Penantian Satu Penyiksaan Carpet Murah Gila Sampai Yang Menunggu Pun Naik Gila
Sejak PKP ni saya memang membeli barang-barang melalui Shopee. Selama beberapa tahun mengggunakan Shopee saya tak pernah melalui pengalaman pahit dengan seller. Kali terakhir barang yang sampai pada saya ialah Carpet Prima.
Ini lah salah satu seller yang berjaya membuatkan saya naik angin.Hahaha..
Saya tengah cari carpet yang murah untuk saya letak kan di bilik anak saya. Saya jumpa satu seller ni yang diperkenalkan di satu facebook page. Oleh sebab saya suka design2 yang seller ni ada so saya order la satu carpet besar saiz 220cm x180cm.
Besar kan??
Siapa la yang tak tertawan dengan harga nya pulak yang murah. Hanya rm39.90.
So pada 4hb (Khamis) saya buat bayaran. Saya ingatkan dia nak pos pada hari jumaat atau sabtu. Saya order jam 11 pagi dan saya juga ada rasa yang dia akan pos pada hari jkhamis tu jugak.
Biasanya memang seller akan pos barang awal. kalau kita order pagi mungkin petang tu dia dah post. Banyak seller buat macam tu. Kan??
Tapi seller Carpet murah ni memang lain dari yang lain.
5 hb June saya hantar chat dan tanya apa status barang saya. Bila nak post?
Dia balas dan kata diaorang hanya post barang pada hari bekerja. Saya pelik juga sebab saya order pun pada hari bekerja(Khamis) , dan jumaat tu juga hari bekerja. Kenapa diaorang masih tak pos?
Ahad cuti, isnin pun cuti jadi saya tunggu hari selasa. Dan nak masuk tengahari tapi saya tengok barang saya masih tak di post. Saya terus cancel order.
Yang buat saya sakit hati boleh dia cancel request saya tu. jahat ta?? Bila kita dah cancel order baru nak pos.
Padahal kita pun dah tak de hati nak beli dari dia. Hati memang tak seronok. Esoknya hari rabu baru lah barang tu sampai.
Boleh je kan post cepat dan hantar. Kalau dia post pada khamis atau jumaat atau pun sabtu , ahad pun saya dah dapat barang sebab j&t beroperasi jugak pada hari ahad.
Saya biasa beli barang dari luar negara jugak. Saya memang biasa buat payment pada waktu pagi. Dan petang je memang seller dah post barang. Kalau tak petang esok, nya seller akan pos. Diaorang tak kan tunggu lama2 punya lah..
Saya tak tahu apa sebab sampai nak kena tunggu dekat seminggu baru nak post barang orang. Kau bukan seller luar negara pun. Local je.. Guna pulak J7t yang operasinya jam 8 malam baru tutup.
So apa sebab nak kena kumpul order banyak2 baru nak post?
cer habaq mai.
Walaupun barang ni dah sampai semalam tapi saya malas nak klik "order received". Biar dia menunggu payment dia. Tengok dia suka ke tidak kena tunggu lama2. Cukup 3 hari nanti saya baru saya nak bagi review. Tapi jangan berharaop la nak dapat banyak buntang ye.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2020/06/penantian-satu-penyiksaan-carpet-murah.html