Mahu Segera Pru 15 Umno Tak Fikir Nyawa Rakyat



Kenyataan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan supaya Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 diadakan dalam masa terdekat merupakan satu langkah dangkal dan merisikokan nyawa rakyat.
Menurut Timbalan Pengarah Strategi Unit Pendidikan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Muhammad Azha Salahudin, biar pun Pilihan Raya Negeri Melaka berjalan tanpa kes jangkitan Covid 19 yang tinggi namun untuk skala PRU keadaan masih belum terjamin kerana jangkitan Covid 19 masih di paras 5,000 kes sehari.
“Walapun BN telah berjaya memenangi PRN Melaka baru-baru ini namun tidak bermakna PRU15 perlu diadakan secepat mungkin. Ini akan membahayakan kesihatan dan keselamatan rakyat untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.
“Peratusan keluar pengundi yang rendah semasa PRN mencerminkan rakyat tidak bersedia keluar mengundi dan masih bimbang tentang penularan wabak Covid-19.
“Umum mengetahui jangkitan Covid-19 dijangka terus meningkat pada akhir tahun ini sepertimana amaran yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham dan seorang doktor yang bertugas di Hospital Sungai Buloh melalui ciapan beliau di laman Twitter beberapa hari yang lalu,” katanya.
Beliau juga mengingatkan pemimppin Umno yang teruja untuk kembali berkuasa kepada data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyebut sebanyak 2.5 juta kes Covid terkumpul telah direkodkan dan kes kematian adalah sebanyak 30,002 sehingga 21 November 2021.
Katanya, walaupun kadar vaksinasi bagi golongan dewasa telah mencecah hampir seratus peratus namun kes jangkitan akan terus menunjukkan peningkatan sekiranya orang ramai tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan tidak mengambil dos penggalak yang telah disarankan oleh KKM.
“Negara-negara Eropah juga sedang mengalami nasib yang sama iaitu peningkatan kes jangkitan dalam kalangan rakyat mereka.
“Di Jerman, kes jangkitan terbaru telah mencecah 50,000 dan Belgium pula telah memgumumkan langkah terbaru bagi mengawal penularan wabak Covid-19 serta menggesa rakyat mereka untuk bekerja dari rumah.
“Negara United Kingdom juga telah mengeluarkan arahan mewajibkan semula rakyat memakai pelitup muka dan mengamalkan jarak sosial ditempat awam.
“Kerajaan BN sebaik-baiknya berpegang kepada Perjanjian Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang telah ditandatangani bersama Pakatan Harapan supaya tidak berlaku PRU sehingga Julai 2022. Perjanjian ini diadakan supaya kestabilan politik dapat diperbaiki dan tidak berlaku lagi peralihan kuasa di peringkat persekutuan,” katanya.
Tegas Azha, PRU 15 tidak sepatutnya menjadi fokus utama kerajaan, sebaliknya kabinet PM Ismail Sabri Yaakob perlu berusaha sedaya upaya mengurangkan kes jangkitan Covid 19 sebelum mengumumkan pilihan raya ke seluruh negara.
“Kerajaan seharusnya mempersiapkan diri dengan merangka rancangan untuk menurunkan kes jangkitan wabak Covid-19 yang dijangka akan meningkat supaya kesihatan dan pendapatan rakyat terus terjamin.
“Masih ramai rakyat yang berusaha dan bergelut untuk mencari sumber pendapatan stabil bagi menampung kehidupan harian mereka.
“Jangan ulangi sejarah PRN Sabah tahun lalu yang memberi impak besar kepada negara, menyebabkan kes jangkitan wabak Covid-19 meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan beribu nyawa rakyat menjadi korban akibat kerakusan dan ketamakkan kuasa oleh pemerintah,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33542

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru Segera Tak Sesuai Lagi Walaupun Umno Boleh Menang Besar Mahdzir

Pru Segera Tak Sesuai Lagi Walaupun Umno Boleh Menang Besar Mahdzir

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 215 hits
agendaily com24 11 2021Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid Walaupun keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka menampakkan keputusan yang memberangsangkan tetapi ia bukan alasan untuk mempercepatkan pilihan raya umum diadakan kata Datuk ...
Hamzah Leaders Members Who Left Umno To Join Bersatu Wanted Better Platform To Help The Rakyat

Hamzah Leaders Members Who Left Umno To Join Bersatu Wanted Better Platform To Help The Rakyat

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 312 hits
A road along Tanjong Kling is covered with flags of political parties ahead of the Melaka State Election NSTP ASYRAF HAMZAH MELAKA Umno leaders and members who joined Parti Pribumi Bersatu Malaysia had done so as they wanted to leave a part...
Pertimbang Segerakan Pru Sentimen Rakyat Bersama Bn Tok Mat Beritahu Pm

Pertimbang Segerakan Pru Sentimen Rakyat Bersama Bn Tok Mat Beritahu Pm

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 280 hits
freemalaysiatoday com November 21 2021 7 16 PMTimbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan mengingatkan dinamik politik tidak statik dan boleh berubah PETALING JAYA Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Mohamad Hasan meminta Perdana Menteri Ismail Sab...
Pru Awal Umno Akan Minta Pm Segerakan Mat Maslan

Pru Awal Umno Akan Minta Pm Segerakan Mat Maslan

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 177 hits
agendaily com22 11 2021Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Isu berhubung pilihan raya umum ke 15 perlu diawalkan akan dibincangkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob da...
Gesa Ismail Sabri Percepat Pru Bermakna Umno Tidak Sabar Mahu Menukar Perdana Menteri

Gesa Ismail Sabri Percepat Pru Bermakna Umno Tidak Sabar Mahu Menukar Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 237 hits
Sebaik saja menang bergaya dalam PRN Melaka macam sudah tak sabar lagi UMNO mahu PRU15 diadakan dengan segera Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan berkata beliau sudah pun memberitahu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob agar menimbang untuk...
Terdapat Gerakan Dalam Umno Desak Pm Segerakan Pru 15 Pada Februari Depan

Terdapat Gerakan Dalam Umno Desak Pm Segerakan Pru 15 Pada Februari Depan

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 188 hits
AGENDA DAILY UMNO mahu PRU 15 disegerakan Gerakan dalam UMNO sedang berjalan bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen pada Februari tahun depan bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan de...
Strategi Pertembungan Tiga Penjuru Menjadi Umno Intai Kemenangan Besar Pru

Strategi Pertembungan Tiga Penjuru Menjadi Umno Intai Kemenangan Besar Pru

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 163 hits
Selepas melakukan uji kaji sejauh mana pertembungan tiga penjuru bakal memberi kesan dalam keputusan pilihan raya umum UMNO kini mengintai kemenangan yang lebih besar untuk menguasai kerajaan pusat secara dominan Pilihan Raya Negeri Melaka ...
Anggapan Umno Boleh Menang Jika Pru Diadakan Awal Boleh Bawa Maut Kata Kit Siang

Anggapan Umno Boleh Menang Jika Pru Diadakan Awal Boleh Bawa Maut Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 284 hits
freemalaysiatoday com November 21 2021 1 44 PMKeadaan politik di peringkat kebangsaan mungkin jauh berbeza daripada senario di Melaka kata Lim Kit Siang PETALING JAYA Para pemimpin Umno mungkin akan mendesak pilihan raya umum ke 15 disegera...
Pru 15 Umno Boleh Menang

Pru 15 Umno Boleh Menang

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 170 hits
UMNO boleh menang PRU15 boleh UMNO boleh menang PRU 15 nanti kalau Kalau mana mana pemimpin yang sudah kalah ataupun lengit semasa PRU14 yang lepas duduk diam diam Tak perlu lagi untuk tonjolkan diri Mereka yang sudah kalah ini sepatutnya p...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu