Penarikan Pkp Bukti Kegagalan Kerajaan


SESUDAH SUBUH 

SEMALAM Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah (foto) mengatakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan tamat pada 4 Februari nanti tidak akan dilanjutkan. 
Keputusan itu diambil menurutnya memandangkan PKP memberi kesan negatif, (keparahan) kepada ekonomi. Bagaimana pun untuk melandaikan lekok Covid, PKPB akan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga beberapa bulan lagi.
Pihaknya yakin penurun kes Covid ke angka bawah 2,000 akan dicapai dalam masa dua minggu lagi dengan syarat SOP dipatuhi.
Penegasan itu memberi sedikit rasa gembira kepada rakyat khasnya mereka yang sudah terbeban dengan beban hidup akibat PKP 0.2 yang dilaksanakan sejak 12 Januari lalu.


Mengenang kenyataan Dr Noor Hisham itu menjadi sedikit tanda tertanya buat saya, kenapa hal itu, (kebimbangan mengenai ekonomi negara) diumumkan oleh pakar kesihatan bukannya pakar ekonomi. Kenapa Dr Noor Hisham yang menyatakan perkara itu bukannya menteri ekonomi atau pun oleh menteri kirikanan yang lain lebih relevan untuk menurutnya? 


Sepatutnya orang yang bercakap mengenai kebimbangan ekonomi datang daripada pakar ekonomi atau menteri bersangkutan. Atau pun perdana menteri sendiri boleh membuat pernyataan itu baru ia nampak ia lebih bertanggungjawab. Tetapi kenapa diserahkan kepada Dr Noor Hisham?   

Apakah untuk mengadakan PKP dahulu cadangannya datang daripada pihak yang obses mengenai kesihatan seperti Dr Noor Hisham itu yang tentu terlupa untuk memikir mengenai kehidupan rakyat, perihal masalah ekonomi. Semestinya seorang doktor itu lebih nampak kepada bahaya penyakit kepada bahaya kemelesetan ekonomi.
Atau sesudah mereka para pakar kesihatan boleh merasakan antara kematian kerana Covid dan kematian kerana lapar itu sedang mula bertarung sekarang ini?

Mungkin kerana Dr Noor Hisham sudah dapat melihat sendiri bagaimana keparahan hidup golongan bawahan yang kehilangan sumber penghidupan sejak PKP 2.0 dikuatkuasakan maka anjakan perlu dibuat segera. Atau pun setelah beliau mengambil kira kematian kerana lapar akan jadi lebih tinggi daripada jangkit Covid jika ekonomi tidak dipacu?

Atau beliau sendiri sudah dapat merasakan kesia-siakan (tak jadi apa kata orang Kelantan) mengadakan PKP sedang jumlah kes Covid terus meningkat. Dalam tempoh dua minggu sejak PKP dan darurat dikuatkuasakan kes naik mendadak hingga mencecah lebih 4,000 dan purata kes sehari sekitar 3,000 kes? Sedangkan proklamasi darurat itu diadakan kononnya hendak mencegah Covid dan Covid pula tidak berdegis bahkan makin menggila. 

Ataupun apakah kerana kerajaan sudah tidak dapat menampung bantuan kepada rakyat lagi? Perbendaharaan sudah kehabisan wang.  Sebelum ini kerajaan rasa dapat "pegang cekak" boleh terus membantu rakyat dengan segala macam insentif diberikan. Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz juga mungkin sudah hilang kebijaksanaan untuk mengumumkan angka dan membuat angkubah keewangan negara?  Begitukah?


Iya, hidup ini selama mana sangat kita boleh berbangga dan bermain dengan retorik. Si tukang silap mata sering menyesali perbuatan mereka (menipu khalayak dan meperdayakan orang) apabila mereka pulang ke rumah. Retorik tidak boleh dimakan kerana semua orang akhirnya akan berpijak di bumi nyata. Banyak kesimpulan dan unjuran dibuat oleh Zafrul terjun ke laut dan nol belaka.

Sudah pasti kesimpulan untuk menamatkan PKP itu walaupun kes masih belum stabil kerana menyedari masalah keparahan ekonomi rakyat di bawah sana.  

Bagi mereka yang otak cair dapat merasakan apa yang dilakukan ini agak pelik sedikit. Tujuan PKP adalah untuk mengatasi Covid. Ia dibuat ketika Covid berada sekitar 2,000 kes sehari. Tetapi saat kes Covid berada di atas 3,000 tiba-tiba pula pelan mengatasinya diubah kerana tekanan ekonomi.

Apakah sebelum tindakan untuk meletakkan negara dalam PKP serentak dengan pengumuman proklamasi darurat perkara (implikasi dan risiko) itu tidak difikir? Jelas apa disuarakan, kebimbangan diutarakan mengenai sejauh mana keperluan darurat itu sudah menunjukkan kebenaran. Bahawa darurat itu hanya aling-aling untuk melindungi sesuatu yang lebih bersifat nafsu semata-mata. Cis. 

Melihat keadaan ini semua ia memberi gambaran kekalutan kerajaan hari ini dalam membuat sesuatu keputusan, termasuk keputusan sepenting mengenai Covid, darurat itu yang telah memangsakan ekonomi negara dan rakyat. Banyak keputusan dan tindakan dilakukan kerajaan tidak menunjukkan mereka kompeten sebagai penguasa. Ambil sahaja contoh pengaturan jadual sekolah, kelam kabut jadinya. Begitu begini sampai sudah hancur lunyai murid dan pelajar dibuat oleh menteri yang menuntut di negara Kangaroo. 
Nah, kalau begitu untuk apa lagi proklamasi darurat itu kalau ia tidak mengubah keadaan. Wajarlah kalau Yang di-Pertuan Agong untuk mempertimbangkan desakan dan menggunakan kebijaksanaan agar darurat ditarik balik segera.

Apa yang berlaku memberi jawaban dan kerajaan tertempelak dengan apa yang mereka lakukan sendiri. Kesombongan kerajaan untuk tidak sedia mengajak dan terbuka hati bagi mengongsi dengan pihak-pihak luar, professional dan pembangkang menyelesai dan mencari solusi itu telah mengena dirinya sendiri.

Sebelum ini kerajaan mungkin mengira ia dapat diatasi dengan harapan akan mendapat political mileage bagi dijadikan modal dalam pilihan raya akan datang. Jika begitu tindakan kerajaan sudah jelas gagal dan tidak guna.

Apa yang berlaku kini, kerajaan mengambil sikap mengendur, menyemak balik keputusan untuk menukar PKP kepada PKPB adalah pengajaran buat mereka. Ia sesuatu tindakan tepat sebelum keadaan jadi lebih parah dan rakyat naik angin senguguk. 

Untuk masa akan datang, jangan bertindak secara bersendirian dengan penuh kesombongan. Apa lagi menggunakan ruang dan kesempatan mempengaruhi apa-apa aparat institusi negara seperti Raja-Raja untuk melindungi niat busuk kita.  

Dengan kekuatan 73 jemaah menteri, (lebih hebat daripada jemaah menteri Amerika Syarikat yang hanya 35 anggota) ternyata kerajaan PN tidak dapat berbuat sesuatu yang mengesankan. Kegagalan ini kena disedari khas oleh Muhyiddin Yassin bahawa ia ada kena mengenakan dengan apa yang berlaku, bahawa perbuatan anda sebelum ini mencuri kerajaan rakyat tidak mendapat berkat dan rahmat. [wm.kl.6:32 am 26/01/2021]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/01/penarikan-pkp-bukti-kegagalan-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Umum Keputusan Pkp Tidak Akan Sambung Selepas 4 Feb Ini Dg Noor Hisham Jelaskan Kenapa

Kerajaan Umum Keputusan Pkp Tidak Akan Sambung Selepas 4 Feb Ini Dg Noor Hisham Jelaskan Kenapa

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 272 hits
PUTRAJAYA Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara kecuali Sarawak yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini tidak akan dilanjutkan
Pkp 3 0 Lebih Ketat Bakal Dilaksanakan Bekas Pm Kecam Kerajaan Pn Mengarut

Pkp 3 0 Lebih Ketat Bakal Dilaksanakan Bekas Pm Kecam Kerajaan Pn Mengarut

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 673 hits
Jika benar apa yang di bagitahu oleh Najib Razak dalam FB beliau Memang sah kerajaan PN amat bodoh seperti yang di tulis oleh Najib Sepatutnya PKP 2 0 terus diperketatkan tanpa menunggu sebulan baru hendak di ketatkan seperti PKP 1 0Dewan P...
Senarai Kegagalan Kerajaan Pn Tebuk Atap

Senarai Kegagalan Kerajaan Pn Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 322 hits
Berikut adalah kegagalan kerajaan Perikatan Nasional tebuk atap 1 Membazirkan duit rakyat jutaan ringgit sebulan dengan pembentukan 70 orang anggota kabinet Malah anggota kabinet itu jelas gagal menjalankan tanggungjawab masing masing 2 Gag...
Pakej Rangsangan Bukti Komitmen Tinggi Kerajaan

Pakej Rangsangan Bukti Komitmen Tinggi Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 196 hits
Oleh KUALA LUMPUR Pengumuman pakej rangsangan termasuk peruntukan Belanjawan 2021 berjumlah lebih setengah trilion ringgit sejak tahun lalu membuktikan kesungguhan dan komitmen tinggi kerajaan untuk membantu rakyat dan perniagaan yang terke...
Langgar Peraturan Pkp Kerajaan Cadang Hukuman Lebih Berat Buat Individu Dan Syarikat

Langgar Peraturan Pkp Kerajaan Cadang Hukuman Lebih Berat Buat Individu Dan Syarikat

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 258 hits
Kerajaan ketika ini sedang membuat pindaan kepada Ordinan Darurat untuk meningkatkan hukuman bagi mereka yang melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Dalam satu lapora
Terimalah Hakikat Kerajaan Yiddin Tiada Majoriti Kedutaan Beri Amaran Pkp Darurat Akan Lumpuhkan Ekonomi

Terimalah Hakikat Kerajaan Yiddin Tiada Majoriti Kedutaan Beri Amaran Pkp Darurat Akan Lumpuhkan Ekonomi

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 248 hits
NORMAN RADZUAN Hari ini pelbagai komen dari kedutaan di negara ini yg mengatakan tindakan darurat akn membuat ekonomi negara merudum dan byk syarikat besar dan kecil akn ditutup Ia sgt2 membimbangkan kata mereka Mereka meragui atas dasar ke...
Gagal Isytihar Pkp Seluruh Negara Kerajaan Pn Lemah

Gagal Isytihar Pkp Seluruh Negara Kerajaan Pn Lemah

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 276 hits
GAGAL ISYTIHAR PKP SELURUH NEGARA KERAJAAN PN LEMAHGagal isytihar PKP seluruh negara kerajaan PN lemahOleh January 20 2021Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua yang membingungkan rakyat mendapat kritikan mantan Timbalan Menteri Kesihatan D...
Kerajaan Putuskan Pkp Di Seluruh Negara 22 Januari Sehingga 4 Februari Kecuali Sarawak

Kerajaan Putuskan Pkp Di Seluruh Negara 22 Januari Sehingga 4 Februari Kecuali Sarawak

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 293 hits
PUTRAJAYA Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12 01 tengah malam 22 Januari hingga 4 Februari Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata enam negeri te...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever