Penarikan Balik Keluaran Telur Kpdnhep Nasihat Pengguna Elakkan Pembelian Panik


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

Penarikan balik keluaran telur, KPDNHEP nasihat pengguna elakkan pembelian panik. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang melakukan siasatan berkenaan dengan kesan penarikan balik pengeluaran telur negara ini.
Di dalam kenyataan yang sama, KPDNHEP juga mengatakan bahawa fokus utama pihak KPDNHEP pada masa ini ialah bagi memantau rapi kedudukan bekalan telur di dalam pasaran negara berkaitan dengan isu penemuan bakteria itu. Setiap pemantauan bekalan yang dilakukan akan dipertingkatkan pada setiap rantaian pengedaran dan pembekalan telur untuk mengesan kawasan yang bakal terjejas keberadaan bekalan telur.
Selain itu, KPDNHEP juga mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri dan pengeluar ayam di dalam negara untuk bersiap sedia sekiranya berlaku sebarang risiko gangguan bekalan telur dalam negara.
Keracunan Makanan Oleh Bakteria Samonella Keracunan makanan oleh bakteria ini kebiasaannya berpunca daripada pencemaran silang daripada makanan dan daging mentah kepada makanan yang telah dimasak semasa penyediaan atau penyimpanan. Bakteria ini juga boleh berpunca daripada pencemaran silang oleh pengendali makanan daripada haiwan.
Makanan yang biasanya dikaitkan dengan bakteria ini adalah seperti daging ayam, atau produk yang berasaskan ayam. Bakteria ini juga boleh didapati daripada telur, susu dan juga hasil tenusu seperti keju, krim, kastard dan susu mentah.
Antara tanda-tanda jangkitan bakteri ini adalah seperti berikut:
Demam Cirit birit Sakit perut Muntah Loya Layari laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk maklumat lanjut berkenaan dengan bakteria ini.
Pihak berkuasa Singapura melakukan langkah berhati-hati susulan dakwaan penemuan bakteria Somanella Enteritidis (SE) pada pengeluaran telur di negara tersebut.
Singapura juga telah mengarahkan empat pengimport untuk menarik balik pengeluaran dari pasaran telur yang dihasilkan dari sebuah syarikat di Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga. Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang Agensi Makanan Singapura (SFA), “Arahan menarik balik itu sedang giat berjalan. Ladang itu juga digantung dan SFA akan hanya menarik balik penggantungan apabila ladang yang terkesan telah menyelesaikan isu pencemaran Samonella Enteritidis (SE) tersebut”.
Samonella Enteritidis ini boleh dihapuskan dengan proses pemanasan, dan telur boleh dimakan dengan selamat jika dimasak dengan betul. Kata pihak SFA, simptom yang bakal dialami seseorang individu apabila terkena jangkitan ini ialah cirit-birit, sakit perut, demam, mabuk dan muntah-muntah.
Sehubungan dengan isu ini, pihak Kementerian Pengeluaran Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengingatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga telur dan jika mereka didapati berbuat demikian, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
“Peniaga boleh dikenakan denda sehingga RM500,00 sekiranya suatu perbadanan atau syarikat dan bagi bukan perbadanan atau individu, mereka boleh dikenakan denda hingga RM100,00 atau dipenjarakan hingga tiga tahun atau kedua-duanya sekiranya sabit kesalahan.”
Pengguna yang mempunyai maklumat berkenaan dengan isu kenaikan harga ini, KPDNHEP meminta pengguna untuk menyalurkan maklumat berhubung salah laku peniaga melalui talian 1-800-886-800 atau menerusi aplikasi Whatsapp di talian 019-279 4317.
Pengguna juga dinasihatkan supaya tidak melakukan pembelian panik telur yang boleh memberikan gangguan terhadap bekalan telur di negara ini susulan daripada laporan pihak Singapura menarik balik pengeluaran telur di sebuah syarikat Malaysia.
Sebelum ini, kami ada kongsikan berkenaan dengan Koleksi Lengkap Modul Latihan Sukan Kokurikulum dan juga berkenaan dengan Evidens SKPMg2 yang berguna untuk para guru.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi terkini, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. 
 
Penarikan balik keluaran telur, KPDNHEP nasihat pengguna elakkan pembelian panik
Dzanifah Nadia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2021/03/penarikan-balik-keluaran-telur-kpdnhep-nasihat-pengguna-elakkan-pembelian-panik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Telur Pengguna Dinasihat Elak Pembelian Panik

Telur Pengguna Dinasihat Elak Pembelian Panik

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 221 hits
HARAKAHDAILYFoto hiasan KUALA LUMPUR Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menasihati pengguna agar tidak melakukan pembelian panik telur sehingga mengganggu bekalan di negara ini susulan laporan penarikan balik telur ...
S 039 Pura Arah Telur Dari 1 Lagi Ladang M 039 Sia Ditarik Balik Akibat Bakteria Salmonella

S 039 Pura Arah Telur Dari 1 Lagi Ladang M 039 Sia Ditarik Balik Akibat Bakteria Salmonella

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 242 hits
SINGAPURA Agensi Makanan Singapura mengarahkan beberapa pengimport untuk menarik balik telur dari Linggi Agriculture di Malaysia setelah mengesan adanya Salmonella Enteritidis dalam produk tersebut Ini kali kedua dalam masa seminggu SFA m
Twitter Akan Memberikan Ciri Nyah Hantar Ciapan Kepada Pengguna Berbayar

Twitter Akan Memberikan Ciri Nyah Hantar Ciapan Kepada Pengguna Berbayar

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 180 hits
Ciri nyah hantar ciapan telah ditemui oleh Jane Wanchun Wong pada aplikasi Twitter awal bulan ini Ia masih bukan ciri suntingan ciapan yang telah lama diminta pengguna tetapi adalah langkah ke hadapan yang dinantikan Kini Twitter mengesahka...
Jumlah Langganan Perkhidmatan Penstriman Video Melangkaui 1 Bilion Pengguna Pada Tahun Lepas

Jumlah Langganan Perkhidmatan Penstriman Video Melangkaui 1 Bilion Pengguna Pada Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 246 hits
Wabak COVID 19 yang membelenggu dunia hadir dengan kesan sampingan buruk untuk pelbagai perniagaan tetapi peluang keemasan untuk perkhidmatan perkhidmatan yang lain Diantaranya ialah perkhidmatan penstriman video yang mencatatkan statistik ...
Wanita Hamil Mungkin Dibenar Terima Vaksin Tertakluk Nasihat Doktor

Wanita Hamil Mungkin Dibenar Terima Vaksin Tertakluk Nasihat Doktor

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 213 hits
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menjelaskan wanita hamil akan dibenarkan mengambil vaksin Covid 19 namun tertakluk kepada penilaian risiko yang dilakukan oleh perunding penjagaan kesihatan masing masing Pemberian vaksin Covid 19 boleh diper...
Instagram Mengehadkan Interaksi Antara Pengguna Remaja Dan Dewasa

Instagram Mengehadkan Interaksi Antara Pengguna Remaja Dan Dewasa

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 145 hits
Media sosial adalah cabaran besar bagi ibu bapa moden Bilakah usia yang sesuai untuk mereka mempunyai akaun peribadi dan sejauh manakah kebebasan yang diberikan Ini ialah isu besar kerana isu antun kanak kanak yang semakin menjadi jadi kebe...
Fon Telinga Imoo Direka Untuk Menjaga Pendengaran Pengguna Kanak Kanak

Fon Telinga Imoo Direka Untuk Menjaga Pendengaran Pengguna Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 290 hits
Kesihatan pendengaran ialah isu yang menjadi semakin penting kerana penggunaan fon kepala dan telinga yang meluas Ramai pengguna kurang cakna bahawa mendengar muzik pada tetapan tertinggi untuk jangka masa yang lama boleh merosakkan pendeng...
Mulai 1 April Pengguna Ets Layak Nikmati Diskaun Rm10 Sepanjang 3 Bulan

Mulai 1 April Pengguna Ets Layak Nikmati Diskaun Rm10 Sepanjang 3 Bulan

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 203 hits
Hasil kerjasama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya pengguna Perkhidmatan Tren Elektrik kini layak menerima diskaun RM10 bagi tiket perjalanan bermula April kelak Penawaran diskaun tersebut seiring dengan promosi kempen Cuti Cuti Malays...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa