuk memohon BPR, katanya pada satu sidang media yang diadakan di Wisma Bernama, di Kuala Lumpur, hari ini.
Johan berkata, bayaran BPR akan dibuat dua kali dengan yang pertama sebelum Hari Raya 2021.
BPR, dengan peruntukan RM6.5 bilion akan memanfaatkan 8.1 juta orang berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan peruntukan RM5 bilion dan memanfaatkan 4.3 juta rakyat Malaysia.


Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa pembentangan Belanjawan 2021 mengumumkan BSH diganti kepada BPR yang diperluas dan ditambahbaik.
Johan berkata ini termasuk pengenalan semula kategori bantuan bagi individu bujang berumur 21 tahun berbanding 40 tahun sebelum ini.
"Kerajaan pada masa ini berpendapat adalah wajar kita kembali kepada keadaan sebelum ini semasa pelaksanaan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dimana ia dibuka untuk semua bujang 21 tahun ke atas," katanya.
Di bawah BPR, isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200, manakala yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima sebanyak RM1,800.
Manakala, isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak pula akan menerima bantuan sebanyak RM800, manakala yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima RM1,200.
Kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000 akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM750 kepada yang mempunyai dua anak atau lebih.
Disamping itu, individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah dan berumur 21 tahun ke atas pula akan menerima bantuan RM350.
Johan juga berkata, kerajaan turut bersedia menambah peruntukan di bawah BPR jika perlu untuk terus membantu golongan itu sekiranya permohonan melebihi jangkaan.
Ditanya mengenai golongan M40 yang tidak berpuas hati kerana berpendapat belanjawan itu hanya menjaga B40, beliau berkata, menjadi keutamaan bagi kerajaan untuk membantu mereka yang susah terutamanya isi rumah tergolong kategori miskin dalam menghadapi cabaran masa kini.
"Tetapi itu tidak bermaksud kerajaan mengabaikan nasib M40. Selain daripada pengumumnan cukai dikurangkan satu mata peratusan bagi individu yang berpendapatan bercukai dengan julat RM50,001 hingga RM70,000, beberapa lagi dari segi pelepasan cukai telah diumumkan yang bakal membantu M40 dari segi potongan cukai gaya hidup yang dinaikkan daripada RM2,500 kepada sehingga RM3,000,” katanya.
Berhubung pelepasan cukai untuk perbelanjaan rawatan perubatan, beliau berkata, skopnya diperluaskan untuk meliputi perbelanjaan vaksinasi sehingga RM1000.
“Disamping itu, pelepasan untuk saringan kesihatan dinaikkan daripada RM500 kepada RM1000,” jelasnya
- Bernama


Also See and Read This : READ MORE
Strictly For Blogger Only!!! : READ HERE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloghanz.blogspot.com/2020/11/pendaftaran-baru-bantuan-prihatin-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Bantuan Rakyat 2021

Senarai Bantuan Rakyat 2021

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 254 hits
SENARAI BANTUAN KERAJAAN UNTUK RAKYAT BELANJAWAN 2021 1 Permohonan Bantuan Telefon Pintar Percuma Golongan B40 http aorracer com 2fUi 2 Bantuan Khas Penjawat Awam RM 600 This is a content summary only Visit my website for full links other c...
Dilemma Guru Apabila Dikecam Ibubapa

Dilemma Guru Apabila Dikecam Ibubapa

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 213 hits
Dilemma Seorang Guru Dikecam Ibubapa Baru baru ini kecoh dimedia sosial mengenai artis Malaysia meminta sumbangan khas daripada kerajaan untuk tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan pada 18 Mac hingga 14 April Ramai netizen me...
Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat 2018

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat 2018

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 166 hits
Tarikh Pembayaran BSHR 2018Berikut dikongsikan maklumat tarikh penting pembayaran bila duit BSHR akan dapat dan masuk akaun Pembayaran pertama BSHR tahun 2018 adalah melibatkan pembayaran Fasa 2 untuk kedua dua kategori isi rumah melibatkan...
I Fitri Bantuan Raya Untuk Rakyat Terengganu 2022

I Fitri Bantuan Raya Untuk Rakyat Terengganu 2022

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 219 hits
i Fitri Bantuan Raya Untuk Rakyat Terengganu 2022 Berita baik untuk rakyat Terengganu Kerajaan negeri Terengganu akan menyalurkan bantuan raya menerusi i Fitri kepada seramai 115 000 rakyat Terengganu yang layak pada tahun 2022 membabitkan ...
Pendaftaran Untuk Kad Diskaun Rakyat 1 Malaysia

Pendaftaran Untuk Kad Diskaun Rakyat 1 Malaysia

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 222 hits
Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia adalah program diskaun dan kesetiaan bagi kegunaan semua lapisan masyarakat Pemegang kad khususnya rakyat Malaysia boleh memperolehi segala manfaat dengan mendapatkan diskaun bukan sahaja di tempat tempat utama ...
Kerajaan Dengan Mandat Rakyat Diiktiraf Dunia

Kerajaan Dengan Mandat Rakyat Diiktiraf Dunia

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 209 hits
bharian comOleh November 23 2021 12 05amMohamad Hasan Foto Ahmad HasbiSEREMBAN Cadangan supaya Pilihan Raya Umum ke 15 dipercepatkan bukan disebabkan kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka sebaliknya bagi membolehkan k...
Rakyat Masih Susah Sekarang Bukan Masa Sesuai Untuk Pru15 Nazri

Rakyat Masih Susah Sekarang Bukan Masa Sesuai Untuk Pru15 Nazri

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 206 hits
Irwan Muhammad ZainMenurut Nazri seelok eloknya PRU15 diadakan pada 2023 setelah segala proses bagi membolehkan mereka yang berumur 18 tahun diselesaikan Gambar fail KUALA LUMPUR Belum masanya untuk Parlimen dibubarkan dan diadakan Pilihan ...
Mahu Segera Pru 15 Umno Tak Fikir Nyawa Rakyat

Mahu Segera Pru 15 Umno Tak Fikir Nyawa Rakyat

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 247 hits
Kenyataan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hassan supaya Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan dalam masa terdekat merupakan satu langkah dangkal dan merisikokan nyawa rakyat Menurut Timbalan Pengarah Strategi Unit Pendidikan Angkatan M...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord