Penangan Khabar Angin Covid 19 40 Orang Asli Lari Ke Hutan


Oleh Mohamed Farid Noh 

Kira-kira 40 Orang Asli dari Kampung Orang Asli Simpang Arang, melarikan diri ke hutan selepas mendengar khabar angin mengenai guru agama di kampung itu dijangkiti COVID-19. - Foto NSTP/Farid Noh
ISKANDAR PUTERI: Akibat khabar angin kononnya guru agama di Kampung Orang Asli Simpang Arang, Gelang Patah di sini dijangkiti COVID-19, kira-kira 40 penduduk melarikan diri ke hutan sejak Isnin lalu.
Mereka daripada 15 keluarga yang ada membawa bersama bayi itu, bimbang dijangkiti wabak COVID-19.
Tok Batin Kampung Orang Asli Simpang Arang, Noore Kasi, berkata khabar angin itu menyebabkan mereka ketakutan dan tiba-tiba menghilangkan diri.
"Saya mendapat maklumat mereka lari bersembunyi di kawasan hutan kira-kira lapan kilometer dari Kampung Simpang Arang di kawasan muara sungai.
Disyorkan Untuk Anda Pihak berkuasa diminta buat siasatan penuh punca bot karam'Seronok dapat pilih baju sekolah...'Parah jatuh dari pokok petaiBertempiaran lari cari tempat berlindung "Saya ada memujuk mereka pulang semula ke kampung kerana ujian saringan guru agama disahkan negatif, tetapi mereka tetap tidak mahu pulang.
"Saya memaklumkan perkara ini kepada Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri (JPKD) Kota Iskandar, Pandak Ahmad bagi memohon bantuan kerana risau keselamatan mereka termasuk daripada haiwan buas kerana hanya tinggal di bawah khemah sahaja," katanya.
Terdahulu, tinjauan di hutan berkenaan mendapati kawasan muara sungai sudah dibersihkan dengan penduduk dilihat membawa kelengkapan termasuk dapur dan tong gas untuk memasak.
Bagaimanapun, setiap keluarga hanya berlindung di khemah kanvas atau pun atap zink semata-mata yang tidak menjamin keselamatan mereka.
Mengulas lanjut, Noore berkata, terdapat kira-kira 1,000 masyarakat Orang Asli di Kampung Simpang Arang dengan majoriti penduduk tidak ikut berpindah selepas mendengar penjelasannya mengenai perkara sebenar.
Sementara itu, Pandak yang juga Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berkata, beliau akan memaklumkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad mengenai isu berkenaan, esok.
"Hari ini, saya datang meninjau kawasan hutan yang dijadikan tempat tinggal sementara kira-kira 15 keluarga Orang Asli suku Seletar dari Kampung Simpang Arang.
"Keadaan tempat tinggal mereka tidak sempurna kerana kebanyakan keluarga hanya menggunakan khemah kanvas sahaja dan mendedahkan mereka kepada ancaman haiwan buas dan cuaca buruk apatah lagi terdapat bayi dibawa bersama.
"Saya akan dapatkan surat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sebagai pengesahan bahawa guru agama berkenaan bukan sahaja negatif COVID-19, malah khabar angin yang mereka dengar juga tidak tepat," katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga akan terus berusaha memujuk mereka pulang semula ke kediaman di Kampung Simpang Arang yang lebih sempurna yang dibina kerajaan," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/penangan-khabar-angin-covid-19-40-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Keluarga Orang Asli Lari Ke Hutan Takut Dijangkiti Covid 19

15 Keluarga Orang Asli Lari Ke Hutan Takut Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 422 hits
Johor Bahru Sekumpulan masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Simpang Arang di Iskandar Puteri didapati melarikan diri dari kampung mereka sendiri sejak dua hari lalu gara gara khuatir dijangkiti Covid 19 Kumpulan 15 keluarga itu berti...
Khabar Angin Grab Gojek Bergabung

