Pertumbuhan Ekonomi Melaka Rancak Rakyat Terbela Janji Ph



Calon Ketua Menteri Melaka Pakatan Harapan (PH) Adly Zahari berjanji bahawa gabungan itu akan memacu pertumbuhan ekonomi negeri yang cemerlang untuk 5 tahun ke hadapan.
Dalam perutusan khas beliau menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka malam tadi, Adly berkata, Pelan Maju Bersama HARAPAN direka khusus untuk memulihkan struktur sosial, meneruskan dasar PH dan memastikan pertumbuhan ekonomi cemerlang pasca Covid 19 buat rakyat Melaka.
“Pelan ini (menetapkan) bagaimana kita mahu memacu Melaka dalam tempoh 5 tahun akan datang.
“20 November rakyat akan membuat keputusan masa hadapan mereka. Sebelum kita memacu masa hadapan, kita perlu melihat pencapaian 22 bulan kerajaan PH di Melaka. Kita tahu bahawa kita telah melaksanakan 73% manifesto PRU 14 yang lalu,” katanya di permulaan ucapan.
Seterusnya Adly membentangkan beberapa kejayaan penting pentadbiran PH selama 22 bulan, sejak Mei 2018.
Hal itu termasuk, meluluskan lebih 100 pembinaan rumah percuma bagi warga Melaka di atas tanah sendiri, menyediakan bas percuma, insentif parking percuma Sabtu dan Ahad, meluluskan Empangan Sungai Jernih untuk keperluan air Melaka, 18.2 juta pelancong datang pada 2018 dan 2019
Juga dibariskan kejayaan membawa masuk Air Asia ke Lapangan Terbang Batu Berendam bagi meningkatkan pelancongan dan ekonomi yang sebelum itu hanya 50,000 penumpang menggunakan lapangan terbang tersebut. Dengan strategi tepat sepanjang 22 berlaku peningkatan kepada lebih 200,000 dan menghubungkan Melaka dengan beberapa destinasi tumpuan seperti Langkawi, Kota Bharu dan sebagainya.
Kerajaan Negeri juga, katanya berjaya menubuhkan Dana Harta Bumiputera yang mana rakyat bukan sahaja dapat pinjaman perumahan, mereka juga boleh mendapatkan bantuan makro kredit meneruskan kerja keusahawanan.
“Dalam 22 bulan, kami mengadakan hari bertemu rakyat hampir setiap minggu. Juga rakyat tanpa gagal bertemu Ketua Menteri untuk menyatakan keluhan dan masalah. Kita selesaikan masalah, dan ada masalah yang tertangguh sejak puluhan tahun,” katanya.
Namun kegawatan ekonomi dan politik sepanjang tempoh Covid 19 menyebabkan keadaan sosio ekonomi penduduk Melaka memburuk.
Oleh itu, kata Adly, PH telah menggariskan manifesto 3 Teras, 6 Strategi dan 32 Inisiatif yang mesti dilaksanakan untuk masa depan negeri dan rakyat.
“Teras pertama Melaka Sejahtera lebih kepada cabaran kita hadapi masalah Covid, ramai terkesan isu kesihatan, fizikal mahu pun mental. Inisitif kita berupa tindakan seberapa segera mungkin di mana program pemulihan dan kit saringan percuma diberi bagi industri.
“Kita juga mencadangkan perlu Dana Ehsan Covid 19. Kita tahu kerana Covid, sebahagian keluarga kehilangan ibu bapa dan sudah pasti anak-anak harus dijaga kebajikan atau masa depan mereka. Dana Ehsan akan memastikan sebahagian dana negeri untuk pendidikan jangka panjang kerana kehilangan ahli keluarga.
“Kita juga sediakan kad Melaka Sihat untuk membantu keluarga mendapat rawatan di klinik swasta,” katanya.
PH juga, kata Adly, mencadangkan Skim Haparan Rakyat Melaka yang memberi bantuan kepada kanak-kanak sekolah sepanjang pandemik Covid. Kepada warga emas yang tidak mempunyai pendapatan tetap, dijanjikan bantuan susu untuk makanan dan lampin pakai buang percuma.
Manakala golongan yang bekerja sendiri dijanjikan caruman Perkeso percuma seperti yang diberikan kepada pemandu teksi dan kumpulan ekonomi gig kerana kehidupan golongan ini perlu dijamin masa hadapan jika berlaku kemalangan.
Begitu juga skim rumah sewa di bawah harga RM300 akan diteruskan sebagaimana pemerintahan PH yang lalu dan telah menyediakan Rumah Berkat dengan sewaan RM150.
“Melaka berhadapan bencana dan rakyat biasa dan mereka yang terlibat dalam keusahawanan hilang pendapatan. Oleh itu dana pengurusan bencana harus ditubuhkan bagi memastikkan sesiapa yang ditimpa bencana tidak diabaikan.
“Sumbanagn Dana Ehsan Bencana ini sebahagain inisiatif kita,” katanya.
Selain itu, PH akan menyediakan inisiatif Melaka Digital untuk meningkatkan pendidikan dan keusahawanan yang perlu dihubung sama ada di peringkat domestik atau antarbangsa
Bagi yang kehilangan pekerjaan dijanjikan Skim Peluang Pekerjaan Rakyat yang melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Melaka.
“Kemakmuran penting ekonomi penting dibina semula. Antaranya ialah menyedikan Skim Peluang Pekerjaan Rakyat. Kita ada 46 GLC di peringkat negeri, ada PBT dan kita perlu memikirkan peluang pekerjaan jangka pendek dan jangka sederhana.
“Japerun kita boleh dimanfaatkan untuk mendapat maklumat dari rakyat membuat job matching dan menghubungkan rakyat dengan industri,” katanya.
Dana khas untuk sektor pelancongan turut akan disediakan bagi memulihkan insdutri yang tenat akibat Perintah Kawalan Pergerakan sejak 2020.
“Melaka Berniaga kita akan beri diskaun lesen perniagaan pada 2022 kerana tahun hadapan rakyat akan mengembalikan semula perniagaan dan barang pasti ruang kita berikan untuk mudahkan rakyat berniaga pacu ekonomi.
“Melalui teras ini juga kita letakkan Skim Makro Kredit Harapan membantu usahawan memulakan kembali perniagaan,” katanya.
Manakala untuk meningkatkan pertumbuhan pelancongan dan pelayaran PH akan memastikan dipulihkan penerbangan ke bandar-bandar utama Malaysia termasuk Kota Kinabalu dan sebagainya yang tidak sempat dilakukan ketika pentadbiran 22 bulan lalu.
Pada akhir ucapan, Adly menyeru pengundi keluar beramai-ramai 20 November ini membuang undi bagi memastikan kerajaan terbaik buat rakyat dan negeri Melaka


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33505

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Apa Ertinya Jadi Wakil Rakyat Jika Miskin Tegar Terus Tidak Terbela

Prn Melaka Apa Ertinya Jadi Wakil Rakyat Jika Miskin Tegar Terus Tidak Terbela

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 230 hits
Kempen PRN Melaka berbaki empat hari lagi dengan kesemua yang bertanding melipatgandakan usaha bagi merebut sokongan pengundi Di tengah tengah kemeriahan PRN itu masih ada keluarga yang mengharapkan bekalan elektrik dari jiran sebelah masih...
Sulaiman Janji Beri Khidmat Terbaik Kepada Rakyat Melaka

Sulaiman Janji Beri Khidmat Terbaik Kepada Rakyat Melaka

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 254 hits
Nilam Oshman KETUA Menteri Melaka baharu Datuk Seri Sulaiman Md Ali berjanji beliau serta kepimpinan Dewan Undangan Negeri Barisan Umno yang dipilih dalam Pilihan Raya Negeri Melaka akan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat negeri itu...
Rakyat Melaka Kembali Terima Bn Kata Saifuddin

Rakyat Melaka Kembali Terima Bn Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 275 hits
Rakyat Melaka kembali terima BN kata SaifuddinOleh FAZLI RADZI November 20 2021Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata rakyat Melaka kembali menerima BN untuk menubuhkan kerajaan negeri Menurutnya rakyat Melaka telah pu...
51 Janji Dap Kepada Rakyat Dimungkiri Dan Dicapati

51 Janji Dap Kepada Rakyat Dimungkiri Dan Dicapati

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 244 hits
97 Janji Barisan Nasional kepada rakyat ditepati sementara itu 51 janji DAP dimungkiri dicapatiPada setiap kali Pilihan Raya Umum janji atau manifesto dipersembahkan kepada rakyat sebagai akujanji parti untuk mendapatkan kepercayaan dan und...
Prn Melaka Bn Akan Terjemahkan Mandat Dengan Khidmat Kepada Rakyat Zahid Hamidi

Prn Melaka Bn Akan Terjemahkan Mandat Dengan Khidmat Kepada Rakyat Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 219 hits
Kemenangan besar Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka akan diterjemahkan di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum ke 15 nanti Menurut Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kemenangan BN itu membuktikan bahawa rakyat menda...
Rakyat Melaka Patut Berterima Kasih Dengan Kami Berempat Kata Norhizam

Rakyat Melaka Patut Berterima Kasih Dengan Kami Berempat Kata Norhizam

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 174 hits
Calon DUN Pengkalan Batu itu berkata tarik sokongan terhadap ketua menteri adalah tindakan berprinsip untuk selamatkan aset Melaka Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee tidak menyesal sedikit pun dengan tind...
Nizam Jentik Jentik Rakyat Melaka Ini 5 Tips Pilih Pemimpin

Nizam Jentik Jentik Rakyat Melaka Ini 5 Tips Pilih Pemimpin

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 217 hits
PRN Melaka nak dekat dah ni Kami ada sedikit tips kepada anda yang bakal mengundi Apa pun calon yang gila kita cuba elakkan terus
Prn Melaka Tolak Wakil Rakyat Katak Lompat Demi Kepentingan Diri

Prn Melaka Tolak Wakil Rakyat Katak Lompat Demi Kepentingan Diri

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 251 hits
PRN Melaka Tolak Wakil Rakyat Katak Lompat Demi Kepentingan Diri Pengundi di Melaka menolak calon yang melompat parti malah menyifatkan individu seperti ini hanya mementingkan diri Mengimbau kembali Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Rohaya Abu B...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba