Penatnya Nak Suruh Anak Solat Doa Yang Satu Ni Buat Anak Berdesup Solat Tanpa Di Suruh


Mendidik anak untuk solat menjadi satu kepayahan buat ibu ayah. Ada anak yang terpaksa disuruh berkali-kali, diambil rotan dan sebagainya tapi masih tidak bangun untuk bersolat.
Perkongsian ibu ini, Wan Rohani Wan Ismail atau lebih dikenali Wan Anie di facebooknya berkongsi cara paling mustajab, iaitu dengan doa dan caranya sendiri untuk mendidik anaknya bersolat.
Paling menarik, doanya sangat berkesan dan anak lari berdesup untuk ambil wuduk. Hebat!

Berdoa Secara Terbuka Mendorong Anak Solat
Apabila anak semakin membesar, cabaran mendidik bertambah besar.
Pelbagai strategi dan teknik dipelbagaikan untuk mendorong anak-anak solat tanpa perlu menyuruh atau mempengaruhi mereka dengan ganjaran luar.

Solat memerlukan dorongan intrinsik yang kuat (Dorongan Intrinsik adalah dorongan atau tindakan yang tidak dipengaruhi oleh akibat atau ganjaran luar. Melakukan sesuatu kerana mengikut gerak hati.
Malam itu selepas berkumandang azan Maghrib, ibu mengajak anak-anak solat bersama. Namun anak-anak tidak mengendahkan, masing-masing ralit membina menara menggunakan kad.
Seusai ibu solat, anak-anak masih dengan aktiviti mereka. Bagaimana mahu mendorong anak-anak ini solat tanpa perlu memberikan arahan. Kita tidak mahu menyuruh-nyuruh anak solat setiap kali masuknya waktu solat.
Bagaimana mahu menanam kesedaran tentang solat di dalam diri anak-anak? Bagaimana mendorong anak menjadikan solat itu satu tanggungjawab yang perlu dilunaskan tanpa perlu disuruh-suruh?

Kali ini skrip yang digunakan sedikit berbeza. Saya pujuk anak yang lebih besar dahulu untuk solat.
Saya katakan kepada kakak, “Aiesyah, Aiesyah sudah besar. Ibu sudah tidak perlu lagi mengingatkan Aiesyah untuk solat setiap kali masuk waktu.” Aiesyah diam.
Saya menyambung, “Boleh Aiesyah solat Maghrib sekarang, sekejap lagi nak mula kelas mengaji.”
Kemudian, Aiesyah mula bersuara,”Ya Aiesyah solat.”
Apabila mendengar Aiesyah berkata begitu, saya diam dan hanya menunggu. Tidak mahu menyuruh lagi. Beberapa minit kemudian, Aiesyah bangun melangkah ke bilik air mengambil wudhuk. Kemudian menunaikan solat di ruangan tamu berhampiran tempat mereka bermain tadi.
Alhamdulillah kakak sudah solat, saya sudah merancang untuk berdoa secara terbuka memandangkan kakak solat berhampiran dengan dengan tempat adik bermain.
Selesai sahaja kakak Aiesyah solat, saya terus berdoa dengan kuat.

“Ya Allah berilah kebaikan kepada anak-anak ibu yang solat. Jadikan anak-anak ini anak yang soleh dan solehah”
Aiesyah memandang saya dengan senyuman. Umar (adik) juga memandang saya. Lagaknya seperti tidak berpuashati dengan doa tadi. Umar pun berkata, “Alaa.. Umar pun nak jugak!”
Lantas Umar bangun dan melunaskan tanggungjawab menunaikan solat. Seperti biasa, sebelum solat Umar akan bertanya solat apa dan berapa rakaat.
Usai Umar solat, saya mengulangi doa tadi seperti di atas. Kemudian mereka berdua mengemas mainan dan mengambil Quran memulakan kelas mengaji.
Nota: Berdoa adalah salah satu bentuk ganjaran sosial positif.
Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!

BK Solat Kembali lagi. Sambut bulan Ramadan dengan persiapan yang sempurna di Kem Solat kami!
Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut di 019 622 2989 atau boleh daftar terus di
https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Kredit: wanrohaniismail.blogspot.com
The post Penatnya Nak Suruh Anak Solat, Doa Yang Satu Ni Buat Anak Berdesup Solat Tanpa Di Suruh! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/penatnya-nak-suruh-anak-solat-doa-yang-satu-ni-buat-anak-berdesup-solat-tanpa-di-suruh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mama Ini Cara Elak Garang Macam Singa Bila Nak Suruh Anak Buat Sesuatu

Mama Ini Cara Elak Garang Macam Singa Bila Nak Suruh Anak Buat Sesuatu

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 231 hits
Mama kalau nak elak jadi macam singa terutama sekali bila tiba masa meminta anak buat sesuatu kerja ada caranya Nak menyuruh anak ini kena betul gayanya Baru mahu ikut cakap kita Kalau tak kena gaya habis tenaga kita terbazir sebab terpaksa...
Ko Nak Bagi Anak Ko Belajar Atau Berhaya Woiii Lain Kali Cari Banyak Kedai La Woiiii

Ko Nak Bagi Anak Ko Belajar Atau Berhaya Woiii Lain Kali Cari Banyak Kedai La Woiiii

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 188 hits
Beg sekolah apa sampai RM159 90 Aku belikan anak aku beg di Harga dari RM90 RM120 Yang dah sekolah menengah tu biasa akan ambil yang mahal sikit la Tapi aku pelik la kalau beg macam dalam gambar ni cecah RM160 Tapi sebenarnya sikit Yang har...
Belajar Dengan Mak Ayah Anak Lagi Cepat Tangkap Ni Cara Nak Jadi Learning Coach Di Rumah

Belajar Dengan Mak Ayah Anak Lagi Cepat Tangkap Ni Cara Nak Jadi Learning Coach Di Rumah

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 199 hits
Didikan awal sememangnya bermula dari rumah bukan di sekolah bersama guru guru Maka jadilah ibu ayah yang sentiasa mendidik malah sentiasa kreatif merangsang minda anak Pun begitu ada waktunya dek kerana hambatan tugas yang tak pernah habis...
Saya Menangis Sudah Mempunyai 2 Cahaya Mata Han Gain Dedah Sebab Tak Nak Anak Ketiga

Saya Menangis Sudah Mempunyai 2 Cahaya Mata Han Gain Dedah Sebab Tak Nak Anak Ketiga

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 114 hits
Han Ga in telah telah menceritakan pengalamannya ketika pertama kali bergelar ibu ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terkini rancangan Europe Outside Your Tent Han Ga in telah menceritakan kisah ketika dia melahirkan anaknya serta sebab mengapa...
Nak Jadi Stunt Girl Ke Anak Yana Samsudin Masuk Hospital Kaki Terkena Jangkitan Kuman

Nak Jadi Stunt Girl Ke Anak Yana Samsudin Masuk Hospital Kaki Terkena Jangkitan Kuman

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 184 hits
Malang tidak berbau Anak perempuan pelakon dan pengacara Yana Samsudin terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian kakinya selepas tersepit pada rim basikal Hal itu turut dikongsikan oleh suami Yana Fadzil Zahar...
Tuhan Nak Tambah Pahala Anggap Ada Anak Autisme Sesuatu Perkara Yang Baik Dr Say Kongsi Pengalaman

Tuhan Nak Tambah Pahala Anggap Ada Anak Autisme Sesuatu Perkara Yang Baik Dr Say Kongsi Pengalaman

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 179 hits
Tidak menganggap ia sesuatu hal yang buruk seorang doktor perubatan dan pempengaruh media sosial Dr Say Shazril sering berkongsi pengalaman seharian menjaga dan membesarkan anak sulungnya Ace yang disahkan menghidap autisme Untuk tambah pah...
Umur Dua Tahun Masa Sesuai Ajar Anak Solat Ini Tip Mudah Berkesan

Umur Dua Tahun Masa Sesuai Ajar Anak Solat Ini Tip Mudah Berkesan

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 173 hits
Melentur buluh biarlah dari rebungnya Ketika anak masih kecillah mereka patut dididik dalam segala hal bukan ketika mereka sudah besar dan mula memahami keadaan disekelilingnya Antara perkara yang mak ayah boleh mulakan sejak anak kecil lag...
Bila Anak Nak Makan Ayam Goreng Kita Belikan Marrybrown

Bila Anak Nak Makan Ayam Goreng Kita Belikan Marrybrown

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 236 hits
Bila Anak Nak Makan Ayam Goreng Kita Belikan Marrybrown Budak kan tengah cuti sekolah akhir semester itu yang kerjanya asyik makan je si bujang sorang ni Tapi tak pe dah namanya bujang sorang kenalah layan jugak Betul tak Malam semalam beli...
Hiburan Bukan Nak Sokong Anak Undang Undang Ada Cucu Penyanyi Popular Didakwa C Bul Sepupu Ibu Tampil Buat Kenyataan

Hiburan Bukan Nak Sokong Anak Undang Undang Ada Cucu Penyanyi Popular Didakwa C Bul Sepupu Ibu Tampil Buat Kenyataan

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 207 hits
Kecoh sebelum ini mengenai satu dakwaan yang menyatakan cucu lelaki kepada seorang penyanyi popular telah mencabul sepupu perempuannya yang masih di bawah umur Berikutan itu ibu kepada berkenaan tampil membuat penyataan setelah dia ditemui ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp