Penat Kerja Bukan Alasan Tak Masak Wanita Ini Bahagia Pilih Cara Begini


Bukan calang-calang wanita yang dapat memasak setiap hari walaupun bekerjaya. Ia rutin yang mencabar. Perlu perancangan masa dan susun atur bahan-bahan masa supaya tidak lama di dapur. Maklumlah seharian bekerja, balik rumah pula terus fokus urus anak-anak sekali gus memasak.
Bukan suami tak tolong namun kebanyakan wanita lebih gemar lakukan semua ini penuh dengan kasih sayang dan tidak pernah berkira untuk suami dan anak-anak. Bak kata orangm air tangan ibu atau isteri itu pengikat kasih sebuah keluarga.
Inilah yang dikongsi oleh seorang wanita menerusi perkongsiannya di laman facebook, dari Faridah Mohd Ali yang menyentuh tentang pentingnya air tangan ibu dalam membentuk keluarga yang bahagia.
Dalam perkongsiannya, beliau berkongsi pengalaman peribadi memasak untuk keluarga walaupun penat bekerja seharian. Katanya, masakan ibu bukan sekadar makanan – ia adalah pengikat kasih sayang, pembawa keberkatan, dan pencetus memori indah yang terpahat di hati anak-anak.

Sibuk Tetap Masak 1. Hari ni jam 4.35 petang baru sampai rumah dari office. Pergi office untuk menyambung kerja mengemas, packing dan memilih dokumen dan bahan penting untuk dibawa pulang. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, saya dalam proses untuk menjual office setelah lapan tahun menyewanya.
Sebaik sampai di rumah petang tadi, saya terus ke dapur untuk mengeluarkan ayam, ikan, sayuran dan bahan-bahan lain dari peti ais. Biarkan ia sejuk. Kemudian terus solat asar sebaik azan Asar berkumandang jam 4.50 petang.
2. Selesai solat Asar di surau di rumah, saya terus menyinsing lengan di dapur. Memasak adalah tugas rutin yang tidak pernah saya tinggalkan walau sesibuk apapun. Jangan sesekali malas untuk memasak jika kita mahu membentuk keluarga yang lebih baik. Itu antara rahsia utama dalam keluarga yang bahagia.
Masak simplepun tak apa.
3. Masak simplepun tak apa. Petang ni saya masak ayam masak merah, sayur kangkung, ikan goreng rebus cara Kelantan, ikan masin, sambal dan salad. Jam 6.30 petang, kami dah selesai makan. Begitulah selalunya, kami tak makan malam. Tengah hari pun tak makan. Sarapan dan makan petang sahaja. Selalunya jam 6 petang atau 6.30 petang dah siap makan. Anak-anak pun dah sampai rumah dari tempat kerja kecuali Irah yang sampai selepas Maghrib. Kami makan bersama-sama.
Kata Aisyah…
“Sedapnya ayam masak merah mama masak ni. Ikan goreng pun sedap. Aisyah suka sangat. Sebab tu Aisyah selalu rindu nak balik, sebab teringat-ingat semua yang mama masak.”

4. Ibu-ibu, masaklah sendiri untuk hidangan keluarga kita sendiri. Air tangan ibu mempunyai rahsia tersendiri dalam membentuk keluarga yang bahagia, hubungan yang terjalin kukuh antara suami isteri, anak-anak yang terdidik, pengikat kasih sayang keluarga, hubungan yang lebih akrab, diberkati dan sangat disukai Allah. Allah menurunkan rahmatnya kepada ibu, ayah dan anak-anak yang bersama-sama menjamah hidangan dari air tangan ibu.
5. Apabila suami menjamah masakan yang kita masak, ikatan dan kasih sayang isteri akan dipereratkan, diangkat oleh Allah. Begitu juga anak-anak yang makan hidangan dari masakan air tangan ibu, kasih sayangnya lebih dalam, rapat dan sangat akrab sesama adik-beradik. Anak lebih rapat dengan ibu ayah mereka.
Penat tak masak ni? Ya memang penat terutama bagi isteri yang bekerja.
6. Penat tak masak ni? Ya memang penat terutama bagi isteri yang bekerja. Terkocoh kacah masuk ke dapur, kadang-kadang tak sempat nak tukar pakaianpun, tetapi mereka dah ready bersilat, pegang pisau dan lesung untuk menyediakan rezeki terbaik untuk suami dan anak-anaknya. Dengan tugas dan keletihan yang tidak pernah habis, wanita itu begitu ikhlas dengan tugas dalam rumahtangganya, ikhlas menyayangi dan menyediakan keperluan suami dan anak-anaknya, keikhlasan menyediakan bahan masakan dengan penuh cinta demi mengenyangkan suami dan anak-anaknya, maka di sanalah mengalirnya keberkatan kepada perkahwinan dan anak-anak kita. Anak-anak patuh dan mendengar cakap. Taat dan menghormati ibu ayah.
7. Dalam hati ibu, niatnya biar suami dan anak-anak kita kenyang, biar sihat, biar pandai anak-anak kita dalam pendidikan, biar panjang usia anak-anak kita apabila makan yang disediakan. Kasih sayang ibu anak tak akan putus. Kasih sayangnya dalam. Dimasak pula dengan penuh cinta. Diiringi doa kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SWT, maka makanan yang dihidangkan sangatlah berkat. Allah ada di mana-mana. Berkatnya satu keluarga, apabila seluruh ahli keluarga makan hidangan dari air tangan isteri. Apabila kita menyediakan hidangan, hubungan menjadi sangat rapat. Anak-anak lebih rapat dan hormat kepada ibu bapa.
8. Isteri-isteri budiman, peruntukkan masa untuk memasak sendiri kepada ahli keluarga kita. Itu kewajiban. Sentiasa memasak. Itu antara agenda yang wajib ditegakkan iaitu menyediakan hidangan daripada air tangan isteri. Walau bagaimana cantik dan sedapnya makanan yang disediakan di restoran dan cafe, air tangan ibu tetap yang paling baik untuk tiba ke dalam perut suami dan anak-anaknya. Kadang-kadang masak tu sekadar telur dadar je, tetapi ia sangat sedap dan menyelerakan. Campak-campak je tetapi lazatnya terkenang sampai akhir hayat.
9. Jangan biarkan anak-anak kita makan air tangan McD, air tangan KFC, air tangan di Kenny Hills, air tangan mamak, air tangan orang Indonesia di restoran yang kita singgah, air tangan wanita Thailand restoran tomyam yang mereka singgah. Hingga hilangnya anak-anak yang rindu masakan ibu. Malahan anak-anak asyik nak makan di luar. Terikat hati dan fikiran mereka dengan segala macam jenama restoran di luar sana.
9. Ketika aruah bonda saya masih ada, salah satu tarikan utama untuk anak-anak balik ke kampung adalah kerana kerinduan kepada air tangan aruah ma. Rindu dengan hidangan nasi dagangnya, nasi kerabunya, ayam masak kuzinya, sup tulangnya, singgang ikan, lompat tikam, jala emas, akok, jemput-jemput, pulut lepa dan sebagainya. Semuanya sedap. Semuanya enak. Sehingga kini masih teringat-ingat lazatnya semua masakan aruah ma, walaupun sekadar hidangan kuih cara berlauk atau lempeng pisang.
10. Masih terbayang lagi, penuh meja dikelilingi adik-beradik saya sebelas orang. Aruah ayah bacakan doa dan kita makan bersama-sama. Kemudian aruah ma sendukkan nasi dan letakkan lauk dalam setiap pinggan anak-anaknya. Sambil makan, ayah bercerita dan berkongsi pengalaman. Anak-anak menyampuk sekali. Meja makan menjadi tempat bertaut cinta dan kasih sayang dalam keluarga besar itu. Semua memori itu masih terpahat kukuh dalam jiwa dan hati saya. Kukuh dan tidak pernah padam.
11. Begitulah peri pentingnya isteri menyediakan hidangan untuk keluarga. Begitulah specialnya hidangan yang dimasak oleh ibu kepada anak-anaknya. Setiap penat lelah ibu menyediakan yang terbaik kepada pasangan dan anak-anak kita, semuanya menjadi pahala yang mengalir tanpa henti kepada setiap wanita.
Sumber: Faridah Mohd Ali
The post Penat Kerja Bukan Alasan Tak Masak, Wanita Ini Bahagia Pilih Cara Begini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/penat-kerja-bukan-alasan-tak-masak-wanita-ini-bahagia-pilih-cara-begini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 238 hits
Resipi nasi jagung ini boleh jadi pengganti nasi minyak atau nasi beriani kerana hidangan lauknya lebih kurang sama Boleh dimakan dengan ayam masak merah daging beriani dan dalca Cuma nasi jagung ini lebih berasa dan sedap kerana siap denga...
Teknik Masak Sambal Sedap Jenis Bawang Dan Cara Tumis Kena Tahu

Teknik Masak Sambal Sedap Jenis Bawang Dan Cara Tumis Kena Tahu

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 232 hits
Teknik masak sambal ini adalah asas yang perlu dibuat supaya rasanya sedap Teknik ini dikongsi oleh tukang masak lauk kenduri yang mana cara inilah juga yang dipraktikkan sehingga sambalnya selalu mendapat permintaan ramai Cara ini turut ap...
Cara Masak Tomato Lasagna Paling Mudah Tapi Sedap

Cara Masak Tomato Lasagna Paling Mudah Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 164 hits
Nak masak Tomato Lasagna ni tidaklah susah mana pun Kalau ikut step by step ni confirm menjadi Makan panas panas lagi layan Bolehlah cuba sempena cuti sekolah ni Nak lagi sedap guna keju Perfect Italiano Parmesan dan tambahkan keju Perfect ...
Terbaik Cara Bekerja Begini

Terbaik Cara Bekerja Begini

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 145 hits
MSO Bangga seronok dan terharu cara Pengerusi MARA Dr Asyraf Wajdi Dusuki turun ke bawah menangani masalah rakyat marhaen Sentuhan secara langsung dapat menuntaskan segera masalah rakyat dan juga pelajar Dalam satu Tiktoknya Dr Asyraf turun...
Resepi Rendang Ikan Tenggiri Cara Masak Sedap Dan Mudah

Resepi Rendang Ikan Tenggiri Cara Masak Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 312 hits
Nak makan rendang yang lain daripada yang lain Cuba resepi rendang ikan tenggiri ni Resepi ni sangat mudah bahan bahan pun tak banyak Ikan tenggiri goreng yang rangup dicampur dengan rempah rempah yang sedap jadi hidangan ni memang perfect ...
Tersalah Guna Oxygen Absorber Ini Cara Betul Pilih Ikut Jenis Makanan

Tersalah Guna Oxygen Absorber Ini Cara Betul Pilih Ikut Jenis Makanan

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 266 hits
Pernah tak beli oxygen absorber tanpa tahu fungsinya Kisah yang dikongsikan oleh Saiful Azmi ini jadi peringatan buat kita semua jangan percaya bulat bulat cakap penjual tanpa ilmu Setiap warna pada oxygen absorber ada fungsi berbeza untuk ...
Macam Mana Nak Bahagia Walau Masalah Bertimbun Cubalah Cara Ni

Macam Mana Nak Bahagia Walau Masalah Bertimbun Cubalah Cara Ni

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 202 hits
Hidup ni memang penuh cabaran kan Kadang kadang rasa macam kita je yang kena uji lebih dari orang lain Tapi jangan risau Masalah tu sebenarnya normal je dan itu lumrah kita sebagai manusia selain dari melatih hati kita jadi lebih kuat So jo...
Resepi Cara Cara Masak Daging Merah Ala Kedai Thai

Resepi Cara Cara Masak Daging Merah Ala Kedai Thai

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 224 hits
Assalamualaikum Kalau makan kat kedai tomyam x sah kalau x order daging masak merah kan Nak masaknya mudah aje sebenarnya kat bawah ni SA sharekan resepi dan cara cara memasak SA ada buat sikit baru baru ni tapi sebab dah lapar sanagt lupa ...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord

Keputusan Mahkamah Tarif Menimbulkan Ketidakpastian Baru Dalam Pasaran