Penangguhan Pelaksanaan Undi18 Alasan Spr Tidak Munasabah Khairy Kj


 

Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam berkenaan pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran automatik amatlah mengecewakan serta sama sekali tidak boleh diterima. Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi Undi 18 dan pendaftaran automatik telah mendapat sokongan penuh kesemua Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Julai 2019.


Menurut kenyataan SPR ini, pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran automatik hanya dapat dibuat menjelang 1 September 2022, iaitu penangguhan melebihi satu tahun daripada sasaran yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada Julai tahun ini.


Kenyataan terbaharu SPR ini juga jelas sekali bercanggah dengan kenyataan Pengerusi SPR pada 7 Jun tahun lalu yang menyatakan persiapan bagi pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran automatik termasuk pindaan kepada undang-undang serta peraturan pilihan raya sedia ada serta penyediaan sistem dan infrastruktur akan diselesaikan selewat-lewatnya pada Julai 2021.



Harus diingatkan, kenyataan SPR pada tahun lalu ini hanyalah ulangan kepada kenyatan yang dikeluarkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mendiang Datuk V.K Liew pada Oktober 2019 yang telah menetapkan sasaran yang sama iaitu Julai 2021 sebagai permulaan pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran automatik.


Alasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menjejaskan perancangan dan persiapan SPR juga adalah sesuatu yang tidak munasabah memandangkan PKP telahpun dilaksanakan semenjak lebih setahun yang lalu. Malah, jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) di Dewan Rakyat pada bulan November tahun lalu juga masih mengekalkan sasaran Julai 2021 bagi pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran automatik ini. Tidak sampai 5 bulan selepas jawapan di Dewan Rakyat ini dikeluarkan, SPR secara tidak semena-mena mengumumkan penangguhan pelaksanaannya kepada lebih satu tahun iaitu September 2022 berbanding Julai 2021. 


Kenyataan SPR berkenaan gerak kerja bagi tujuan libat urus bersama parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) juga menimbulkan tanda tanya. SPR seharusnya memberi penjelasan lanjut berkenaan program libat urus ini memandangkan proses ini bukan lagi perkara berbangkit kerana Undi 18 ini telahpun dipersetujui di peringkat tertinggi proses membuat undang-undang dalam negara ini iaitu Parlimen Malaysia. Proses libat urus juga sepatutnya boleh berlangsung sepanjang masa tanpa sedikitpun perlu menjejaskan tempoh masa yang telah diumumkan sebelum ini.


Penurunan umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun serta pendaftaran automatik bukanlah hasrat kerajaan terdahulu semata-mata malah ia telah mendapat persetujuan kesemua parti-parti politik termasuklah menerusi Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang telah membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sokongan 2/3 majoriti Dewan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/03/penangguhan-pelaksanaan-undi18-alasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alasan Spr Tangguh Undi18 Kerana Pkp Tak Munasabah Kata Kj

Alasan Spr Tangguh Undi18 Kerana Pkp Tak Munasabah Kata Kj

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 314 hits
March 26 2021 1 03 PMMenteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada November tahun lalu mengekalkan sasaran Julai 2021 bagi pelaksanaan Undi18 PETALING JAYA Seor...
Spr Tangguh Undi18 Daftar Automatik Kerana Pkp

Spr Tangguh Undi18 Daftar Automatik Kerana Pkp

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 220 hits
SPR tangguh Undi18 daftar automatik kerana PKP Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 Mar 2021 7 11PM
Presiden Mic Tangguh Undi18 Munasabah

Presiden Mic Tangguh Undi18 Munasabah

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 304 hits
Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya menangguhkan pelaksanaan undi pada usia 18 tahun dan pendaftaran automatik adalah munasabah kata Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran Sebenarnya banyak perkara yang kita harus fikirkan janganlah kita mahu m...
Pkr Mahu Spr Laksana Segera Undi18

Pkr Mahu Spr Laksana Segera Undi18

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 249 hits
PKR mahu SPR laksana segera Undi18 Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Mar 2021 6 57PM
Panas Najib Dakwa Ada Menteri Kanan Kerajaan Pn Tidak Didakwa Atas Alasan Video Tak Cukup Hd

Panas Najib Dakwa Ada Menteri Kanan Kerajaan Pn Tidak Didakwa Atas Alasan Video Tak Cukup Hd

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 373 hits
March 13 2021 2Rasanya ada seseorang bekas naib presiden parti sebelah sana yang juga ahli parlimen telah terbaca posting minggu lepas saya ini Beza antara ampu dengan lawan Berani lawan Berani kerana benar
Polri Jelaskan Alasan Tak Menahan Sadikin Aksa Dalam Kasus Bank Bukopin

Polri Jelaskan Alasan Tak Menahan Sadikin Aksa Dalam Kasus Bank Bukopin

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 230 hits
Polri menjelaskan alasan tidak menahan Mantan Direktur Utama PT Bosowa Corporindo Sadikin Aksa alias SA Sadikin ditetapkan tersangka atas dugaan tindak pidana perbankan dalam proses penyelamatan Bank Bukopin
Beri Masa Kepada Spr Untuk Laksana Undi 18 Kata Menteri

Beri Masa Kepada Spr Untuk Laksana Undi 18 Kata Menteri

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 252 hits
Pelbagai prosedur perlu dilalui sebelum perkara itu dapat dilaksanakan termasuk melibatkan urusan dengan JPN Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan Gambar Bernama Semua pihak diminta memberikan masa serta ruang kepada Suruhanj...
Undi 18 Parlimen Luluskan Pindaan Pada Julai 2019 Pengerusi Spr Patut Letakkan Jawatan

Undi 18 Parlimen Luluskan Pindaan Pada Julai 2019 Pengerusi Spr Patut Letakkan Jawatan

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 196 hits
KUALA LUMPUR Datuk Abdul Ghani Salleh patut meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya dan membuka ruang kepada seorang pengerusi baharu yang boleh memenuhi mandat Parlimen untuk memastikan rakyat Malaysia yang berusia 18...
Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Ju Haknyeon Didepak Dari The Boyz Oleh Agensi Begini Kronologinya

Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit

Elmegheny Feat Reham Husen Eshna Ad Eih Chord

Maxwel Franklin Saran Chelak Jari Tua Chord

Hiburan Pernah Ke Kami Bertindak Kosong Caprice Dakwa Ada Bukti Naim Daniel Terlibat Kes Amang Seks Al

Editing Tools For Drawing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iran Serang Kilang Penapisan Minyak Haifa Di Hari Ke 4

Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Serawa Buah Bachang

Iddin Ramli Sembang Dari Imam Masjid Ke Empayar Naseehat Trauma Kejayaan

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik

Ustaz Azhar Idrus Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia Pesan Jangan Letak Harapan Tinggi Tiada Yang Sempurna