Alasan Spr Tangguh Undi18 Kerana Pkp Tak Munasabah Kata Kj


FMT Reporters
-March 26, 2021 1:03 PM
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) di Dewan Rakyat pada November tahun lalu mengekalkan sasaran Julai 2021 bagi pelaksanaan Undi18.
PETALING JAYA: Seorang menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengkritik langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk menunda pelaksanaan Undi18 yang dijadualkan bermula pada Julai depan ke September tahun hadapan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, alasan bahawa perintah kawalan pergerakan (PKP) menjejaskan perancangan dan persiapan SPR adalah tidak munasabah memandangkan ia sudah dilaksanakan sejak lebih setahun lalu.

“Malah jawapan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) di Dewan Rakyat pada November tahun lalu juga masih mengekalkan sasaran Julai 2021 bagi pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik ini.

“Tidak sampai lima bulan selepas jawapan di Dewan Rakyat ini dikeluarkan, SPR secara tidak semena-mena mengumumkan penangguhan pelaksanaannya kepada lebih satu tahun, iaitu September 2022 berbanding Julai 2021,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata, pendaftaran pengundi 18 tahun secara automatik dijangka ditangguhkan sehingga selepas September 2022.

Beliau berkata, sekatan pergerakan yang dilaksanakan susulan pandemik Coid-19 mengganggu persiapan SPR untuk melaksanakan dasar itu, yang diluluskan oleh Parlimen pada Julai 2019.

Khairy berkata, kenyataan terbaharu SPR itu juga bercanggah dengan kenyataan pengerusi SPR pada 7 Jun tahun lalu yang menyebut bahawa persiapan pelaksanaan dasar Undi18 dan pendaftaran automatik, termasuk pindaan undang-undang serta peraturan pilihan raya sedia ada serta penyediaan sistem dan infrastruktur akan diselesaikan pada Julai 2021.

“Harus diingatkan, kenyataan SPR pada tahun lalu ini hanyalah ulangan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, mendiang V K Liew pada Oktober 2019 yang menetapkan sasaran sama iaitu Julai 2021 sebagai permulaan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik,” katanya.

Menurutnya, kenyataan SPR berkenaan gerak kerja bagi tujuan libat urus dengan parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) juga menimbulkan tanda tanya.

Beliau berkata, SPR perlu memberi penjelasan lanjut berkenaan program libat urus itu memandangkan ia sudah dipersetujui di Parlimen.

“Proses libat urus juga sepatutnya boleh berlangsung sepanjang masa tanpa sedikit pun perlu menjejaskan tempoh masa yang diumumkan sebelum ini.

“Penurunan umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun serta pendaftaran automatik bukanlah hasrat kerajaan terdahulu semata-mata.

“Malah ia mendapat persetujuan kesemua parti politik termasuklah menerusi Ahli Dewan Rakyat yang membuat pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan dan memerlukan sokongan dua pertiga majoriti dewan,” katanya.

Dewan Rakyat sebelum ini meluluskan RUU bagi menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun, pendaftaran pengundi automatik, dan menurunkan had umur calon bertanding kepada 18 tahun pada 16 Julai 2019.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/03/alasan-spr-tangguh-undi18-kerana-pkp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penangguhan Pelaksanaan Undi18 Alasan Spr Tidak Munasabah Khairy Kj

Penangguhan Pelaksanaan Undi18 Alasan Spr Tidak Munasabah Khairy Kj

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 227 hits
Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya semalam berkenaan pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran automatik amatlah mengecewakan serta sama sekali tidak boleh diterima Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi Undi 18 dan pendaftaran automatik telah men...
Spr Tangguh Undi18 Daftar Automatik Kerana Pkp

Spr Tangguh Undi18 Daftar Automatik Kerana Pkp

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 197 hits
SPR tangguh Undi18 daftar automatik kerana PKP Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 Mar 2021 7 11PM
Presiden Mic Tangguh Undi18 Munasabah

Presiden Mic Tangguh Undi18 Munasabah

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 281 hits
Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya menangguhkan pelaksanaan undi pada usia 18 tahun dan pendaftaran automatik adalah munasabah kata Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran Sebenarnya banyak perkara yang kita harus fikirkan janganlah kita mahu m...
Beri Masa Kepada Spr Untuk Laksana Undi 18 Kata Menteri

Beri Masa Kepada Spr Untuk Laksana Undi 18 Kata Menteri

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 224 hits
Pelbagai prosedur perlu dilalui sebelum perkara itu dapat dilaksanakan termasuk melibatkan urusan dengan JPN Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan Gambar Bernama Semua pihak diminta memberikan masa serta ruang kepada Suruhanj...
Pkr Mahu Spr Laksana Segera Undi18

Pkr Mahu Spr Laksana Segera Undi18

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 229 hits
PKR mahu SPR laksana segera Undi18 Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Mar 2021 6 57PM
Spr Perlu Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri Ngo Untuk Jayakan Undi 18 Kata Menteri

Spr Perlu Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri Ngo Untuk Jayakan Undi 18 Kata Menteri

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 336 hits
Menurut Reezal negara Asia lain sudah membenarkan rakyat yang berumur 18 tahun mengundi dan layak untuk menjadi calon pilihan raya Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan kerja pembasmian kuman di kotak undi Gambar Bernama Menteri Belia ...
18 Remaja Mahu Saman Kerajaan Kerana Tangguh Undi18

18 Remaja Mahu Saman Kerajaan Kerana Tangguh Undi18

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 313 hits
Seramai 18 remaja berumur antara 18 hingga 20 tahun mahu menyaman kerajaan kerana menangguhkan pelaksanaan penuruhan had umur mengundi kepada 18 tahun Kumpulan pro Undi18 Persatuan Pengundi Muda berkata mereka akan memfailkan semakan kehaki...
Adik Najib Kata Seluruh Sistem Bermasalah Bukan Pemimpin Saja

Adik Najib Kata Seluruh Sistem Bermasalah Bukan Pemimpin Saja

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 194 hits
March 24 2021 Masalah yang dihadapi tatkala negara masih bergelut dengan pandemik COVID 19 hari ini bukan hanya berpunca daripada kekurangan dari sudut kepimpinan kerajaan tetapi juga melibatkan sistem secara keseluruhannya Bekas Ketua Pega...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Usah Dirunsing Kitakan Ada Dia

Interlude

Pelancong Lepas Hajat Dekat Kereta Timbalan Ketua Polis

Adendum Pembangkang Sengaja Tak Endah Undang Undang Kata Pm

Pigeon Feeding Asmr

Gunpla Untuk Pemula