Jumlah Perbelanjaan Kkm Dalam Menangani Covid 19 Dibangkitkan Di Dewan Rakyat Hari Khamis




KUALA LUMPUR: Jumlah perbelanjaan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menangani pandemik COVID-19 sejak 18 Mac hingga 31 Okt lepas, antara perkara yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

 
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung dalam sesi soal jawab yang akan diajukan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba berhubung perkara itu.

 
Natrah Ismail (PH-Sekijang) pula meminta Menteri Dalam Negeri menjelaskan sama ada kerajaan berhasrat melaksanakan Cadangan Umum Jawatankuasa Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) No.34.

 
Ia bagi memastikan wanita mempunyai hak kewarganegaraan sama rata dengan golongan lelaki terutamanya hak berkaitan pemberian kewarganegaraan kepada anak yang dilahirkan di luar negara apabila berkahwin dengan lelaki bukan warganegara.

 
Pada sesi sama, M. Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan sebab mengenai 81,217 orang pekerja masih hilang pekerjaan seperti yang dicatatkan pangkalan data Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) setakat 25 Sept lepas walaupun Program Subsidi Upah dan Program Pengekalan Pekerjaan telah dilaksanakan kerajaan.

 

Sementara itu, pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada kementerian akan memberikan sedikit kelonggaran syarat permohonan lesen senjata api kepada pemilik tanaman yang ingin memiliki lesen bagi menguruskan musuh tanaman seperti babi dan monyet yang bertindak merosakkan tanaman.

 
Persidangan dewan kemudian diteruskan dengan perbahasan dan penggulungan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa melibatkan tiga lagi kementerian mengikut giliran seperti yang dijadualkan.

 
Mengikut jadual giliran kementerian, perbahasan hari ini akan tertumpu kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

 
Semalam, menyaksikan peruntukan bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dalam Belanjawan 2021 lulus di peringkat jawatankuasa dengan undian suara terbanyak.

 
Kelulusan itu menjadikan peruntukan bagi kementerian yang telah lulus di peringkat jawatankuasa setakat ini ialah lapan dengan lima daripadanya diluluskan mengikut undian suara terbanyak manakala tiga melalui proses undi belah bahagian.

 
Berdasarkan takwim Dewan Rakyat sesi perbahasan berkenaan akan berlanjutan selama 10 hari sehingga 15 Dis ini, sementara Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 29 hari sehingga 17 Dis.

 
-- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/12/jumlah-perbelanjaan-kkm-dalam-menangani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Riuh Rendah Di Dewan Rakyat Hari Ini Hakikatnya Ph Tak Ada Number

Riuh Rendah Di Dewan Rakyat Hari Ini Hakikatnya Ph Tak Ada Number

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 332 hits
Ketika Perbahasan Penggulungan Belanjawan 2021 di Peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri Yang Dipertua Dewan Rakyat telah mengikut prosedur apabila bertanya samada ianya dipersetujui oleh Ahli ahli Dewan Rakyat Jelas lebih suar...
Dewan Rakyat Kecoh Jeffrey Kitingan Tidak Kuarantin 14 Hari Tapi Hadir Sidang Parlimen

Dewan Rakyat Kecoh Jeffrey Kitingan Tidak Kuarantin 14 Hari Tapi Hadir Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 236 hits
Ahli Parlimen Keningau Jeffrey Kitingan didakwa hadir ke sidang Dewan Rakyat hari ini tanpa melengkapkan tempoh kuarantin 14 hari selepas tiba dari Sabah Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil selepas pejabat k...
Muhyiddin Ada Tiga Pilihan Jika Belanjawan 2021 Tidak Lulus Di Dewan Rakyat Khamis Ini

Muhyiddin Ada Tiga Pilihan Jika Belanjawan 2021 Tidak Lulus Di Dewan Rakyat Khamis Ini

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR Seorang anggota parlimen PAS menggariskan tiga pilihan buat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat Khamis ini Menurut Ahmad Fadli Shaari pilihan pertama adalah mendap...
Dewan Rakyat Undi Belanjawan 2021 Dijadual Hari Ini

Dewan Rakyat Undi Belanjawan 2021 Dijadual Hari Ini

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 302 hits
November 26 2020 8 08 AMDewan Rakyat hari ini dijadual membuat undian Belanjawan 2021 selepas baki 9 menteri selesai membuat penggulungan KUALA LUMPUR Pengundian untuk meluluskan Belanjawan 2021 pada peringkat dasar yang dijadual selepas pe...
Isu Usul Undi Percaya Tidak Percaya Dibangkit Dewan Rakyat Hari Ini

Isu Usul Undi Percaya Tidak Percaya Dibangkit Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 318 hits
December 10 2020 Persidangan dewan hari ini diteruskan dengan perbahasan dan penggulungan bagi Rang Undang undang Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa melibatkan Kementerian Belia dan Sukan Sumber Manusia serta Komunikasi dan Multimedia K...
Dewan Rakyat To Sit Until Completion Of All Matters At Policy Level On Budget 2021

Dewan Rakyat To Sit Until Completion Of All Matters At Policy Level On Budget 2021

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 341 hits
The Dewan Rakyat sitting today will not be adjourned until all matters at the policy level on Budget 2021 are completed said Minister in the Prime Minister s Department Datuk Takiyuddin Hassan Regardless of the previous motion moved on Thur...
Bank Rakyat Perkenal Skim Pembiayaan Khas Covid 19 Wan Junaidi

Bank Rakyat Perkenal Skim Pembiayaan Khas Covid 19 Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 278 hits
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi YB Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan langkah proaktif Bank Rakyat dalam membantu individu dan perniagaan yang terjejas daripada kesan ekonomi akibat pandemik koronavirus Menurut kenyataan Menter...
Calls For Reforms Must Be Sincere And Not For Political Mileage Hafiz Hassan

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Ayam Pentet Dora Mj Port Dickson A Must Try Culinary Gem For Foodies Travelers

Refugee Voices In Humanitarian Response

Jerebu Di Malaysia 2025 Status Terkini Dan Panduan Tindakan

Isnin Atau Selasa Ini Rakyat Bakal Terima Penghargaan Istimewa Pm Anwar Beri Bayangan

Syok Bersuka Ria Di Splash Carnival Legoland Johor

Umno Pahang Desak Prosiding Kes Perlaksanaan Titah Adendum Terhadap Najib Dijalankan Segera Secara Tertib


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diamond Pendant Buying Guide How To Choose The Perfect Sparkle In 2025

Buli Pelajar Perempuan Diikat Kaki Dan Tangan Ditutup Mulut Ditinggalkan Di Tandas

Hormat Bukan Takut

Felisia V Enda Enda Chord

Kuasa Politik Di Negeri Pahang Perlu Dikembalikan Kepada Orang Melayu Islam Umno Tidak Perlu Gadai Prinsip

Made In Taiwan A Carefree Kymco Ktr 150 By 2loud Custom