Penceramah Disaman Khairy Minta Maaf Buang Semua Video Fitnah


AGENDA DAILY
Mohd Rasyiq Mohd Alwi atau dikenali Abu Syafiq meminta maaf kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Penceramah bebas Mohd Rasyiq Mohd Alwi atau dikenali Abu Syafiq meminta maaf kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan berjanji untuk membuat semua video dan hantaran dalam media sosialnya yang dikatakan memfitnah Menteri Kesihatan itu.
Awal hari ini, media melaporkan Khairy menyaman bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam dan juga Abu Syafiq ekoran fitnah yang dibuat kedua-dua individu tersebut melibatkan isu vaksin Covid-19.
Dalam hantaran di laman sosialnya, Abu Syafiq berkata dia akan memadam segala posting dan video vaksin berkait dengan Khairy.
“KJ (Khairy). Saya minta maaf banyak-banyak. Maafkan saya ye (ya). Saya akan buang semua video dan posting saya pasal abang KJ tu.
“Usahlah abang KJ bersedih. Saya sayang abang KJ. Semua orang pun sayang. Allah sayang,” tulis Abu Syafiq di Instagramnya.
Abu Syafiq bagaimanapun turut membuat kenyataan sinis dengan menulis “Jangan ‘sembah’ vaksin usah per’tuhan’kan WHO”.
Dalam status lain, tanpa menyebut nama secara khusus, dia menulis “Haha” dengan tanda pagar #menteri koyak.
Saman Khairy itu difailkan melalui tetuan Rashid Zulkifli selepas defendan enggan mematuhi tuntutan Khairy antaranya supaya dakwaan-dakwaan mereka dipadam pada 16 Januari lalu.
Khairy menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta perintah supaya status dipertikaikan dipadam serta permohonan maaf di media sosial dan beberapa portal berita.
Pengurusan kes ditetapkan pada 28 Februari.
Untuk rekod, Lokman juga sebelum ini disaman Ketua Hakim Syarie Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar bagi menuntut ganti rugi RM30 juta.
Saman fitnah itu berhubung beberapa hantaran di laman sosial membabitkan gangguan seksual terhadap beberapa wanita termasuk seorang yang bergelar ‘Datin’.
Mohd. Na’im, 55, yang juga Ketua Pengarah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 17 Januari lalu dengan menamakan Lokman, 49, sebagai defendan tunggal di Mahkamah Tinggi di sini.
Berdasarkan dokumen yang diperoleh, Mohd. Na’im mendakwa defendan telah memfitnahnya dengan membuat kenyataan menerusi dua siaran langsung di Facebook ‘Lokman Noor Adam Official’ pada 10 Januari dan 13 Januari lalu.
Selain itu, Abu Syafiq juga sebelum ini membuat tuduhan fitnah terhadap Mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan delegasinya dalam mengerjakan ibadah umrah Mac lalu.
Abu Syafiq dalam laman sosial Instagramnya mendakwa Muhyiddin dan delegasinya tidak mendapatkan vaksin ketika mengerjakan umrah di Arab Saudi.
Bagaimanapun, tuduhan tersebut dinafikan pejabat Mantan PM Kelapan tersebut dalam satu kenyataan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/02/penceramah-disaman-khairy-minta-maaf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Vaksin Khairy Fail Saman Fitnah Terhadap Lokman Adam Ustaz Abu Syafiq

Isu Vaksin Khairy Fail Saman Fitnah Terhadap Lokman Adam Ustaz Abu Syafiq

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 171 hits
KUALA LUMPUR 3 Feb Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Lokman Noor Adam dan Mohd Rasyiq Mohd Alwi atau dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq berhubung vaksin COVID 19 yang dimuat naik di media sosial Khair...
Kkm Dakwa Video Lama Ditularkan Khairy Sudah Ambil Dos Penggalak

Kkm Dakwa Video Lama Ditularkan Khairy Sudah Ambil Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 151 hits
AGENDA DAILY Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar Pemberian dos penggalak Covid 19 dilaksanakan berdasarkan perkembangan semasa pemantauan keberkesanan vaksin serta cabaran yang dihadapi dengan kemunculan varian varian baharu virus...
Khairy Gesa Semua Bersama Mencegah Diskriminasi Penyakit

Khairy Gesa Semua Bersama Mencegah Diskriminasi Penyakit

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 85 hits
SHAH ALAM Rakyat Malaysia terutama komuniti berisiko perlu bersama sama mencegah diskriminasi terhadap pesakit Kusta dan ahli keluarga mereka Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata penyakit tersebut bukanlah satu penyakit ket...
China Rilis Video Selfie Dari Planet Mars Di Malam Imlek

China Rilis Video Selfie Dari Planet Mars Di Malam Imlek

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 125 hits
Tianwen 1 pesawat ruang angkasa China yang berhasil mendarat di planet Mars tahun lalu menyampaikan ucapan Imlek kepada warga China
Video Putri Pemilik Mnc Group Dilamar Anak Bos Emtek Group

Video Putri Pemilik Mnc Group Dilamar Anak Bos Emtek Group

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 120 hits
Jonathan anak dari bos perusahaan EMTEK group melamar Jessica anak dari pemilik MNC group
Video Ingatkan Orang Reka Bentuk Macam Tu Wanita Ini Kongsi Bentuk Sebenar Salji Sama Macam Emoji

Video Ingatkan Orang Reka Bentuk Macam Tu Wanita Ini Kongsi Bentuk Sebenar Salji Sama Macam Emoji

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 205 hits
Menjalani kehidupan dalam iklim khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepanjang tahun membuatkan kita begitu teruja bila melihat negara lain yang sedang dilanda salji Melihat pemandangan pohon pohon yang diselimuti salji yang putih suci membu...
Kerana Tekanan Lee Meng Yean Tinggalkan Bam Saya Sudah Penat Video

Kerana Tekanan Lee Meng Yean Tinggalkan Bam Saya Sudah Penat Video

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 86 hits
Kerana Tekanan Lee Meng Yean Tinggalkan BAM Saya Sudah Penat VIDEO SAYA sudah penat kata pemain beregu wanita negara Lee Meng Yean yang memilih untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia Selepas sembilan tahun di bawah naungan badan in...
Video Lahhh Mel4tah Jugak Ke Si Zizi Tuh Asmidar Dan Zizi Kirana Dius1k Hingga Termel4tah

Video Lahhh Mel4tah Jugak Ke Si Zizi Tuh Asmidar Dan Zizi Kirana Dius1k Hingga Termel4tah

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 131 hits
Mel4tah merupakan perilaku spontan yang tanpa dirancang bila dius1k oleh orang sekeliling Perbuatan ini biasanya disebabkan orang sekeliling yang suka mengus1k orang yang mel4tah ini Individu yang mel4tah ini juga akan mel4tah biarpun dius1...
10 Vacuum Cordless Terbaik Untuk Bersihkan Rumah 2024

Drama Terjerat Kisah Cinta Terlarang Hingga Terjerat Dan Menjerat Hidup Hakiki

Penjelasan Isu Blackrock Oleh Pm Diterima Baik

Jangan Bersangka Sudah Beriman

For Winning Games Slot Gacor123 Apply Strategies

Plan Nak Pergi Holiday

Aku Menyesal Kahwin Dengan Warga Asing Enggan Tunaikan Nafkah Sebab Tak Tahu

Laporan Dosm Inflasi Malaysia Naik 2 Mei 2024



6 Makhluk Mitos Yang Digeruni dan Disanjung Masyarakat Asia Tenggara

10 Filem Komedi Lawak Terbaru Yang Best Juga Tersedia Online Netflix Prime Video HBO GO Dengan Sarikata Bahasa Melayu

Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut 2024 Kini Di Pawagam Malaysia

Kahwin Beristerikan Bella Hanna Bella Luna Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Redza Rosli Yang Ramai Tak Tahu

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Terjerat iQIYI Malaysia Gandingan Aliff Aziz Dan Ruhainies


Confidence Starts Here Invest In Yourself At Your Orlando Med Spa

Isu Projek Rm1 2 Bilion Pegawai Felcra Ditangkap

Rafizi Govt Studying The Need For Ron95 Subsidy Rationalisation

Pac Sahkan Penangkapan Pegawai Felcra Isu Projek Rm1 2 Bilion

Tinjauan L 96 Peratus Mahu Pencen Mp Ditukar Ke Caruman Kwsp

Langkawi Akan Dicadangkan Sebagai Destinasi Pilihan Muslim Timbalan Menteri Pelancongan