Pencuri Gagal Mencari Jalan Keluar
SIMPATI dan GERAM bila mendapat perkhabaran dari seorang sahabat yang saya anggap sebagai adik angkat bila rumahnya dimasuki pencuri.
Lalu teringat pesan dari almarhum tuan guru saya
Kisahnya, rumahnya pernah 2 kali dimasuki pencuri.
Dan, setiap kali pencuri masuk, mereka tidak boleh keluar dari rumah
Bahkan, mereka menjadi hampir gila
Ada yang sewaktu ditemui dalam rumah, mereka sedang 'berenang.'
Memang menggelikan hati, tetapi itulah yang berlaku,
Di dalam rumah almarhum memang banyak barang kemas. Bayangkan emas zaman dulu
Tetapi malang bagi pencuri. Sewaktu ditangkap, mereka mengaku langsung tidak nampak sebarang barang kemas di dalam rumah
Apa kaedahnya
Apa caranya?Apa doanya?Apa amalannya?
Mudah saja
Setiap kali hendak berpergian atau hendak balik kampung atau hendak ke mana saja
Tuan rumah atau sesiapa saja boleh melakukannya
1. Solat sunat 2 rakaat
Tak kisah solat apa. Usai berdoa. Pejam mata dan baca ayatul Kursi sebanyak 7 kali.
2. Usai baca ayat Kursi. Dalam keadaan mata terpejam. Bayangkan setiap penjuru rumah kita dan niat untuk 'pagar' rumah
3. Setelah kita 'pagar' rumah kita. Sekali lagi niat - "YA ALLAH YA tuhanku yang Maha Menjaga hamba MU yang lemah. Peliharalah rumah ini dari sebarang musibah.
Itu saja kaedahnya
Berbalik kepada kisah pencuri masuk rumah almarhum tuan guru saya
Waktu itu saya masih kecil. Ramai orang berkerumun di hadapan rumahnya
Saya melihat bagaimana pencuri itu seperti orang tidak siuman. Seperti orang mabuk
Beberapa hari berlalu. Akhirnya pencuri itu mendedahkan suatu kisah
Sebaik dia berjaya menceroboh rumah almarhum. Tiba-tiba kilat, petir sabung-menyabung. Dentuman guruh menggegarkan rumah
Rumah bergegar
Sehingga dia tertiarap tidak bermaya. Dia rasa kepalanya terlalu sakit. Telinganya hampir pekak
Tetapi
Almarhum Tuan Guru terlalu tinggi kesabaran dan akhlaknya yang begitu terpuji
Dia memaafkan pencuri itu
Kepada sesiapa yang mahu meninggalkan rumah tanpa penjaga, boleh amalkan cara ini,
In Sha Allah.
Tambahan: setiap kali hendak melangkah keluar dari rumah. Bacalah - Bismillah hitawakkal tu'alALLAH.
KITA BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH
Sekadar berkongsi ilmu yang sangat-sangat-sagat cetek.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zukidin.com/2019/06/pencuri-gagal-mencari-jalan-keluar.html