Telur Pengguna Dinasihat Elak Pembelian Panik



HARAKAHDAILYFoto hiasan. KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menasihati pengguna agar tidak melakukan pembelian panik telur sehingga mengganggu bekalan di negara ini, susulan laporan penarikan balik telur keluaran sebuah syarikat Malaysia daripada pasaran Singapura.
Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP dalam satu kenyataan malam tadi, menyatakan bahagian itu sedang menilai kesan terhadap bekalan telur di negara ini susulan tindakan pihak berkuasa Singapura tersebut yang dibuat sebagai langkah berjaga-jaga berikutan dakwaan penemuan bakteria Somanella Enteritidis (SE).
Berikutan itu juga KPDNHEP sedang membuat penilaian kesan terhadap bekalan telur di pasaran domestik dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Memetik laporan Bernama, fokus tindakan KPDNHEP ialah pemantauan rapi terhadap kedudukan bekalan telur di pasaran susulan daripada isu penemuan itu.
“Pemantauan bekalan ditingkatkan di setiap rantaian pengedaran dan pembekalan telur untuk mengesan kawasan dijangka terjejas keberadaan bekalan telur.
“KPDNHEP juga mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri dan pengeluar ayam dalam negara untuk siap siaga menjalankan proses pengeluaran bekalan telur bagi menampung sebarang risiko gangguan bekalan telur dalam negara sekiranya berlaku,” ujar kenyataan itu.
KPDNHEP juga mengingatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga telur dan mereka yang didapati berbuat demikian boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
“Sekiranya sabit kesalahan, peniaga boleh dikenakan denda hingga RM500,000 sekiranya suatu perbadanan/syarikat dan bagi bukan perbadanan/individu boleh dikenakan denda hingga RM100,000 atau dipenjarakan hingga tiga tahun atau kedua-duanya,” demikian menurut kenyataan itu.
KPDNHEP juga meminta pengguna menyalurkan maklumat berhubung salah laku peniaga melalui talian 1-800-886-800 atau aplikasi WhatsApp di talian 019-279 4317.
Semalam, Bernama melaporkan Singapura telah mengarahkan empat pengimportnya menarik balik telur keluaran Lay Hong Berhad Layer Farm Jeram di Malaysia daripada pasaran republik itu sebagai langkah berjaga-jaga.
Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA), arahan itu dibuat berikutan penemuan bakteria SE pada produk tersebut yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan sekiranya produk berkenaan dimakan mentah atau separuh masak.
“Arahan menarik balik itu sedang berjalan. Ladang itu juga digantung dan SFA akan hanya menarik balik penggantungan itu apabila ladang itu menyelesaikan isu pencemaran SE berkenaan,” menurut kenyataan disiarkan di laman sesawang SFA.
SE boleh dihapuskan dengan pemanasan, telur adalah selamat untuk dimakan jika mereka dimasak dengan betul, menurut kenyataan itu dan menambah, simptom jika terkena jangkitan termasuklah cirit-birit, sakit perut, demam, mabuk dan muntah-muntah.
Pengimport terbabit adalah Ang Seng Eggs Supplier, Dasoon Pte Ltd, Heng Guan Food Industrial Pte Ltd dan Lam Leng Trading Co. – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/telur-pengguna-dinasihat-elak-pembelian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penarikan Balik Keluaran Telur Kpdnhep Nasihat Pengguna Elakkan Pembelian Panik

Penarikan Balik Keluaran Telur Kpdnhep Nasihat Pengguna Elakkan Pembelian Panik

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 257 hits
Penarikan balik keluaran telur KPDNHEP nasihat pengguna elakkan pembelian panik Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna sedang melakukan siasatan berkenaan dengan...
Dakwaan Ditekan Sprm Mp Melompat Elak Komen

Dakwaan Ditekan Sprm Mp Melompat Elak Komen

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 267 hits
Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar enggan mengulas dakwaan yang mengatakan dia keluar daripada PKR ekoran ditekan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Setelah dikejar pemberita Xavier hanya memberikan sebaris kenyataan berhubu...
Video Azmin Politikus Terjahat Xavier Elak Media Durjana Politik Semua B

Video Azmin Politikus Terjahat Xavier Elak Media Durjana Politik Semua B

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 214 hits
Antara paparan Sekilas Fakta 15 Mac 2021 1 Azmin ahli politik paling jahat abad ini Syed Badli 2 Saya berpegang dengan kenyataan saya Xavier enggan ulas 3 PAS sambut baik tawaran baru PN pada rakyat Malaysia 4 Polis sahkan insiden pertengka...
Tips Elak Debu Di Rumah

Tips Elak Debu Di Rumah

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 504 hits
Hi korang Debu rumah biasanya berkumpul di kasut bantal kerusi peralatan rumah yang terbiar lama dan banyak lagi Ia juga termasuk permainan kanak kanak serta peralatan lain yang sering terlupa di cuci Bab debu atau habuk ni memang SA sensit...
Kalau Ada Anak Kecil Nak Berpuasa Untuk Pertama Kali Elak Buat Kesilapan Ini

Kalau Ada Anak Kecil Nak Berpuasa Untuk Pertama Kali Elak Buat Kesilapan Ini

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 306 hits
Ali kena puasa ya tahun ni Nanti mommy bagi RM1 kalau Ali puasa okay Maka si anak pun bersetuju dengan tawaran yang diberikan Tapi boleh ke menawarkan hadiah Ikuti perkongsian pakar Keibubapaan dan Kekeluargaan ini Tips Mengajar Anak Kecil ...
Video Macam Macam Hal Elak Soalan Yang Tak Disukai Pm Thailand Sembur Wartawan Dengan Cecair Sanitasi

Video Macam Macam Hal Elak Soalan Yang Tak Disukai Pm Thailand Sembur Wartawan Dengan Cecair Sanitasi

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 311 hits
BANGKOK Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan ocha meninggalkan sekumpulan petugas media dalam keadaan terpinga pinga pada Selasa apabila beliau mengakhiri sesi sidang medianya dengan menyemburkan cecair sanitasi tangan ke arah wartawan ker...
Saya Nak Elak Hujan Rider Disaman Sebab Pasang Bumbung Tambahan Di Motosikalnya Tanpa Kelulusan

Saya Nak Elak Hujan Rider Disaman Sebab Pasang Bumbung Tambahan Di Motosikalnya Tanpa Kelulusan

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 390 hits
The ReporterJabatan Pengangkutan Jalan Kuala Lumpur mengenakan saman terhadap seorang penunggang motosikal yang mengubahsuai motosikalnya dari struktur asal dengan memasang struktur tambahan tanpa kelulusan pihak berkuasa Lelaki berusia 52 ...
Baru 4 Tahun Semua Gigi Tak Ada Puncanya Mak Ayah Selalu Bagi Ice Cream Doktor Pesan Elak Beri Kalau Sayang Anak

Baru 4 Tahun Semua Gigi Tak Ada Puncanya Mak Ayah Selalu Bagi Ice Cream Doktor Pesan Elak Beri Kalau Sayang Anak

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 460 hits
Mommy nak ice cream memang kita tak nampak kesanya jika beri anak makan ice cream gula gula dan makanan manis ketika itu Namun kesannya sangat besar untuk esok lusa dan kemudian hari Bahayanya makanan manis ini boleh menyebabkan gigi anak s...
Huawei App Gallery Kini Mempunyai 530 Juta Pengguna Aktif Bulanan

Huawei App Gallery Kini Mempunyai 530 Juta Pengguna Aktif Bulanan

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 325 hits
Selepas berubah sepenuhnya kepada Huawei Mobile Services dua tahun lalu App Gallery ialah gedung utama yang digunakan pengguna peranti Huawei untuk memuat turun aplikasi Huawei kini mengumumkan App Gallery kini mempunyai 530 juta pengguna a...
Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

The Graduate A Slick Bmw Boxer Bobber Built From R65 And R100 Parts


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Artis Paling Muda Di Dunia Yang Menjalani Pembedahan Penukaran Jantina

Tiga Tanda Kiamat Yang Harus Difikirkan

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar

Pas Slams Gov T For Treating People As Tax Collection Machines Burdening Rakyat