Undi 18 Parlimen Luluskan Pindaan Pada Julai 2019 Pengerusi Spr Patut Letakkan Jawatan


 

KUALA LUMPUR - Datuk Abdul Ghani Salleh patut meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan membuka ruang kepada seorang pengerusi baharu yang boleh memenuhi mandat Parlimen untuk memastikan rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas dapat mengundi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, pengumuman SPR baru-baru ini yang mengatakan rakyat Malaysia yang berusia di antara 18 sehingga 21 tahun mungkin tidak akan dapat turut serta mengundi dalam PRU akan datang adalah satu bentuk pencabulan mandat Parlimen.
Menurutnya, Parlimen secara sebulat suara telah meluluskan suatu pindaan Perlembagaan pada bulan Julai 2019 untuk membolehkan rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas untuk mengundi dan juga untuk membolehkan pelaksanaan pendaftaran pengundi secara automatik.
Tambahnya, pindaan Perlembagaan itu telah diwartakan pada 10 September 2019.
“Perkara ini bukan sahaja menjadi satu pencabulan hak Parlimen untuk merendahkan had umur mengundi kepada 18 tahun, tetapi menunjukkan kegagalan SPR untuk memastikan rakyat Malaysia yang telah mencapai usia 18 tahun dapat mengundi dalam pilihan raya umum yang akan datang walaupun selepas dua tahun pindaan ini diluluskan oleh Parlimen.
“Perkara ini juga merupakan satu pencabulan janji Pakatan Harapan (PH), memandangkan tanpa sebarang ragu-ragu, sekiranya Langkah Sheraton yang membawa masuk kerajaan pintu belakang pada hujung bulan Februari 2020 tidak berlaku, rakyat Malaysia yang telah cukup umur 18 tahun pasti akan dapat mengundi dalam PRU ke-15 yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Kit Siang memberitahu, keputusan SPR untuk menunda pelaksanaan Undi 18 termasuk pendaftaran pengundi secara automatik kepada 1 September tahun hadapan adalah satu perkara yang tidak boleh diterima sama sekali dan Pengerusi SPR berhadapan dengan kesalahan yang boleh membawa kepada pemecatan sekiranya Parlimen tidak digantung.
Tambahnya, Abdul Ghani perlu bertindak dengan berintegriti dan penuh bermaruah dan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi SPR memandangkan beliau telah gagal untuk memastikan SPR berjaya melaksanakan mandat Parlimen untuk menurukan had umur mengundi.
Beliau berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Parlimen) Datuk Takiyuddin Hassan, telah memberitahu Parlimen pada bulan November tahun lalu yang pelaksanaan penurunan had umur mengundi dan pendaftaran pengundi secara automatik dijangka akan berkuatkuasa selewat-lewatnya pada bulan Julai tahun ini.
Jelasnya, Takiyuddin berkata yang SPR sedang bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara melalui jawatankuasa khas kedua-dua pihak tersebut untuk membuat persediaan untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik dan persiapan untuk perkara-perkara lain.
“Semua persiapan ini dijangkakan selesai dalam masa 18 ke 24 bulan daripada tarikh kelulusan pindaan perlembagaan ini oleh Dewan Negara pada 25 Julai 2019.
“Jadi, mengapakah tiba-tiba terdapat pengumuman daripada SPR untuk menangguhkan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik kepada 1 September 2022?” soalnya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/03/undi-18-parlimen-luluskan-pindaan-pada.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan Desak Spr Kekal Laksanakan Undi 18 Pada Julai 2021

Himpunan Desak Spr Kekal Laksanakan Undi 18 Pada Julai 2021

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 227 hits
Sekretariat Himpunan Tuntut Undi 18 hari ini mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk kekal dengan janji mereka melaksanakan Undi 18 selewat lewatnya pada Julai 2021 Sekretariat tersebut menganjurkan himpunan di jalan masuk ke bangunan Parli...
Spr Perlu Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri Ngo Untuk Jayakan Undi 18 Kata Menteri

Spr Perlu Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri Ngo Untuk Jayakan Undi 18 Kata Menteri

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 314 hits
Menurut Reezal negara Asia lain sudah membenarkan rakyat yang berumur 18 tahun mengundi dan layak untuk menjadi calon pilihan raya Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan kerja pembasmian kuman di kotak undi Gambar Bernama Menteri Belia ...
Tangguh Undi 18 Hina Ahli Ahli Parlimen

Tangguh Undi 18 Hina Ahli Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 285 hits
Pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya menangguhkan pelaksanaan Undi 18 dan hanya akan dikuatkuasakan menjelang 1 November 2022 merupakan satu penghinaan besar kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara Menurut kenyataan Ahli ahli Parlimen pembangka...
Kita Bukan Junta Tok Mat Bidas Pindaan Boleh Guna Dana Kerajaan Tanpa Kelulusan Parlimen

Kita Bukan Junta Tok Mat Bidas Pindaan Boleh Guna Dana Kerajaan Tanpa Kelulusan Parlimen

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 240 hits
Mohamad Hasan membidas pindaan ordinan darurat yang membolehkan kerajaan menambah perbelanjaan tanpa melalui Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri semasa darurat menyifatkan ia membimbangkan Timbalan presiden Umno bertegas darurat tidak b...
Jangan Rembat Kuasa Parlimen Luluskan Belanjawan Tambahan Guan Eng

Jangan Rembat Kuasa Parlimen Luluskan Belanjawan Tambahan Guan Eng

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 213 hits
Pada 31 Mac 2021oleh PENTADBIRAhli Parlimen Bagan Lim Guan Eng mengingatkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin agar tidak merampas kuasa Parlimen untuk meluluskan Belanjawan Tambahan Ini selepas media melaporkan kerajaan Muhyiddin meluluskan ...
Zawawi Lepas Jawatan Pengerusi Kesedar Kilang Sdn Bhd

Zawawi Lepas Jawatan Pengerusi Kesedar Kilang Sdn Bhd

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 216 hits
PASIR PUTEH Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Zawawi Othman secara rasminya melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Kesedar Kilang Sdn Bhd syarikat milik Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan berkuat kuasa serta merta Zawawi yang juga Ketua UMN...
K Jaan Pertimbang Semula Dasar Pendaftaran Vaksin Jika Masih Rendah Pada Julai

K Jaan Pertimbang Semula Dasar Pendaftaran Vaksin Jika Masih Rendah Pada Julai

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 368 hits
Kerajaan kemungkinan besar akan mempertimbangkan semula dasar pendaftaran vaksin jika kadar pendaftaran vaksin Covid 19 tidak memuaskan menjelang Julai kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Kita harus menilai semula tah...
Menteri Pengerusi Glc Umno Sedia Letak Jawatan Kononnya Laaa

Menteri Pengerusi Glc Umno Sedia Letak Jawatan Kononnya Laaa

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR Pemimpin UMNO dalam Kabinet dan memegang jawatan dalam syarikat milik kerajaan sedia meletak jawatan apabila ditetapkan Majlis Tertinggi nanti Ia dinyatakan dengan jelas oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ya...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults