Rakyat Masih Susah Sekarang Bukan Masa Sesuai Untuk Pru15 Nazri


Irwan Muhammad Zain
Menurut Nazri, seelok-eloknya PRU15 diadakan pada 2023 setelah segala proses bagi membolehkan mereka yang berumur 18 tahun diselesaikan. - Gambar fail KUALA LUMPUR: Belum masanya untuk Parlimen dibubarkan dan diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana ketika ini, rakyat masih berada dalam kesusahan, tegas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
 Menurut Ahli Parlimen Padang Rengas itu, tumpuan, sebaliknya, harus diberikan untuk memulihkan ekonomi negara dan membantu rakyat yang dihimpit kesusahan akibat COVID-19
 Hujah beliau, perbelanjaan untuk menguruskan PRU15 sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat yang baru mahu memulakan hidup
 "Saya bersetuju kalau nak buat apa-apa untuk kepentingan rakyat bukan parti, tetapi kena ingat buat masa ini kalau kita sebut kepentingan rakyat, maka bukan bubar Parlimen dan adakan pilihan raya
 "Kalau betul nak jaga kepentingan rakyat, kena tengok sekarang rakyat tengah susah sebab COVID-19 masih belum reda dan pemulihan ekonomi masih berjalan
 "Belanja untuk lakukan PRU15 tentulah besar. Kalau PRN (Pilihan Raya Negeri) Melaka pun perbelanjaannya cecah RM45 juta, bayangkan kalau PRU15
 "Buat masa ini lebih baik perbelanjaan sebesar itu digunakan untuk membantu rakyat dengan memulihkan ekonomi mereka, barulah rakyat lihat kita jaga kepentingan mereka," katanya kepada Astro AWANI
 Nazri juga menjelaskan, sekiranya PRU15 diadakan dalam masa terdekat, UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan dilihat sebagai mengkhianati anak muda kerana mereka yang berumur 18 tahun tidak sempat mengundi
 Jelas beliau, seeloknya PRU15 diadakan pada 2023 setelah segala proses bagi membolehkan mereka yang berumur 18 tahun diselesaikan
 "Kalau buat selepas segala urusan bagi membenarkan mereka yang berumur 18 tahun mengundi, maka UMNO akan dapat dilihat ikhlas mahu anak muda terlibat dalam proses pembentukan kerajaan
 "Kalau bubar (Parlimen) tahun ini, anak muda akan lihat UMNO dan BN khianati mereka dan tidak jujur sebab ketika Pakatan Harapan (PH) jadi kerajaan, Ahli Parlimen UMNO menyokong usul meminda Perlembagaan untuk membolehkan mereka yang berumur 18 tahun mengundi
 "Jadi jangan gopoh, selesaikan pemulihan ekonomi rakyat, selesaikan urusan untuk benarkan umur 18 tahun mengundi, barulah adakan PRU15, seeloknya 2023," katanya lagi
 Nazri juga mengingatkan mereka yang ghairah mahu PRU15 disegerakan agar belajar daripada apa yang berlaku di Melaka apabila rakyat menghukum pihak yang menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) terpaksa dibubarkan
 "Kita jangan hanya seronok sebab menang besar dalam PRN Melaka tetapi kena lihat apa yang berlaku, mereka yang menyebabkan DUN dibubarkan telah dihukum
 "Tiga daripada empat ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang menarik sokongan kalah dalam PRN Melaka kerana dihukum oleh rakyat. PH yang terima mereka juga dihukum
 "Jadi kita jangan buat sampai rakyat pulak hukum kita kerana ghairah nak adakan PRU15," kata Nazri memberi peringatan
 Sebaik sahaja BN mencapai kemenangan selesa dalam PRN Melaka pada 20 November lalu, ada pihak yang mahu PRU15 disegerakan
 Antara yang membuat kenyataan mahu PRU15 diadakan segera selepas kemenangan besar BN ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan
 Alasan yang diberikan oleh Mohamad adalah bagi memastikan kerajaan yang dibentuk mendapat mandat rakyat sekali gus bagi memberikan keyakinan kepada banyak pihak termasuk pelabur asing bersandarkan kepada kestabilan kerajaan dan politik semasa


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/rakyat-masih-susah-sekarang-bukan-masa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Masih Relevan Jadi Perdana Menteri Tapi Pru15 Ini Harus Jadi Pertaruhan Terakhir Baginya

Anwar Masih Relevan Jadi Perdana Menteri Tapi Pru15 Ini Harus Jadi Pertaruhan Terakhir Baginya

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 263 hits
Berikutan prestasi buruk PH dan PKR dalam PRN Melaka semalam banyak pihak terlihat cenderung menyalahkan Anwar Ibrahim atas keadaan itu bersama sebab sebab lain yang mungkin kita sudah sedia maklum mengenainya melalui pembacaan di pelbagai ...
Selama 30 Tahun Rakyat Tak Dapat Tanah Ph Berjaya Lakukan Dalam Masa Hanya 22 Bulan

Selama 30 Tahun Rakyat Tak Dapat Tanah Ph Berjaya Lakukan Dalam Masa Hanya 22 Bulan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 256 hits
MELAKA Kempen Pakatan Harapan pada pilihan raya negeri Melaka bermula sukar ekoran kerjasamanya dengan dua bekas pemimpin UMNO Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan Bagaimanapun Pengerusi Pakatan Harapan Melaka Adly Zahari yang ...
Pn Sedia Hadapi Pru15 Dalam Masa Terdekat Muhyiddin

Pn Sedia Hadapi Pru15 Dalam Masa Terdekat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 180 hits
MALAYSIA POST PERBINCANGAN dalam menentukan masa sesuai bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 sudah diadakan kata Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata perkara itu sudah dibincangk...
Menteri Kata Kenaikan Harga Masih Normal Rakyat Kata Menteri Tak Tahu Buat Kerja Atau Makan Gaji Buta

Menteri Kata Kenaikan Harga Masih Normal Rakyat Kata Menteri Tak Tahu Buat Kerja Atau Makan Gaji Buta

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 260 hits
Tahun 2019 Zaman PH Dan Bandingkan Harga Sekarang Zaman BN PN RM 10 sekilo pon ada ManaWahai menteri kenaikan masih normal bagi pak menteri Sebab gaji pak menteri dan pemikiran pak menteri itu mudah sahaja kerana naik sedikit berbanding den...
Apakah Langkah Sheraton Tak Terasa Bodoh Adakah Masa Itu Rakyat Yg Jadi Keutamaan

Apakah Langkah Sheraton Tak Terasa Bodoh Adakah Masa Itu Rakyat Yg Jadi Keutamaan

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 442 hits
Keterlanjuran pemimpin mendahuli kesedaran dan rasional dah terantuk baru terngadah Dalam membuat keputusan sukar untuk percaya mereka tidak mempertimbangkan kedudukan mereka sendiri kuasa dan jawatan kerana rekod menunjukan mereka ke arah ...
Masa Nak Minta Duit Jual Nama Rakyat Kelantan

Masa Nak Minta Duit Jual Nama Rakyat Kelantan

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 240 hits
Tak kira wang ihsan atau royalti harap rakyat Kelantan dapat manfaat kata Ahli Parlimen November 27 2021 Sebelum ini media melaporkan Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan...
Umno Masih Merayu Pas Tidak Dapat Tidak Terpaksa Akur Kemahuan Pas Di Pru15

Umno Masih Merayu Pas Tidak Dapat Tidak Terpaksa Akur Kemahuan Pas Di Pru15

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 203 hits
Terima PAS mesti terima BERSATU dan mungkin parti Melayu lain juga jika ada Syarat itu sangat mudah jika umno tidak keras kepala dan ego seperti Mahathir Berbeza degan Mahathir umno tidak punya asas yang kukuh untuk bertindak seperti itu Ma...
Masa Ada Pemerintah Ayang Baik Menjaga Harga Barangan Kamu Fitnah Bukan Bukan Sekarang Diam Membisu

Masa Ada Pemerintah Ayang Baik Menjaga Harga Barangan Kamu Fitnah Bukan Bukan Sekarang Diam Membisu

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 164 hits
IBRAHIM MAT ISA Ketika ada pemerintah yang nak naik memegang kuasa atas kesedaran rakyat untuk melihat perubahan yang menang adalah rakyat kerana mereka beroleh sesuatu nikmat bila pemerintah cuba berusaha buat yang lebih baik Tapi di luar ...
Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Umno Tidak Mampu Bertahan Sendiri Zahid Hamidi Bertaruh Nasib Dengan Pakatan Harapa

Meriah Sambutan Program Csr Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone

Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam