Penarik Beca Melaka Rindu Wakil Rakyat Turun Padang


Azzman Abdul Jamal Penarik beca di Melaka merasakan nasib mereka kurang diberi perhatian sejak tamat era pentadbiran Ali Rustam.

Penarik beca menunggu pelanggan untuk dibawa bersiar di sekitar Bandar Melaka. Sejak beberapa tahun lamanya, penarik beca telah menjadi sebahagian tarikan utama kepada pelancong untuk melawat Melaka, mereka membawa beca penuh hiasan di sekitar ibu negeri itu.
Ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semakin hampir untuk memilih kerajaan negeri yang baru, mereka  berharapa kerajaan baru yang bakal dibentuk akan lebih kerap turun padang dan meninjau keadaan penarik beca di Bandar Melaka.
Ketika ditemui MalaysiaNow, mereka berkata sejak tamat era pentadbiran Mohd Ali Rustam sebagai ketua menteri Melaka pada 2013, nasib penarik beca kurang diberi perhatian sekali gus membuatkan mereka berasa tidak dipedulikan.
Nixon Sebastion menunggu pelanggan, becanya menjadi sumber rezeki sejak 12 tahun lalu.Nixon Sebastion, 51, berkata bantuan dan sumbangan yang diberikan Ali sebenarnya tidaklah jauh beza dengan apa yang diterima daripada kerajaan negeri sekarang, cumanya beliau sering meninjau keadaan mereka dan bertanyakan khabar.
Katanya, ini membuatkan golongan penarik beca merasa sangat dihargai dan mudah untuk meluahkan segala masalah yang dihadapi.
“Bukan sahaja beliau banyak menyumbang kepada pembangunan pelancongan di negeri ini, beliau juga selalu datang lawat kami dan bertanyakan keadaan penarik beca,” katanya.
“Sekarang sudah tiada. Jarang dapat berjumpa dengan ketua menteri atau wakil rakyat.”
Menurut Sebastion, dia sudah 12 tahun bekerja sebagai penarik beca di bandar bersejarah itu.
Sekumpulan penarik beca menanti pengunjung untuk dibawa mengelilingi sekitar Bandar Melaka. Zulkifli Ahmad, 38, yang sudah lapan tahun menjadi penarik beca, berkata kerajaan atau ketua menteri yang bakal menang PRN ini diharap akan mencontohi sikap Ali supaya tidak terus lupa diri dan sentiasa mengingati mereka yang berada “di bawah”.
“Sejak Idris Haron menggantikan Mohd Ali sebagai ketua menteri, diikuti dengan Adly Zahari dan Sulaiman Md Ali, keadaan tidak semeriah dulu.
“Tidak kira siapa akan menang PRN ini sama ada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (BN), atau Pakatan Harapan (PH), kami hanya pedulikan jika kerajaan mengambil berat terhadap nasib penarik beca,” tambahnya.
Mengulas mengenai cabaran berdepan pandemik Covid-19 Mac tahun lalu, Zulkefli berkata, ramai dalam kalangan penarik beca hilang sumber pendapatan apabila tidak dapat meneruskan operasi sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Katanya, ramai dalam kalangan penarik beca terpaksa beralih kepada pekerjaan lain secara sementara untuk terus meraih pendapatan.
“Ada yang memandu Grab, menghantar makanan dengan Foodpanda dan ada juga yang bekerja kontrak. Pelbagai kerja kami lakukan ketika operasi beca terpaksa ditutup,” kata Zulkefli.
Pada 1 Jun, kerajaan melaksanakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial di seluruh negara ekoran peningkatan mendadak kes Covid-19 di Malaysia.
Jack berkata penarik beca tidak mendapat pendapatan banyak kerana terpaksa bersaing dengan perkhidmatan e-hailing. Namun begitu, Melaka membuka semula sektor pelancongan negeri pada 1 Oktober lalu apabila beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Penarik beca yang hanya mahu dikenali sebagai Jack, 34, berkata langkah ini memberi “ruang bernafas” kepada penarik beca apa negeri itu mula menerima kehadiran pelancongan tempatan.
Menurut Jack, Zulkefli dan Sebastion, pendapatan mereka kembali pulih antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan selepas aktiviti pelancongan di kawasan itu kembali hidup.
“Bagaimanapun ia bergantung kepada keadaan.
“Pendapatan kami sekarang juga tidaklah seperti dulu kerana jumlah penarik beca sudah bertambah dan ini meningkatkan lagi persaingan,” kata Jack sambil menambah kini 345 beca di kawasan bandar Melaka yang berdaftar di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Katanya, meskipun bersyukur dengan bantuan bayaran RM600 secara “one-off” kepada penarik beca sebagai bantuan PKP, mereka agak terkilan apabila pengumuman mengenai bantuan banyak dinyatakan kepada pihak lain terdahulu.
“Bila sebut tentang bantuan PKP, selalu dengar ‘orang lain’ dapat dulu, untuk kami mesti diumumkan kemudian. Seolah-olah kami tidak penting.
“Kami berharap kerajaan akan lebih komited untuk pastikan operasi beca di Melaka akan diteruskan kerana ia merupakan perkhidmatan legasi yang wujud setelah sekian lama sebagai tarikan pelancong di negeri ini,” tambahnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/penarik-beca-melaka-rindu-wakil-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Apa Ertinya Jadi Wakil Rakyat Jika Miskin Tegar Terus Tidak Terbela

Prn Melaka Apa Ertinya Jadi Wakil Rakyat Jika Miskin Tegar Terus Tidak Terbela

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 270 hits
Kempen PRN Melaka berbaki empat hari lagi dengan kesemua yang bertanding melipatgandakan usaha bagi merebut sokongan pengundi Di tengah tengah kemeriahan PRN itu masih ada keluarga yang mengharapkan bekalan elektrik dari jiran sebelah masih...
Prn Melaka Tolak Wakil Rakyat Katak Lompat Demi Kepentingan Diri

Prn Melaka Tolak Wakil Rakyat Katak Lompat Demi Kepentingan Diri

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 293 hits
PRN Melaka Tolak Wakil Rakyat Katak Lompat Demi Kepentingan Diri Pengundi di Melaka menolak calon yang melompat parti malah menyifatkan individu seperti ini hanya mementingkan diri Mengimbau kembali Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Rohaya Abu B...
Rakyat Melaka Patut Berterima Kasih Dengan Kami Berempat Kata Norhizam

Rakyat Melaka Patut Berterima Kasih Dengan Kami Berempat Kata Norhizam

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 210 hits
Calon DUN Pengkalan Batu itu berkata tarik sokongan terhadap ketua menteri adalah tindakan berprinsip untuk selamatkan aset Melaka Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee tidak menyesal sedikit pun dengan tind...
Tyt Beri Isyarat Minta Rakyat Melaka Beri Peluang Kepada Ph

Tyt Beri Isyarat Minta Rakyat Melaka Beri Peluang Kepada Ph

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 285 hits
Oleh MOHD SAYUTI OMAR November 16 2021 Bekas Tuan Yang Dipertua Melaka Khalil Yaacob hadir di suatu majlis yang turut ada sama calon Pakatan Harapan di Tanjung Dahan Kuala Linggi disifatkan sebagai suatu yang positif buat PH oleh Presiden A...
Poster Tular Sultan Johor Mahu Rakyat Tolak Umno Dalam Prn Melaka Palsu

Poster Tular Sultan Johor Mahu Rakyat Tolak Umno Dalam Prn Melaka Palsu

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 251 hits
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN SULTAN Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sekali lagi bertitah menegaskan bahawa baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang tular dalam media sosial ketika ini Jelas baginda kenyataan yang...
Pertumbuhan Ekonomi Melaka Rancak Rakyat Terbela Janji Ph

Pertumbuhan Ekonomi Melaka Rancak Rakyat Terbela Janji Ph

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 254 hits
Calon Ketua Menteri Melaka Pakatan Harapan Adly Zahari berjanji bahawa gabungan itu akan memacu pertumbuhan ekonomi negeri yang cemerlang untuk 5 tahun ke hadapan Dalam perutusan khas beliau menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka malam tadi A...
Zontes 368g Motosikal Paling Diminati

Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Ju Haknyeon Didepak Dari The Boyz Oleh Agensi Begini Kronologinya

Unit Trust Patuh Syariah Panduan Memulakan Pelaburan Dari Rm100

Hiburan Pernah Ke Kami Bertindak Kosong Caprice Dakwa Ada Bukti Naim Daniel Terlibat Kes Amang Seks Al

Maxwel Franklin Saran Chelak Jari Tua Chord

Ranking Universiti Malaysia Terbaik Di Dunia 2026

Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iddin Ramli Sembang Dari Imam Masjid Ke Empayar Naseehat Trauma Kejayaan

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik

Ustaz Azhar Idrus Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia Pesan Jangan Letak Harapan Tinggi Tiada Yang Sempurna

Itu Keputusan Hakim Peguam Negara Pm Anwar Tak Masuk Campur Urusan Dnaa Najib

Pas Sudah Melupakan Shahidan Kassim Annuar Musa

Redmi Pad 2 Series Drops With Next Level Entertainment