Khabar Angin Grab Gojek Bergabung

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 304 hits
Terdapat khabar angin kini menyatakan dua syarikat gergasi ekonomi gig Grab dan Gojek bakal temerai kerjasama gabunga Gabungan ini dikatakan bertujuan menjadikan kedua dua entiti dapat disenaraikan secara terbuka Berdasarkan laporan Bloombe...
Orang Asli Families Who Fled To Forest To Escape Covid 19 Return Home

Orang Asli Families Who Fled To Forest To Escape Covid 19 Return Home

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 335 hits
Orang Asli children at Kampung Orang Asli Simpang Arang in Iskandar Puteri Johor JOHOR BAHRU All 15 Seletar Orang Asli families from Kampung Orang Asli Simpang Arang in Iskandar Puteri near here who fled into a nearby mangrove forest on Dec...
Pemuda Rela Lari Ke Hutan Setiap Hari Akibat Sering Dibuli Wajah Unik Oleh Orang Kampung

Pemuda Rela Lari Ke Hutan Setiap Hari Akibat Sering Dibuli Wajah Unik Oleh Orang Kampung

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 521 hits
KIGALI Akibat sering dibuli penduduk kampung kerana memiliki wajah unik seorang lelaki dari Rwanda Afrika Timur sanggup melarikan diri ke dalam hutan setiap hari The Sun yang memetik laporan Zolex Reporters melaporkan Zanziman Ellie 21 tida...
Kim Seonho Nafi Khabar Angin Bakal Undur Diri Daripada 2 Days 1 Night Selepas Kecapi Populariti

Kim Seonho Nafi Khabar Angin Bakal Undur Diri Daripada 2 Days 1 Night Selepas Kecapi Populariti

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 584 hits
Sebelum mengecapi populariti daripada drama Start Up Kim Seon ho telah pun menyertai program popular iaitu 2 Days 1 Night pada awal tahun ini Siapa yang biasa menonton rancangan tersebut pastinya tahu bahawa pelakon itu sering diusik oleh a...
Jumlah Perbelanjaan Kkm Dalam Menangani Covid 19 Dibangkitkan Di Dewan Rakyat Hari Khamis

Jumlah Perbelanjaan Kkm Dalam Menangani Covid 19 Dibangkitkan Di Dewan Rakyat Hari Khamis

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 342 hits
KUALA LUMPUR Jumlah perbelanjaan Kementerian Kesihatan dalam menangani pandemik COVID 19 sejak 18 Mac hingga 31 Okt lepas antara perkara yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini Menurut Aturan Urusan Mesyuarat perkara i...
Doakan Anak Saya Kuat Tiga Anak Usia 4 2 Tahun Positif Covid Termasuk Bayi

Doakan Anak Saya Kuat Tiga Anak Usia 4 2 Tahun Positif Covid Termasuk Bayi

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 559 hits
Doakan semoga anak anak saya cepat sihat dan terus kuat Kini tiga daripada empat anak saya disahkan Covid 19 selepas ada ahli keluarga terdekat yang turut positif virus ini Kongsi Nesra Ayob 25 ibu kepada empat orang anak yang menetap di La...
Pinda Peruntukan Jasa Lawan Covid 19

Pinda Peruntukan Jasa Lawan Covid 19

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 298 hits
Tindakan kerajaan Perikatan Nasional meminda nama Jabatan Hal Ehwal Khas kepada J KOM dan janji Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk mengurangkan peruntukan kepada agensi propaganda kerajaan itu tidak membawa apa apa makna Menuru...
Paris Thousands Of Ex Covid 19 Patients Still Unwell Months After Shedding Virus

Paris Thousands Of Ex Covid 19 Patients Still Unwell Months After Shedding Virus

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 352 hits
Snatching moments of clarity through the brain fog that was among the lingering symptoms of her coronavirus infection Hannah Davis joined a team of similarly ill researchers and launched a study of what is now called long Covid The survey w...
Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku